Bab 10

756 30 0
                                    

Airi POV

Kepalaku terasa berat. Penglihatanku masih kabur. Apedehal ni?

Pandangan ku masih kabur namun aku tahu,aku diculik dan aku kini berada di taman. Ehhhhh jap,,,,, jauh betul dia bawa aku sampai taman ni? Kalau ikutkan dari rumah agam lama tu sampai taman lebih kurang 2km. Rajin punya penculik. Ehh jap, penculik ke hantu yang culik aku tadi?

"Airi"
"Airi"
"Airi"

Namaku diulang berkali-kali. Sabarlah aku tengah pening ni kot dah lah main lantak kau je culik aku.

Pandangan ku makin jelas....

Makin jelas...

Makin jelas...

"Ahhhhh! "

Aku cuba untuk bangun, tapi tenaga ku masih tidak mencukupi.

"Airi jangan takut. Maaflah sebab curi awak. Saya tak tahu cara lain nak jumpa awak"

First of all, kau culik bukan curi.

"Kau sapa? Bawak aku balik! "

"Awak tak ingat saya ke Airi? Kita kawan sejak dulu lagi "

"Ma... Macam mana pulak? Kau hantu, aku manusia. Macam mana kita boleh jumpa? "

Ya, dialah yang ku jumpa dalam mimpiku semasa aku koma. Gown yang lusuh, kulit pucat, matanya yang hitam bagaikan tiada penghujungnya dan rambut putihnya dilepaskan. Kenapa aku tak ingat langsung pasal dia ni? Aku memang tak kenal dia.

"Nama saya Sarah. Kita berkawan sejak awak 3 tahun. Kita rapat sangat sampailah awak tak dapat lihat saya lagi sebab keistimewaan awak ditarik kerana awak dah besar" dia ni lain aku tanya lain dia jawab.

Jap, aku 14,so that means she is my childhood friend.

"Tapi kenapa aku tak ingat kat kau pun? Satu perkara dengan kau pun haram aku ingat"

"Awak tak ingat ke? Awak kan pernah kemalangan dulu sehingga hilang separuh ingatan awak. Lepas kejadian tu, awak tak dapat lihat hantu lagi. Sebab tu lah awak tak ingat saya"

"Tapi apasal sekarang segala spesies hantu jembalang semua aku boleh tengok?

"Itu saya akan cerita lain kali. Awak kena balik sekarang. Selamat tinggal"

"Jap! Kenapa kau tak per-"

Dah terlambat. Dia dah lenyap dah. Rupanya hantu boleh lenyap camtu je. Mungkin tu sebab kenapa hantu selalu lenyap tiba-tiba kot kalau aku kat sekolah.

Sial punya hantu, culik pandai,hantar balik tak pandai. Terpaksa aku jalan 2km lebih balik rumah. Ibu memang risau dah sebab Farah cakap aku hilang tiba-tiba. Terpaksalah aku tipu sunat kata ada orang culik aku tapi tak nampak muka tapi nasib baik aku sempat lari. Tak pasal-pasal terpaksa pergi balai buat laporan polis. Tapi yang sebenarnya yang culik aku bukan orang,

..tapi hantu.

Tapi takkan lah nak cakap hantu yang culik? Ada saja aku kena jumpa psychologist nanti. You know, adults don't believe in ghosts. Lebih-lebih lagi yang siap culik ni.

Tapi yang peliknya, kenapa dia tak pergi je rumah aku. Kan lebih senang? Tak payah culik aku, ni aku siap undang lagi dia datang rumah.

Teman HantuWhere stories live. Discover now