Sehun turun tangga dengan cepat di tangannya dia memegang iphone 6+ goldnya. Dia tahu mesti ada mangsanya yang nak minta putuskan hubungan lagi sekali. Dia dah biasa dah semua itu.
Ada seorang gadis sedang berdiri sambil menangis teresak-esak di tangannya ada memegang beberapa keping gambar.
Sehun tersenyum nakal dari jauh. 'Bersedialah kau Oh Sehun pandai buat pandai tanggung'. Sehun menarik nafas panjang nak berjalan perlahan ke arah gadis itu.
Sehun berdiri di hadapan gadis yang sedang menangis itu sambil membuat muka kesian. "Sarah kenapa nie??" kata Sehun jarinya mengelap air mata gadis itu. Gadis itu bengang lalu dia menolak dada Sehun dengan kuat. "My name is not Sarah! So betul la kau curang dengan aku?! Nama aku pun kau tak ingat!" jerit gadis itu.
'Aduh apa nama minah nie eh, macam mana la aku boleh lupa nama dia'. Sehun kembali tersenyum. 'Lek Sehun control handsome kau tu'. Sehun terpandang name tag gadis itu tertulis nama, 'Kim In Ha'.
"In Ha, miane saya tersebut nama classmate saya tadi. Mian. So whats wrong?" tanya Sehun dia cuba memegang tangan In Ha tapi sempat ditepis olehnya. "You still don't know what have you done?! Kau curang dengan aku!" marah In Ha. "Buktikan dulu. Jangan cakap kosong" balas Sehun dengan rileks. In Ha mencampakkan kepingan gambar yang dia pegang tadi ke muka Sehun. Sehun sempat tangkap satu gambar. Dia melihat gambarnya dengan perempuan mana entah dia sendiri lupa. Sehun dan gadis itu seperti sedang ketawa mesra sambil memegang tangan. Salah satu gambar yang jatuh di rumput di kutip, gambar itu menunjukkan gadis itu mencium pipinya. Sehun kelihatan suka dengan ciuman itu.
"Photoshop je nie" Sehun masih mempertahankan dirinya walaupun dia tahu yang dia tetap akan kantoi. "Stop defending yourself Sehun! You looks stupid!" tengking In Ha air matanya jatuh berderaian. Sehun mengeluh. Dia mengangkat kedua dua tangannya ke atas tanda surrender. "Okay fine aku curang dengan kau? So kau nak kita break off? Go ahead, sikit pun aku tak heran, sorang blah seratus datang" Sehun mengaku kesalahannya dengan bangga. In Ha tersenyum puas. "tahu pun nak mengaku, kenapa kau buat aku macam nie. Apa salah aku! Kau dah janji dengan aku yang bila aku terima kau, kau akan berubah! Tapi kenapa kau tipu aku!" In Ha meluahkan rasa hatinya yang telah lama dia pendam selama nie.
Sehun tersenyum sinis. "Kau tu yang bodoh, kau dah tahu aku playboy tapi masih lagi nak terima aku? So apa yang aku boleh buat?" balas Sehun. PAANGGG satu tamparan kuat hinggap di pipi Sehun. Sehun memegang pipinya yang mula memerah. Dia masih lagi tersenyum dia dah biasa kena tampar. Apa lah sangat setakat tampar tu. Belasah pun dia pernah kena.
"Aku harap suatu hari nanti kau akan rasa apa yang aku dan perempuan-perempuan yang kau dah sakit kan tu rasa!" In Ha seolah-olah menyumpah lelaki yang dihadapannya itu. Sehun masih lagi dengan senyumannya. Dia menyilangkan tangannya. Tiada sikit pun rasa serba salah dalam diri Sehun. Makin suka lagi ada lah. In Ha terus pergi dari situ tanpa menoleh lagi. "I will wait for it" balas Sehun perlahan.
YOU ARE READING
I'm Sorry, I Love You (SeChan Malay FF)
RomanceBila Playboy dan Rock Heart berjumpa bermula lah peperangan. Lee Daera gadis yang dipaksa untuk jatuh cinta pada Oh Sehun iaitu Playboy terkenal di SM High School. Sehun tak puas hati bila Daera selalu mengatakan yang dia tak akan sekali-kali jatuh...