DERITA 6

4.7K 111 6
                                    

- Keesokan harinya -

pagi itu kelihatan syafikah sedang sibuk menggoreng nasi goreng di dalam dapur. selepas siap menggoreng nasi goreng tersebut, dia mula membuat air milo di dalam teko pula. ketika dia sedang sibuk membuat sarapan pagi di situ tiba tiba razif muncul di ruangan dapur tersebut. perlahan lahan dia duduk di atas kerusi.

syafikah yang masih merasa sebal dengan suaminya itu terus melangkah pergi dari situ tetapi tangan kirinya di pegang erat oleh suaminya. "syafikah, duduk dulu...", perintah razif. mahu tidak mahu syafikah pun terpaksa duduk di sebelah suaminya itu. "awak nak pergi kerja kan pagi ni?...", soal razif perlahan lahan. "ya...", jawap syafikah sepatah. "baiklah ada 1 perkara yang abang nak bincang dengan awak. abang rasa lebih baik awak berhenti bekerja dari syarikat teraju mas tu...", kata razif dengan tegas.

"Kenapa pula saya harus berhenti bekerja sedangkan saya dah lama bekerja di syarikat tu...", tingkah syafikah dengan dahi yang berkerut. "Itu abang tak peduli... awak sekarang dah jadi isteri abang jadi biarkan abang seorang saja yang cari rezeki untuk kita berdua, ok?", kata razif sambil merenung wajah isterinya itu. syafikah membalas renungan suaminya itu. "tapi kenapa abang tiba tiba nak saya berhenti kerja ni?... saya masih mahu bekerja di syarikat itu lah...", kata syafikah dengan jujur.

"jangan buat abang marah, ok... abang nak awak berhenti kerja, so awak kena patuhi arahan abang ni... jangan cuba nak lawan cakap abang pula...", kata razif separuh geram. "tapi abang cakap dulu abang tak kisah kalau saya bekerja...", kata kata syafikah terus di potong pantas oleh suaminya itu. "ya, itu dulu... tapi sekarang fikiran abang dah berubah... abang nak awak berhenti bekerja dari syarikat tu hari ni juga sebab abang tak nak awak bekerja dalam 1 pejabat dengan hafizi tu...", kata razif dengan tegas. "tapi bang...", belum pun sempat syafikah menghabiskan perkataannya tiba tiba, "daamm...", kedengaran bunyi meja makan di tumbuk dengan kuat oleh suaminya.

terkejut betul syafikah di buatnya. "apa tapi tapi lagi, hah!?... awak nak penumbuk ni melayang kat muka awak tu ke?...", gertak razif dengan menggetap giginya. kecut perut syafikah di buatnya. "bbbaiklah... bbbang... sssaya aaakan bbberhenti kerja...", kata syafikah dengan tergagap gagap. "bagus, sekarang awak boleh pergi ke tempat kerja awak tu tapi ingat cakap abang tu... awak harus berhenti kerja kalau tidak padah menanti awak...", ugut razif. syafikah pun diam selepas itu. dia melangkah pergi dari situ.

*** *** ***

Syafikah melangkah keluar dari dalam keretanya. Dia berjalan menuju ke arah pejabatnya. Sebaik saja dia sampai di pejabatnya dia pun terus menaip surat perletakkan jawatannya. ketika dia sedang leka menaip surat tersebut tiba tiba, "hai syafikah, selamat pagi. urm...surat apa yang awak taip tu?", soal 1 suara. syafikah mengangkat wajahnya dia lihat hafizi sedang berdiri di depan mejanya. "its none of your business...", jawap syafikah dengan geram sekali.

hafizi memerhatikan wajahnya. "eh... kenapa ada benjolan di dahi awak tu, syafikah? awak terjatuh ke?", soal hafizi sambil menyentuh dahi syafikah yang ada benjolan biru itu. Namun tangannya di tepis dengan kasar oleh syafikah. "kan saya dah cakap tadi its none of ur business. awak pekak ke apa?", kata syafikah cukup geram. Cepat cepat dia menarik keluar surat perletakan jawatannya dari printer yang ada di atas meja kerjanya itu. sempat juga hafizi membacanya.

"apa?... surat perletakan jawatan? awak nak berhenti kerja ke syafikah?", soal hafizi lagi. "like i said to you before, its none of your business. pergilah buat kerja awak. saya tak ada masa nak layan awak lagi...", syafikah bersuara dengan tegas. dia bangun dari kerusinya lalu beredar dari situ. Tinggallah hafizi terpinga pinga seorang diri di situ....

DERITA (PG13)Where stories live. Discover now