BAB 3

53.3K 1.2K 218
                                    

Saat pagar rumah dibuka, Fathia tersenyum melihat kereta suaminya sudah berada di bawah porch rumah mereka.

"Awal pula abang balik malam ni."

Salam diberi saat kaki melangkah masuk ke dalam rumah. Kelibat suaminya dicari. Belum sempat Fathia menutup pintu rumah, suara Hakimi kedengaran dari arah ruang tamu rumah.

"Lewat balik. Tak tengok jam dah pukul berapa?" Dingin. Hanya wajah beku ditayangkan oleh Hakimi.

Selepas makan tengah hari bersama Suraya, mereka berjalan-jalan pusing satu shopping mall. Tiada barang yang ingin dibeli, hanya sekadar cuci mata. Menghilangkan tekanan yang dia rasakan beberapa hari ini sehingga tidak perasan langit sudah bertukar menjadi gelap.

Fathia melabuhkan duduk di sebelah suaminya. Dia menyalami tangan Hakimi. Belum sempat bibir melabuh di pipi Hakimi, Hakimi sudah bangun dari duduk dan berjalan menuju ke dapur. Meninggalkan Fathia yang kecewa dengan layanan dingin Hakimi itu.

Tidak mahu melayani perasaan sendirian, Fathia bangun mengekori belakang Hakimi ke dapur.

"Awal abang balik malam ni."

Hakimi menjeling Fathia. Terasa seolah Fathia menyindir dirinya itu. Air kosong dituang ke dalam gelas. Terasa panas dengan soalan

Fathia.

"Kenapa? Thia suka ke abang balik lewat?" Gelas diletak secara kasar di atas island table.

"Eh mana ada, Thia cuma tanya je. Abang dah makan?" Tidak mahu berpanjangan, Fathia menukar ke topik lain.

"Tak tengok jam ke? Kalau dah lewat macam ni, mestilah dah makan. Soalan tu tak ada yang cerdik sikit ke?"

Tersentap Fathia. Salah ke kalau dia bertanya? Walaupun Fathia sudah tahu Hakimi akan makan sebelum pulang ke rumah, dia tetap mahu bertanya. Sekadar mahu berbual dengan Hakimi saja.

Mata memandang langkah Hakimi mendaki tangga. Keluhan dilepaskan. Apa sebenarnya yang tidak kena? Kenapa sampai macam ini hubungan dia dan Hakimi sekarang ini?

**********

Sebaik saja Hakimi keluar dari bilik mandi, berbola mata meliar memandang Hakimi. Teragak-agak Fathia mahu bertanya. Tidak mahu tersalah cakap, nanti dia akan dimarahi lagi oleh Hakimi.

"Abang, Thia nak minta izin. Next week Thia nak keluar dengan kawan Thia, boleh?"

"Hmm, okay. By the way, next week abang tak ada. Outstation."

"Abang outstation lagi? Kali ni berapa hari pula abang kena pergi?"

"Maybe three days. Itu pun tak pasti lagi kena extend atau tak."

"Abang outstation dekat mana?"

"Melaka."

Hanya sepatah dijawab Hakimi. Susah sangat ke nak bagi jawapan yang panjang? Fathia memerlukan jawapan yang panjang.

"Ouh, nanti Thia kemaskan pakaian abang."

Soalan yang bermain di kepala disimpan apabila dia melihat Hakimi bersiap-siap seperti mahu keluar.

"Abang nak keluar sekejap. Nak jumpa kawan."

Belum sempat Fathia bertanya ke mana, Hakimi sudah menghilangkan diri di sebalik pintu. Hairan, mahu ke mana Hakimi jam sebegini?

Sepatutnya, ini waktu tidur suaminya. Saat telinga menangkap bunyi kereta suaminya, keluhan dilepaskan.

"Abang, Thia rindukan abang."

**********

Tidak mampu lagi untuk bertahan, akhirnya dia membuat keputusan untuk menelefon Suraya dan meluahkan semua masalahnya kepada Suraya.

"Kau dah cuba tanya dan berbincang dengan Hakimi? Mungkin dia ada masalah kerja." Soal Suraya dibelah sana.

"Macam mana aku nak tanya dia, nak berjumpa empat mata dengan dia sekarang pun susah. Lagipun, kami dah janji. Masalah kerja jangan bawa sampai ke rumah."

Masih teringat saat pagi tadi. Bangun saja dari tidurnya, bayang Hakimi langsung tidak kelihatan. Semalam, pukul berapa Hakimi pulang dia juga tidak tahu.

"Kau sabar, Thia. InsyaAllah, satu hari nanti, Allah akan makbulkan doa kau. Kau banyakkan berdoa. Allah akan bantu kau."

"Kau jangan macam ni, Thia. Risau aku."

"Aku rindukan suami aku, Su. Aku dah tak ada siapa-siapa lagi kecuali dia." Ucap Fathia.

"Hey, jangan cakap macam tu. Kau masih ada aku, Thia. Aku akan selalu ada dengan kau. Aku tahu, aku tak berada di tempat kau dan tak rasa apa yang kau rasa sekarang ni. Tapi, kau kena ingat. Allah tak akan bagi ujian kalau Dia tahu hambaNya tak mampu nak hadapi ujian tu. Aku minta sangat, kau jangan mudah putus asa. Lagipun, kau kahwin tak sampai lima tahun pun lagi. Masih ada banyak masa lagi untuk kau berdua dapatkan anak." Pujuk Suraya.

Sedih hatinya apabila mendengar tangisan sayu Fathia. Teman mana yang tidak sedih apabila teman yang sudah dianggap sebagai darah daging sendiri berada dalam kesedihan seperti ini.

"Eh, apa cakap macam tu. Kita kawan. Kau tak ada susahkan aku apa-apa pun. Jangan sedih-sedih lagi dah. Kalau kau ada masalah apa-apa, kau call je aku. Aku tahu kau mampu dan kuat untuk hadapi ujian ni semua."

Walaupun Suraya tahu kata-katanya itu tidak seberapa, namun dia berharap sedikit sebanyak dapat membantu Fathia untuk terus kuat.

Belum sempat Fathia membalas, kedengaran suara lelaki dihujung talian memanggil Suraya.

"Sayang."

"Eh, B. Wait a minute ya, I tengah on call with my friend."

"Thia, I got to go. Tunang aku dah sampai. I have a lunch date with him."

"Ouh, tunang kau. Okay. Sorry, aku dah ganggu masa kau berdua."

"Eh, it's okay. Ingat pesan aku, apa-apa terus call aku ya. Talk to you later. Take care, Thia. Bye."

"I will, InsyaAllah. You too take care. Bye, Su."

Sebaik saja panggilan dimatikan, mata terkebil-kebil memandang telefon di tangan. Suara lelaki itu, masih terngiang-ngiang kedengaran di telinga.

"Aishh! Bukanlah. Jangan fikir bukan-bukan, Fathia."

Tidak mahu terus kusutkan kepala dengan fikiran negatif, tangan mengapai remote


EBOOK : Kau CurangWhere stories live. Discover now