Force marriage

478 50 9
                                    

POV Appa

Aku memandang wajah anak gadisku, Choa yang sedang duduk bersebelah isteriku.

Wajahnya kelihatan sedih dan suram. Tiada lagi seceria selalu. Perkara yang terjadi memang tidak dapat dielak tapi maruah keluarga ini lebih penting.

Aku harus menutupi semua kejadian ini dan pastikan tiada sesiapa pun orang luar yang boleh mengetahui perkara ini.

"Choa, appa nak kamu kahwin dengan Chen. Muktamad."

"Kahwin? T-tapi.." - Choa

"Jangan bantah dengan keputusan appa lagi. Kamu nak perkara yang sama berulang lagi?"

"Ermm.." - Choa

Choa menundukkan pandangannya.

"Appa tak mahu nama baik keluarga kita tercemar disebabkan perkara ni. Dalam masa dua bulan kamu dan Chen bakal disatukan."

"Yeobo, jangan cakap macam tu. Choa masih trauma. Bagilah dia masa untuk buat keputusan sendiri. Terlalu awal untuk Choa berumah tangga." - Omma

"Dia terlalu muda untuk buat keputusan sendiri. Saya dah fikir semua ini masak-masak dan inilah keputusan yang paling baik. Lagipun Chen sanggup untuk bertanggungjawab terhadap Choa bukan saya yang paksa."

"Anak kita yang sulung, Chanyeol masih belum berkahwin. Awak tak kisah kalau orang cakap Choa langkah bendul?" - Omma

"Choa perempuan dan Chanyeol lelaki. Saya tak kisah hal itu, yang penting saya tak nak ada sesiapa perkara sebenar. Kalau perkara ini terbongkar saya akan cari orang itu hingga ke lubang cacing sekali pun."

"Bagila anak kita ni peluang." - Omma

"Saya tak kira. Dia mesti kahwin dengan Chen dan ikut dia tinggal dia China. Ini keputusan saya yang lain jangan berani masuk campur."

"C-china?" - Choa

Pintu depan tiba-tiba terbuka dan kelihatan seseorang bertubuh tinggi. Anak lelaki aku, Chanyeol masuk ke dalam sambil memberi salam. Senyumannya sentiasa melekat pada wajahnya yang tampan sama sekali tidak ubah seperti aku.

"Selamat petang semua." - Chanyeol

POV Chanyeol

"Selamat petang semua."

"Selamat petang. Anak kesayangan appa ni dah balik." - Appa

"Chanyeol kenapa kamu sampai lewat? Dah lewat malam ni." - Omma

"Flight delay sebab cuaca kurang baik."

"Kenapa tak bagitau kami. Kamu buat appa dengan omma risau." - Appa

Aku menggaru belakang tengkuk yang tidak terasa gatal setelah mendengar jawapan appa.

"Bukan apa. Chanyeol tak nak appa dan omma risau. Maafkan Chanyeol."

Tiba-tiba adikku, Choa yang sejak tadi diam berlari ke ruang atas lalu meninggalkan kami bertiga.

Aku jadi terpinga-pinga melihat kelakuan Choa. Sungguh aneh. Selalunya dia akan jadi orang yang pertama berlari-lari menyambut kepulanganku. Tetapi tidak harini.

Hubungan kami terlalu rapat sejak kecil sehingga Choa menjadi terlalu manja apabila berada disamping aku. Harini begitu lain sekali sikapnya yang tiba-tiba berubah dingin serta tidak seceria dulu.

Timbul tanda tanya dalam fikiran. Baru saja 1 bulan aku pergi, dan banyak benda di sekeliling telah berubah. Adakah dia merajuk dengan aku oleh kerana aku tidak menelefonnya? Ataupun ada perkara lain yang aku tidak tahu telah terjadi padanya?

Dangerous Love [Malay] On HoldWhere stories live. Discover now