syafikah duduk bersandar di tepi dinding dengan wajah yang pucat lesi. dari pagi tadi dia hanya duduk diam membisu di situ. bajunya dan jari jemarinya penuh dengan kesan darah. manakala di lengan tangan dan kakinya ada kesan lebam dan juga parut luka yang belum sembuh sepenuhnya. sudah berbuih mulut pihak polis bertanya apa yang telah terjadi pada dirinya dan lelaki yang mati di ruang dapur rumah tersebut tetapi dia hanya mendiamkan dirinya. Sedikit pun dia tidak bersuara.
"syafikah, kenapa awak diam membisu ni? cakaplah apa yang telah terjadi pada diri awak dan razif ni? kenapa razif tiba tiba mati?", soal maria menangis. dia memandang wajah rakannya itu. syafikah tidak menjawap soalannya. Malah dia langsung tidak bersuara. pandangannya kosong. fikirannya kosong. jiwanya kosong. semuanya kosong. dia langsung tidak peduli pada orang orang yang sedang sibuk mengangkat mayat dari ruangan dapur yang di lumuri darah itu. dia seperti berada di dalam dunia yang lain. di mana dia tidak tahu apa apa lagi selain daripada dunianya yang kosong dan sepi itu...
- 8 bulan sebelum kejadian itu berlaku (flashback) -
Pagi yang indah kelihatan syafikah dan rakannya maria sedang minum di restoran jamu selera. syafikah kelihatan sungguh gembira...
"guess what maria..."
"what?"
"Tak lama lagi saya akan berkahwin dengan razif... i feel so happy, my friend..."
"apa?... awak nak berkahwin dengan razif? awak baru saja berkenalan dengan lelaki itu dari dalam internet. tak sampai pun 1 bulan tiba tiba aje awak nak berkahwin dengannya... biar betul awak ni......"
"Ya... saya cakap betullah ni.... anyway, kenapa awak cakap macam tu?... awak jealous, eh?"
"Saya tak jealouslah... saya cuma merasa hairan aje. kenapa awak tiba tiba nak berkahwin ni?... awak belum kenal lagi hati budi lelaki tu tiba tiba saja awak nak berkahwin dengan dia pula..."
"kenapa awak merasa hairan pula? Ini kan berita gembira. sepatutnya awak tumpang gembira dengan saya sebab kawan awak yang andartu ni dah nak kahwin""sebenarnya saya tumpang gembira juga apabila mendengar berita ini tapi saya merasa hairanlah, apa yang menyebabkan awak tiba tiba nak berkahwin dengan si razif tu? Awak belum kenal dia sepenuhnya... maksud saya awak belum tahu tentang sejarah latarbelakangnya dan lain lain lagi..."
"Oh... saya akan cuba mengenali dia dalam masa 2 bulan ni. Sebenarnya saya tak kisah pun tentang perkara tu. Yang penting dia mencintai saya dengan ikhlas..."
"eh... awak dah fikirkan hal ni masak masak ke, fikah? awak fikir dia akan memberikan kebahagiaan dalam hidup awak ke?"
"ya... saya dah fikirkannya masak masak. Saya percaya hanya dia seorang saja yang mampu memberikan kebahagiaan dalam hidup saya. i really love him, maria. i cant live without him..."
"hm... ikut suka hati awaklah, syafikah. yang penting awak bahagia dengannya... bila korang nak berkahwin ni?""tarikhnya belum di tentukan lagi. mungkin dalam pertengahan bulan jun macam tu..."
"Eh... 2 bulan lagi tu.... kenapa korang berkahwin cepat sangat?... Awak fikir sempat ke korang buat semua persiapan perkahwinan itu dalam masa 2 bulan ni?"
"Sebenarnya saya dan razif cuma buat majlis perkahwinan secara ringkas aje. Kami tak buat besar besaran. Kami cuma menjemput ahli keluarga dan sanak saudara yang terdekat aje. Ini termasuklah kawan kawan rapat kami. Kami hanya buat majlis makan secara tertutup. Hanya sebilangan kecil orang saja yang akan di jemput. Apa apa pun saya akan bagi awak kad jemputan perkahwinan saya bila tiba masanya..."
"Oh, Baiklah... by the way, tahniah saya ucapkan pada awak sebab akhirnya awak sudah bertemu dengan jodoh awak. tentu lepas ni tak ada orang yang berani sindir awak dengan memanggil awak andartu lagi, kan?"
"yep... thats right my friend. Anyway, thanks maria... you are my best friend!"
Syafikah terus memeluk rakannya maria dengan hati yang gembira...
YOU ARE READING
DERITA (PG13)
General Fiction#2 in general fiction (11/12/2016) Sinopsis: setiap perkahwinan biasanya membawa kebahagiaan namun ada juga perkahwinan yang di sulami dengan penderitaan... # P/s: it's okay if u didnt want to vote or comment in every pages I posted here. By the way...