The Beginning

437 43 14
                                    

POV Choa

Aku membuka mata apabila sinaran sang suria memancar pada mataku. Aku cuba untuk bangkit tetapi gagal.

Badanku terasa sakit. Kepala aku pening. Kakiku kebas malah pada bahagian kemaluan aku terasa pedih teramat.

Aku memerhati susun atur bilik yang kelihatan tidak asing bagi diriku.

Terdapat kesan lebam pada tangan. Aku mencapai cermin yang berada di atas meja bersebelahan katil. Satu persatu aku menilik disegenap wajahku. Terdapat sedikit kesan luka dan begitu juga dengan leherku. Aku menggengam baju serta selimut.

Diriku tidak suci lagi. Maruahku sebagai seorang wanita telah diambil.

Fikiranku telah mengingati kembali peristiwa semalam lalu air jernih mengalir deras pada pipi.

"N-namjoon.. Namjoon!!"

Aku menjerit-jerit bagai orang kena histeria. Semua cermin, bantal dan selimut aku campakkan ke lantai. Nama Rapmon masih tidak lekang daripada bibir.

"Choa. Kenapa ni?" - Omma

Omma memeluk badan kecil aku dengan erat, cuba untuk menenangkan aku yang tidak terkawal sambil tangannya mengusap rambutku dengan lembut.

"Shhh.. Dah. Dah. Omma ada dekat sini. Jangan menangis. Sayang omma rehat dulu ye. Omma nak pergi ambilkan sarapan." - Omma

Badanku direbahkan semula di atas katil apabila aku kembali tenang. Kelibat Omma hilang di sebalik pintu. Air mataku masih bersisa di bibir mata. Tangisan yang sebentar tadi masih bersisa.

Kejadian semalam telah meninggalkan kesan dalam jiwa aku dan sampai bila-bila pun aku pasti tidak dapat melupakan. Ianya bagaikan mimpi ngeri yang berlaku sekelip mata sahaja.

"Choa.. awak tak apa-apa?" - Chen

Chen yang berdiri dihadapan muka pintu melemparkan senyuman yang sering menjadi kegilaan aku yang melihatnya.

Aku tidak menjawab pertanyaannya lalu memalingkan wajah ke arah lain agar tidak dapat melihat wajah Chen.

Malu.

Sedih.

Aku sedikit terperanjat apabila terasa dua rangkulan tangan memeluk pinggang kecil sambil dagu diletakkan diatas bahu aku. Nafas hangat Chen terasa menghembus lembut pada leher aku.

Aku menoleh ke arah wajah yang berada disisi. Wajah yang sering aku rindui. Pelukkannya terasa hangat dan amat selesa. Sungguh aneh kerana aku terasa selamat berada dalam pelukkan Chen.

Aku cuba untuk melepaskan diri daripadanya malah dia memeluk aku dengan lebih erat lagi seakan tidak mahu melepaskan.

"Please.. Jangan lari..". Bisik Chen pada telingaku.

Badanku menjadi kaku selepas mendengar Chen berbisik. Seluruh bulu romaku seakan berdiri tegak.

"Saya tahu awak dah lama simpan perasaan dekat saya dan saya pun dah lama sukakan awak sejak dulu lagi. Saya tak dapat nak sembunyikan lagi perasaan saya. Saya dah buat keputusan untuk melamar awak apabila saya balik ke sini." - Chen

Aku menutup kedua-dua mata serta menahan sebak di dada setelah mendengar luahan Chen.

'Kenapa pada saat ini baru hendak meluahkan segalanya sedangkan aku tidak lagi suci. Mahu ke dia terima keadaan aku yang sebegini?'

Sempat aku bermonolog dalam hati.

"Jangan risau. Saya terima awak seadanya. Saya janji akan sentiasa jaga dan berkorban apa saja untuk awak. Saya sayang awak seadanya, Choa." - Chen

Dangerous Love [Malay] On HoldWhere stories live. Discover now