KERANA DIA SEORANG AYAH

1.3K 121 6
                                    

Jongkook memandang dia yang sedang terbaring dengan wajah pucat itu.

Matanya merah seakan akan darah akan mengalir keluar dari matanya itu.Badannya menggigil teruk seperti seorang penagih dadah.

"Haha,awak perlu bertahan."Jongkook mengenggam tangannya,cuba untuk menyalurkan semangat kepada kawan baiknya itu.

"Abang Haha,maafkan kami."Jihyo menangis melihat keadaan Haha.

Sebentar tadi,sewaktu semua telah sampai di bawah bangunan,Haha telah digigit salah satu dari walkers di atas bangunan itu.Mujur juga,Jaesuk dan Jongkook naik semula dan menyelamatkan dia.

Namun,sekarang mereka merasa menyesal menyelamatkan dia kerana dia tidak mati di tangan walkers tersebut,tetapi harus mati di tangan mereka.

"Bunuh saya sebelum saya jadi macam mereka,sebelum saya apa apakan awak semua."Suara Haha pun kedengaran bergetar.

"Abang..kami tak sanggup.."Gary menenangkan Jihyo di sebelahnya.

"Bertahan,saya rasa saya boleh bantu abang."Minho menekan luka di lengan Haha.Eunhye di sebelahnya mengangguk angguk.

"Abang Haha,janganlah macam ni."Kwangsoo sebak.Lelaki inilah yang selalu disisinya ketika dia kesedihan.

Chaewon turut terasa mahu menangis walaupun baru bertemu dengan Haha itu.

"Haha,abang yakin dengan awak,awak orang yang kuat.Awak tak akan mengalah dengan hal kecil macam ni."Ketua Jaesuk sedaya upaya beri semangat kepada lelaki itu.

Dalam sejam lagi,lelaki itu akan bertukar seperti musuh yang mereka perangi selama ini.

Air mata mengalir dari mata Haha.Entah kerana kesakitan ataupun kesedihan.

"Kwangsoo,ambilkan surat dalam beg abang."Minta Haha sambil jarinya menunjuk ke arah begnya yang berwarna hitam pemberian isterinya.

"Apa ni?"Mereka melihat isi kandungan surat itu bersama sama,

Buat impian ayah,Ha Deurim

Macam mana keadaan kamu,ayah harap kamu sihat.Ibu marah kamu tak?Ibu kan sayang kamu,sebab tulah dia marah..

Kalau kamu nak tahu,hari ni hari lahir kamu.Selamat Hari Lahir,impian ayah..

Tapi,maaflah ayah tak dapat nak raikan hari lahir kamu tahun ini dengan kamu.Ayah ada tugas.

Ayah janji,tahun depan,ayah akan raikan hari lahir kamu dengan kamu.Sabar ya,sayang.

Maaflah,selama ni,ayah tak ada setiap kali perkara penting jadi kepada kamu.Ayah tak ada waktu kamu pandai berjalan,ayah tak ada waktu kamu pergi ke prasekolah pada hari pertama malah,ayah tak ada waktu kamu tulis perkataan hangeul kamu yang pertama.Ayah harap,kamu maafkan ayah,ya.

Sampai sini sahaja surat ayah.Ayah sayang kamu.Jumpa lagi.

Yang Benar,

Ha Donghoon,Ayahmu.

Mereka yang membaca surat itu sebak.Mereka selalu merasakan yang Haha tidak rapat dengan anaknya sendiri,tapi hari ini semuanya terasa amat berbeza.

"Tolong beri pada anak saya,ya.Bila skuad kita dah sampai ke ibu pejabat."Pinta Haha.Mungkin permintaan terakhirnya.

"Baiklah.Kami janji."Jaesuk tersenyum kepada anak buahnya dalam sebak.

"Ketua,virus tu dah merebak ke jantung dia."Lapor Minho pada Jaesuk.Dia mengeluh berat sambil memandang keadaan Haha yang semakin teruk.

"Semua,tolong keluar.Biarkan saya dan Jongkook sahaja dalam bilik ni."Arah Jaesuk.

Apabila semua mendengar ayat itu,mereka telah tahu apa akan terjadi dan melangkah keluar dengan keterpaksaan.

Jihyo menangis dalam pelukan Gary.Chaewon terdiam.Kwangsoo pula tertahan tahan mahu meraung.

Minho dan Eunhye saling berpandangan seperti kecewa dengan diri sendiri kerana tidak bisa membantu Haha.

Masa sekan terhenti seketika dan,

BANG!

Kedengaran suara senapang melepaskan tembakan dengan laju di dalam bilik itu.

'Percayalah,kami akan hantar surat ni untuk abang'Kwangsoo menggenggam tangannya.

BAB 4-TAMAT

RUNNING ZOMBIE 2Where stories live. Discover now