BAB 2

59.3K 1.2K 286
                                    

Hakimi menapak perlahan ke dalam bilik tidurnya. Dia memandang susuk tubuh Fathia di atas katil mereka. Sejak pada malam di mana Hakimi tertinggikan suaranya, Hakimi perasan, Fathia sudah tidak lagi menunggu dirinya pulang seperti selalu.

Bukan dia tidak tahu, Fathia merajuk dengannya. Rajuk Fathia hanya dibiarkan begitu saja. Dia sendiri tiada niat untuk memujuk isterinya.

Alah, nanti lama-lama, Fathia akan terpujuk sendiri.

Hakimi memulas kepala paip. Air meluncur laju keluar dari shower. Keluhan dilepaskan. Hubungan dia dan Fathia sudah tiada seri lagi seperti awal-awal perkahwinan mereka dulu.

Mengenai hubungan suami isteri antara dirinya dan Fathia juga sudah hambar. Sudah sebulan lebih dia tidak 'bersama' Fathia. Bukannya Fathia tidak mahu tapi dia sendiri tidak mahu menjalankan tanggungjawabnya yang satu itu.

Fikir Hakimi, tiada guna juga mereka bersama, bukannya mereka akan dapat anak. Sehinggakan dia termakan hasutan keluarganya. Dia seperti ingin percaya saja kata-kata ibunya bahawa Fathia memang mandul.

**********

Hampir setengah jam Hakimi di dalam bilik mandi, Hakimi melangkah keluar. Pakaian di dalam almari dicapai.

Hakimi keluar dari bilik dan menuju ke bilik tamu. Sudah berhari-hari dia tidur di situ.

Fathia membuka mata sebaik saja pintu bilik ditutup. Sengaja dia berpura-pura tidur. Tidak tahu di mana silapnya sehingga begini perubahan Hakimi.

Hakimi sudah berubah 100%. Dia tahu kalau Hakimi sengaja memisahkan tempat tidur mereka berdua. Seperti cuba untuk jauhkan lagi hubungan mereka yang sudah jauh ini.

Tubuh dikalih ke arah tempat tidur Hakimi. Bantal yang selalu dijadikan tempat kepala Hakimi diusap perlahan. Bantal ditarik ke dalam pelukkan. Ibarat dia memeluk Hakimi.

'Abang, salah Thia ke sampai abang dah berubah? Thia dapat rasakan abang dah banyak berubah, abang dah tak macam dulu.'

Air mata perlahan mengalir. Malam berlalu begitu saja. Fathia hanya mampu berdoa semoga hari esok akan ada bahagia

**********

Hari minggu, Fathia membuat keputusan untuk keluar bertemu dengan rakan baiknya, Suraya. Duduk di rumah pun bukan ada siapa-siapa, hanya dia seorang saja. Hakimi pula, walaupun hari minggu, tetap juga keluar ke pejabat.

Nampak sangat ingin melarikan diri dari dia. Awal pagi dah keluar. Sarapan pun tidak. Entahlah. Malas dia fikirkan. Hari ini, mood dia baik. Jadi, dia tidak mahu rosakkan mood baiknya itu.

Fathia melabuhkan duduk di salah satu meja di dalam restoran itu. Dia dah janji dengan Suraya untuk berjumpa di restoran kegemaran mereka, Tony Roma's. Mereka berjanji untuk makan tengah hari bersama. Kata Suraya, ada perkara penting yang ingin disampaikan.

Sambil menunggu, Fathia membuka aplikasi WhatsApp, ingin melihat jika ada sebarang pesanan daripada Hakimi. Tapi, kosong.

"Thia!"

Kepala diangkat, memandang wajah ceria Suraya. Telefon terus disimpan ke dalam handbag. Suraya dibawa ke dalam dakapan.

Rindu.

Satu-satunya rakan baik yang dia ada. Hanya Suraya yang dia punya setelah dia kehilangan kedua-dua orang tuanya.

Setelah beberapa tahun Suraya membawa diri akibat putus tunang dulu, kini Suraya muncul kembali. Malah, waktu dia berkahwin dengan Hakimi, Suraya tidak muncul.

EBOOK : Kau CurangWhere stories live. Discover now