BOM DAN RACUN

1.3K 114 0
                                    

"Yah!!Matilah!"Kwangsoo menikam setiap walkers yang meluru ke arahnya.

"Saya tinggalkan isteri saya di rumah,sebab awak!!"Dada walkers itu terobek dengan pisau milik Kwangsoo.Darah mencurah curah terkena tapak tangannya.

Chaewon nampak mahir menggunakan senapangnya,namun Eunhye ada masalah..

"Abang,kenapa peluru tak keluar??"Tangan Eunhye terketar ketar bila peluru yang tadinya keluar dengan laju seakan tersekat di dalam senapangnya sementara walkers di depannya semakin dekat.

"Pukul saja dengan senapang tu!"Jongkook menjerit dari tempatnya.Eunhye memukul walker di depannya itu sekuat hati seakan akan sedang melepaskan segala kemarahannya selama ini.

"Macam tulah!"Jongkook tersengih sambil menembak dada seorang walkers di sisinya.

"Abang..."Jihyo di sebelah Gary tiba tiba menjadi lemah.Lututnya longlai.

"Jihyo,kenapa ni?"Gary menyokong badan gadis itu yang tiba tiba mahu rebah.

"Kak Jihyo!"Kwangsoo menoleh sambil memegang kepala seorang walkers yang nyaris menggigit tengkuknya.

"Jihyo!"Jaesuk juga menoleh ke arah itu.

Tiba tiba dalam keriuhan itu,terdapat bunyi,

KEBABOM!

Tempat itu dipenuhi asap.Para skuad terduduk di tanah.Walkers di keliling mereka terbaring terlentang,seakan pengsan.

"Jihyo!"Gary tidak tahu bagaimana perkara itu berlaku namun dia ingin melihat keadaan isterinya dahulu.

Jaesuk bangun dan melihat sekelilingnya untuk mencari gerangan yang membaling bom itu sebentar tadi.Berdekatan mereka,berdiri seorang lelaki yang sedang memegang beg berisi senjata di tangannya.

"Cepat.Ikut saya sebelum mereka datang lagi."Panggil lelaki itu.

"Kenapa kami perlu ikut kamu pula?"Tanya Jaesuk sangsi.

"Terpulang..Saya cuma nak menolong."Lelaki itu tersenyum sinis.

Jaesuk dan Jongkook berpandangan sesama sendiri.

"Saya tak tahu macam mana kamu boleh berperang dengan gadis yang dah pengsan tu."Tambah lelaki itu lagi.

Ahli skuad Running menoleh ke arah Jihyo.

Setelah perbincangan,mereka akhirnya mengikut lelaki itu kerana dia mengatakan bahawa dia mempunyai tempat perlindungan yang selamat buat mereka.

"Kawan,apa nama awak?"Tanya Jaesuk pada lelaki rendah itu.

"Beumsoo.Lee Beumsoo."Jawab lelaki itu.

"Sabar,sayang."Bisik Gary kepada Jihyo yang sedang dikendong di belakangnya.

"Selamat datang ke Perindustrian Pangseong."Ucap lelaki itu sebaik mereka sampai di sebuah kilang lama di situ.

"Awak bawa siapa datang??"Seorang gadis berambut merah menyambut dengan wajah kelat.

"Ryeowon!!"Chaewon teruja.

"Chaewon!Lamanya tak jumpa."Mereka tidak sangka akan berjumpa semula di sini.

Setelah berehat sementara menunggu Minho,Eunhye dan Beumsoo memeriksa Jihyo,mereka berbual bual.

"Ryeowon,macam mana awak dapat tempat perlindungan yang hebat ni?"Kwangsoo teruja.

"Ini kilang Beumsoo."Jawab Ryeowon.

"Semua,tolong masuk."Eunhye memanggil semua masuk ke dalam bilik Jihyo diperiksa tadi.

"Jihyo!"Gary meluru masuk.

"Kenapa dia boleh pengsan tiba tiba?"Tanya Jaesuk.

"Ada orang letakkan racun dalam badan dia.Mungkin dari makanan atau minuman."Terang Minho.

"Apa??"

RUNNING ZOMBIE 2Where stories live. Discover now