HIDUP BARU,TUGAS BARU

3.6K 173 3
                                    

Semua memikirkan diri mereka..Sempurna.Namun,adakah mereka tahu yang sebenarnya?

"Abang,saya ada sesuatulah nak cakap."Lee Yoobi mengambil tempat di sebelah suaminya.

"Apa dia?"Lee Kwangsoo bertanya dengan mulut penuh dengan sarapannya.

"Abang suka tak kalau rumah kita ni bising?"Yoobi memeluk lengan suaminya penuh kasih.

"Hmm.."Kwangsoo merenung Yoobi.

"Apa maksud awak ni?"Kwangsoo meletakkan sudu dan mencubit pipi gebu Yoobi manja.

"Saya.."Belum sempat Yoobi habiskan kata katanya,telefon Kwangsoo berbunyi,

Tit-Tot-Tit-Tot

"Helo,abang."Sapa Kwangsoo kepada gerangan yang menelefonnya pagi pagi begini.

Wajah Yoobi hampa.Dia baru sahaja mahu memberitahu hal penting,suaminya sudah sibuk dengan hal lain.

"Apa?Mesyuarat?Hari ni hari Ahad.Takkanlah ada mesyuarat."Kwangsoo mengeluh,begitu juga Yoobi.Baru hari ini mereka mahu bermanja manja suami isteri,Kwangsoo perlu bekerja pula.

"Yalah.Tunggu sekejap."Kata Kwangsoo sebelum memutuskan talian.

"Sayang,abang perlu.."Belum habis ayat si Kwangsoo,Yoobi mengangguk angguk.

"Pergi sahajalah.."Yoobi tersenyum pada suaminya.

"Abang pergi dulu,ya."Kwangsoo mencapai kotnya dan melambai selamat tinggal.

"Hati hati."Pesan Yoobi.

"Abang,saya mengandung.."Bisik Yoobi entah kepada siapa kerana orang yang mahu diberitahu hal itu telah pun berlalu.

Kwangsoo berjalan di sepanjang balkoni tempat perlindungan itu yang telah dibina di ibu negara Korea buat Survivor dan para penyelamat berlindung sejak Korea diserang virus beberapa belas tahun lalu.Setiap keluarga diberikan satu sel yang cukup untuk empat orang.Cukuplah buat waktu sekarang ini.

Sampai di sel bernombor 2674,dia berhenti dan mengetuk pintu sel itu.

"Abang Haha!"Panggilnya.

"Ha!Sampai pun."Ha Donghoon membuka pintu.Kwangsoo mengintai ke dalam sel dan kelihatan anak Haha,Ha Deurim sedang menangis sambil menjerit jerit.

"Kenapa pula dengan si Deurim tu,abang?"Tanya Kwangsoo.

"Biasalah,ayah dia ni sibuk sampai tak ada masa untuk dia."Jawab Byul,isteri Haha seraya memerli suaminya.

"Pergi dulu!"Haha memekakkan telinganya dan menarik lengan Kwangsoo kerana tidak sanggup dibebel lagi.

Setelah beberapa minit berjalan,mereka sampai di ibu pejabat dan memasuk bilik mesyuarat.

Suami isteri,Kang Gary dan Song Jihyo,Kim Jongkook dan Ketua mereka,Yoo Jaesuk sudah berada dalam billik itu.

"Kenapa lambat?"Tanya Jihyo.

"Masalah rumah tangga."Seloroh Haha buatkan ahli kumpulannya tergelak.

Selepas mereka berdua duduk di meja bulat,ketua mereka yang semakin meningkat usia memulakan bicaranya.

"Selamat pagi,kumpulan kita,skuad Running dah dapat tugas baru."Terang Yoo Jaesuk.

"Tugas baru?"Tanya Gary minta kepastian.

"Tugas kita kali ini,lebih mencabar."Sambung Jaesuk.

"Apa dia,ketua?"Tanya Jongkook.

"Pihak kerajaan sudah dapat mengesyaki ada beberapa orang survivor di dalam daerah di Korea ni,sudah menjumpai penawar bagi virus yang sedang menyerang negera kita."Jaesuk meneguk air mineral di dalam cawannya.

"Woah!Biar betul."Kwangsoo menutup mulutnya yang terbuka kerana terlalu teruja.Mata semua di situ terbeliak tidak percaya.

"Tugas kita ialah cari mereka dan bawa pulang penawar tu ke sini.Esok,kita berlepas ke daerah itu.Saya yakin kita boleh buat,skuad Running!"Ketua Jaesuk beri semangat.

"Kita boleh buat!"Mereka begitu bersemangat mahu menyelamatkan Korea,negara yang telah ditawan virus berbahaya yang telah mengubah hidup mereka selama ini.

BAB 1-TAMAT

RUNNING ZOMBIE 2Where stories live. Discover now