Bab 14

493 24 1
                                    

Ini hanyalah update untuk letak translation. Sorry ye guysฅ'ω'ฅonce again thanks for reading my book≥3≤

"Ibu, kamek rasa iboh jak simpan pasu ya bu"
(Ibu, saya rasa tak payahlah simpan pasu tu)

"Kenak? Kacak pasu tok bah. Rupa mahal jak tok. Sikkan mok buang. Sayang eh"
(Kenapa? Cantik pasu ni. Nampak mahal je. Takkan nak buang. Sayang)

Aku tetap berkeras. Pasu tersebut ada agenda jahat.

"Dahlah ibu mok tido lok. Iboh risau eh sikda apa-apa pasu ya"
(Dahlah ibu nak tidut. Jangan risau takde apa-apa pasu tu)

Ibu naik ke tingkat atas. Aku cuba mendekati pasu tersebut. Ukirannya memang menarik, apa guna cantik diluar kalau jahat di dalam?

Aku mengangkat pasu tersebut. Tiada apa-apa yang keluar dari pasu tersebut. Lega. Mungkin tadi hanyalah imaginasiku.

Aku meletakkan kembali pasu tersebut. Haiyaaa macam mana boleh tinggi sangat imaginasi aku ni? Aku menoleh ke belakang.

"あなたは花瓶を破るためにあえてしないでください!"

Kakiku kaku. Terasa badanku bagaikan menjadi batu. Aku tidak bisa bergerak ke mana-mana. Peluh sejuk mengalir di seluruh badabku. Badanku terasa lesu. Hantu wanita berpakaian kimono itu senyum jahat kepadaku sebelum menghilangkan diri.

Aku rebah, perasaan takut masih ada. Aku cuba untuk tidak menoleh kearah pasu itu lagi. Aku cuba untuk bangun. Berjaya! Apa? Kau ingat senang nak bangun kalau lepas kena terjah gitu? Aku berlari naik ke tingkat atas.

Nafasku laju. Terasa jantungku berdegub kencang. Semestinya aku tidak memahami apa yang dikatakan oleh hantu tadi, namun firasatku mengatakan ianya sesuatu yang tidak baik. Mungkin dia tahu aku ingin membuang pasu tersebut?

Lantaklah! Aku mesti buang pasu tu juga. Kalau perkara pelik jadi macam mana?

............

"But seriously not now...... "

Apa? Kau fikir aku tak takut ke? Kalau hantu tu cantik macam Yukie Nakama okaylah jugak. Ni muka macam mak limah Japanese version haaaaa!

Tunggu pagi esoklah. Esokkan cuti....

Jap... Kalau esok cuti kenapa aku siapkan homework awal sangat aiyooooo! Baik aku layan anime tadi doohhhhh!

Haih aku ni memang cepat rasa mengantok...

Off to bed!!!

Alunan muzik sungguh indah. Muziknya kedengaran seperti datang daripasa sebuah alat muzik Jepun iaitu Koto, irama lagunya sama seperti yang pernah didengarinya semasa menonton persembahan tradisional Jepun. Sungguh mengasyikkan

.........

Kejap

.........

Sapa pulak yang main Koto tengah malam ni?!? Koto memang ada sebagai hiasan di ruang tamu rumahnya, tapi.......... Mana ada orang dalam rumah ni yang pandai main Koto........

Tak mungkin Aunty Anne datang tengah-tengah malam macam ni. Lagipun kalau dia balik Malaysia,dia mesti inform ibu.

Cuba bersangka baik, mungkin ibu? Tapi ibu, jangankan Koto, recorder pun tak pandai. Arum bulak castanet pun ibu tak pandai main.......

Peluh dingin membasahi dahiku. Alunan muzik Koto masih kedengaran. Teringin pula aku mahu melihat gerangan siapa yang terlebih rajin memainkan lullaby untukku. Tapi...... Hati kata pergi, otak kata jangan.

Teman HantuWhere stories live. Discover now