Complicated

328 36 5
                                    

POV Choa

"Jom pergi makan nak?" cadang aku kepada Rapmon kerana ingin sekali aku menggunakan peluang keemasan ini untuk bersama dengan dia.

"Makan? Kau nak apa?" - Rapmon

"Apa-apa je yang boleh makan."

"Kalau aku bagi kayu dengan batu kau jangan tanya kenapa." - Rapmon

"Ish. Awak ni. Saya serius awak main-main pulak." Muka aku merah padam. Tahan geram dengan gelagat mafia yang tiba-tiba berubah jadi pelawak tak berbayar.

Habis terhambur ketawa Rapmon dengan usikannya sendiri.

Jelas terserlah lesung pipit pada wajah Rapmon untuk pertama kalinya. Aku menjadi tidak keruan melihatnya. Sungguh tampan sekali pada wajah.

"Aku gurau sikit pun marah? Dah. Tak payah nak buat muka macam tu. Jom kita pergi makan sebab aku memang dah lapar." - Rapmon

"Serius? Awak nak belanja?" Mataku bersinar-sinar. Bahagia.

"Eh, baru aku teringat dompet aku tak bawa. Tinggal dekat rumah." - Rapmon

Pusing-pusing dia tercari-cari dompet di dalam saku seluar.

"Ala.. awak.. jangan la main-main." Aku dah tarik muka. Kecewa.

"Yela. Aku belanja." - Rapmon

Tangan Namjoon laju menarik hidung aku.

"Aduh!" Sempat aku ngadu kesakitan sambil tangan mengusap-ngusap hidung.

"Kau nak makan apa?" - Rapmon

"Makan hati?"

"Lawak la tu?" - Rapmon

"Ada dengar saya gelak ke?"

"Takde." - Rapmon

Selamba saja dia membalas.

Aku pun dengan selamba menarik lengannya menuju ke restaurant mewah di dalam mall itu.

POV Chanyeol

"Rap Monster?!" Nama itu yang keluar dari bibir. Perkara lalu mula bermain dalam fikiran. Sampai mati aku takkan lupa nama itu. Masih segar dalam ingatan.

Aku perhati dari jarak jauh. Duduk di kerusi sambil menjamah kek bersama air kopi di Starbucks.

Adik aku sedang bermesra dengan ketua mafia yang dikenali sebagai Rapmon. Mereka kelihatan mesra sekali bagaikan sudah lama mengenali satu sama lain.

Tangan aku gengam dengan kuat berbentuk penumbuk. Ingin sekali aku menumbuk muka Rapmon.

Membuak-buak perasaan geram di dada. Wajah aku panas menahan amarah yang teramat.

Sejak bila mereka kenal?

Bagaimana mereka boleh mengenali?

Mereka ada hubungan seperti pasangan kekasihkah?

Pelbagai tanda tanya yang timbul dalam fikiran. Sungguh aku tak mengerti dan keliru.

Semua ini tidak boleh terjadi. Aku tak boleh biarkan adik aku bersama dengan mafia itu.

Bukannya aku tidak mahu lihat Choa bahagia. Tidak ada abang yang tidak menyayangi adiknya. Tetapi aku mahu dia bahagia dengan lelaki lain dan bukan dengan Rapmon.

Aku akan pastikan mereka berdua akan melupakan dan membenci antara satu sama lain. Choa tidak boleh rapat dengan penyangak sampai mati sekali pun. Itu janji aku.

"Kau akan terima padahnya Rap Monster." Bisik aku sendiri.

POV Jin

Aku melihat perangai Rapmon berubah sekali bila dia bersama gadis itu.

Tapi aku tak senang melihat abang Choa. Bagaikan ada sesuatu yang mencurigakan. Sudah lama aku perhati kelakuannya. Hati aku jadi tak sedap melihat kelakuan dia bagai ada udang disebalik mi.

Wajahnya seperti pernah aku lihat sebelum ini. Cuma tak ingat dimana dan bila.

Sejujurnya Rapmon tak boleh ada hubungan dengan mana-mana wanita. Itu telah melanggar syarat kelayakkan dia sebagai ketua mafia yang digeruni.

Malah bukan itu saja hal yang membimbangkan. Terlalu bahaya juga untuk dia serta pasangannya itu kelak. Pelbagai halangan dan cabaran yang mereka harus tempuhi.

Perasaan ini aku ketepikan buat sementara agar dapat melihat sahabatku kembali ceria. Memang susah untuk melihat dia tersenyum seperti ini. Amat jarang dan sangat luar biasa kalau nampak dia senyum macam kerang busuk.

Malangnya senyuman itu hanya sementara dan tidak boleh kekal lama. Perkara ini perlu diambil serius. Sebagai seorang sahabat aku perlu menyedarkan Rapmon.

Bukan aku sengaja menghalang hubungannya dan bukan juga aku tidak ingin melihat sahabat aku bahagia. Tetapi kerana aku sayangkan dia sebab itu aku harus peduli semua ini. Aku mesti segera ambil tindakkan atau ianya bakal jadi lebih teruk di kemudian hari.

"Hey! Termenung jauh nampak?" - V

Sapaan V akhirnya mematikan lamunan aku yang sudah menyimpang ke laut China Selatan.

"Fikir pasal dunia." Jawabku dengan bohong.

Tipu sunat tak salahkan? Bukannya kerap.

"Dah. Jom. Simpan dulu termenung kau pasal dunia. Kita kena pergi cepat ni." - V

"Baiklah."

[BERSAMBUNG]

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 07, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Dangerous Love [Malay] On HoldWhere stories live. Discover now