Thanks to all the voters≧∇≦luv yahhh≥3≤
Sudah tiga hari aku tak nampak Sarah, agak-agak dia dah pergi alam lain kot. Dan sudah tiga hari juga aku bermimpi benda yang sama....
Pembunuhannya sungguh kejam. Pasangan suami isteri tersebut dibunuh tanpa belas kasihan. Darah memenuhi ruang kosong itu. Jeritan si isteri lenyap, dan ketawa jahat sang pembunuh durjana kuat memenuhi ruang tersebut. Mayat yang sudah tidak bernyawa dikelar berkali-kali oleh sang pembunuh. Kemudian bahagian leher si suami dilibasnya dan terus sahaja kepalanya bergolek ke arah aku. Semuanya terasa bagaikan realiti. Bagaikan ini bukan mimpi...........
Tetapi memori seseorang.
Kali ini mulut si isteri pula menjadi mangsa ditoreh seperti watak 'joker'. Tiba-tiba terasa nafasku terhenti. Aku cuba untuk bernafas namun gagal. Dunia semakin gelap..... Dan gelap. Bagaikan kematian.
Kemudian aku terbangun,dengan keadaan cadar tilamku yang basak dek peluh sejuk yang tidak berhentu mengalir daripada tubuh ku. Sejurus setelah aku tersedar, kesakitan kesesakan nafas masih boleh ku rasai, bagaikan ianya bukanlah hanya sebuah mimpi ngeri, tetapi realiti yang terjadi semasa aku tidur.
Pasangan suami isteri, pembunuhnya, semuanya jelas berlegar di kotak fikiranku. Bagaimana sang pembunuh dengan tanpa belas kasihan membunuh pasangan suami isteri itu. Semuanya bagaikan memori, namun perkara tersebut tidak pernah muncul di dalam hidupku. Jadi...
Memori siapakah itu?
Aku cuba berkali-kali untuk melupakannya. Macam mana nak lupa kalau tiap malam mimpi yang sama? Pembunuh dan mangsa yang sama. Dan kesakitan yang sama.
Jam dinding Mickey Mouse di dalam bilikku menunjukkan pukul 9.00 malam. Semenjak aku bermimpi perkara tersebut,aku lebih kerap tidur awal. Kalau dulu pukul 1 pagi pun masih berjaga dek seruan dota 2 memanggil-memanggil untuk dimainkan. Betullah kata orang.... Setiap perkara ada hikmahnya.
Gangguan terhadap pelajaranku semakin teruk. Pemikiranku melayang apabila di sekolah. Jazz sudah membuat spekulasi mengapa aku semakin kuat mengelamun. Namun bagi pelajar lain ianya biasa, kerana aku memang seorang yang kuat mengelamun dan agak pendiam apabila bersama mereka.
Hari ini, sudah masuk keberapa kali cikgu menegurku yang asyik mengelamun di dalam kelas. Mengelamun mengelamunlah! Aku masih dapat menangkap ilmu yang disampaikan oleh guru.
Hari ini aku pulang bersama Farah. Dia yang 'demam dota' sudah sembuh dan boleh meneruskan persekolahan seperti biasa. Kalau dengan Farah, jangan harap boleh pakai jalan Pak Hamzah Misai kalau nak balik rumah. Terpaksa aku mengikutnya menggunakan jalan melimpasi rumah agam lama itu hari ini. Semenjak Farah tidak hadir ke sekolah, aku sentiasa menggunakan jalan Pak Hamzah Misai untuk pergi dan pulang dari sekolah.
Kalau tak kenang kawan, dah lama aku tinggalkan si Farah ni. Baik pakai jalan Pak Hamzah Misai. Misai dia tu hensem lagi daripada rumah agam lama yang usang tu.
Hatiku semakin gusar. Bagaikan ada sesuatu yang akan terjadi. Kalau naknkatakan hantu hilang tiba-tiba tak juga. Aku masih dapat melihat beberapa ekor/orang hantu sedang berkeliaran, dan mereka bagaikan tidak mengendahkan kewujudan aku yang dapat melihat mereka.
Tiba-tiba sekepul asap putih kecil keluar daripada mulutku, bagaikan roh yang keluar dari tubuh badanku. Kami semakin menghampiri rumah agam tersebut. Keadaan begitu sunyi. Hanya kedengaran Farah yang menyanyi perlahan, manakala aku terus membisukan diri.
Kepalaku terasa pening. Dunia bagaikan berputar. Aku terhuyung-hayang. Bagaikan tanah yang ku pijak bergegar. Pandangan ku kabur. Namun aku sempat melihat sesuatu, namun tidak jelas.
Sesosok tubuh yang aku tidak kenali.
Aku bangun. Semuanya berbeza. Bagaikan di dalam,
Sebuah rumah.
Reka bentuk dalamannya sungguh cantik. Perabotnya kelihatan dan berkualiti. Aku terdengar bunyi pintu dibuka, dan kemudian semuanya gelap gelita.
Aku tersedar. Mana pulak aku ni? Semuanya bagaikan di....... Hospital?
"Airi! Kau okay ke? "
"Aku okay. Aku kat hospital ke? "
"Ha'ah. Kau pengsan tiba-tiba masa kita limpas rumah agam usang tu. Nasib baiklah aku ni bukan pelajar contoh ada bawak handset ke sekolah, kalau tak memang sampai skrang kau pengsan kat tepi jalan je"
"Mana ibu aku? "
"Ada. Dia pergi tandas. Kau patut bersyukur tau ada kawan macam aku ni"
"Apasal pulak? Mulut murai tambah laser macam kau ni aku patut bersyukur? "
"Tak kenang budi. Tau tak aku sanggup ponteng skolah semata-mata nak hantar kau ke hospital lepastu tengok-tengokkan kau! Dasar kawan enggak kenang budi sihh! "Suara Farah yang lantang menarik perhatian pesakit lain. Cepat-cepat tangan ketamku hinggao di lengannya sebagai tanda perlahankan suaranya yang mengalahkan Cikgu Hajijah.
"Ehh tapi Farah kan, kenapa aku pengsan? "
"Ohhh. Firstly muka kau pucat and tak bermaya dan bagai tak makan seminggu"
"And? "
"Kau tiba-tiba tak dapat bernafas dengan normal"Kepalaku pening kembali. Bagaikan kesakitan mimpi ngeri itu datang kembali. Sesak nafas. Kesakitannya bagaikan lemas.
"Dahlah banyak tanya lah kau ni. Baik aku je bercakap. Kau duduk diam nanti kang kau pengsan balik boleh aku jumpa doktor handsome tu lagi"
Kucing gatal.
Seperti yang dipinta, aku hanya mendengar cerita serta 'loyar burok' Farah yang buat kepala aku makin pening.
YOU ARE READING
Teman Hantu
RandomKeistimewaa Airi melihat benda halus telah menyebabkan dia dan sahabatnya menghadapi masalah besar. Mampukah dia, Jazz dan Farah menyelamatkan diri?