Second Last

418 35 3
                                    


Chanyeol pergi ke sekolah seperti biasa, dia ternampak Daera. "Daera!" panggil Chanyeol. Daera menoleh tapi cepat-cepat dia pergi dari situ. Dia cuba elakkan dirinya dari Chanyeol. Tapi Chanyeol sempat menghalang Daera dari terus mengelak. Daera tidak memandang muka Chanyeol. "pandang la aku" kata Chanyeol. "cakap je la kau nak apa?" balas Daera dengan bengang. "aku nak mintak maaf" balas Chanyeol lembut. "aku tak nak maaf kau" balas Daera. "aku cuma nak balas dendam je kat Sehun. Dia dah sakitkan hati banyak perempuan termasuk.." kata-kata Chanyeol dipotong. "termasuk Sarah?" kata Daera pandangan matanya terhadap Chanyeol sangat marah. Daera cemburu apa yang hebatnya Sarah sehingga Chanyeol tak boleh lupakan gadis itu? "iya" Chanyeol mengiakan. "dah la tepi" Daera cuba nak pergi dari situ. "dia dah bunuh Sarah" kata Chanyeol. Langkah Daera berhenti bila terdengar perkataan 'bunuh'. "Perlahan-lahan Daera menoleh semula. "apa maksud kau?" tanya Daera serius. Chanyeol ceritakan semuanya pada Daera tiada sebab lagi untuk dia menyimpan rahsia padanya.

Sehun pergi ke kelas Daera. Dia betul-betul mahukan gadis itu menjadi gadis terakhir dalam hidupnya. Dia ternampak Daera berseorangan di dalam kelas, perlahan-lahan dia menghampiri Daera yang sedang tekun menyalin notanya. "Daera" panggil Sehun. Daera mendongak. Dia terkejut. Daera takut melihat Sehun. Daera bangun dari tempat duduknya dan cuba menjauhkan dirinya daripada lelaki itu. Sehun pelik kenapa Daera takut melihatnya, sebelum nie dia cuma mengelakkan diri saja. "Daera kau kenapa?" Sehun cuba memegang tangan Daera. Daera sempat mengelak. "jangan sentuh aku!" marah Daera. Sejak Chanyeol ceritakan kisah mengenai kematian Sarah kepadanya Daera jadi takut dengan Sehun. "Daera kau kenapa?" Sehun risau melihat keadaan gadis kesayangannya itu. Bila Sehun cuba mendekati Daera, Daera melangkah ke belakang. "apa yang aku dah buat?" tanya Sehun dia berhenti daripada mendekati Daera. Dia mahukan gadis itu sedikit ketenangan. "kau-kau dah bunuh orang!" jari telunjuk Daera ditunding ke arah Sehun. "huh! Apa yang kau mengarut nie?!" Sehun betul-betul tak faham, bunuh orang? Setakat nie pembunuhan yang paling kejam yang dia pernah buat hanya bunuh nyamuk, lipas dan serangga-serangga yang dia rasa menggelikan sahaja. "kau dah bunuh Sarah!" kata Daera. "Sarah?" Sehun cuba mengingat kembali 'mangsa-mangsa'nya. Dia teringat yang Sarah pernah bunuh diri disebabkan dirinya. "tak Daera. Dia mati sebab bunuh diri" balas Sehun. Daera menggeleng. "ya! Tapi dia bunuh diri sebab kau! Kau yang buatkan dia bunuh diri" balas Daera. Sehun mati akal, dia tak tahu macam mana nak explain lagi. "aku mintak maaf Daera. Aku janji aku tak akan main-main kan perasaan perempuan lagi. Dan aku nak kau" kata Sehun lembut. "simpan kata-kata manis kau dan jangan mintak maaf kat aku tapi mintak maaf kat Sarah" kata Daera. Kening Sehun berkerut macam mana dia nak mintak maaf kat orang yang dah lama mati? "tapi Sarah dah lama mati?" balas Sehun. "mungkin kau patut mati macam mana dia mati" balas Daera. Ayatnya kejam tapi dia betul-betul maksudkannya. "WHAT?!" Sehun terkejut. "kau patut rasa macam mana Sarah rasa. Jadi kau kena mati macam mana dia MATI!"balas Daera. Dia tak berfikir panjang dengan apa yang dia kata kan. Kata-kata itu memberi kesan yang mendalam kepada Sehun. "kau nak aku mati Daera?" tanya Sehun, riak wajahnya serius. Daera mengangguk. "kau akan maafkan aku kalau aku mati?" tanya Sehun. Daera mengangguk lagi. "baik kalau itu yang kau nak, aku akan ikut cakap kau" balas Sehun, dia terus keluar dari kelas itu. Daera terduduk. 'apa yang kau dah cakap nie Daera?!' Daera menyesal dengan kata-katanya, dia harap yang Sehun tak mengambil serius.

Sehun berselisih dengan Chanyeol. Chanyeol tidak perasan. "Chanyeol!" jerit Sehun. Langkah Chanyeol terhenti dia menoleh. Riak mukanya berubah bengang. "kau nak apa lagi?" tanya Chanyeol. "aku mintak maaf" ucap Sehun. Chanyeol tergelak. "aku tak sangka orang sekejam kau nie pandai jugak mintak maaf" balas Chanyeol. Sikit pun Sehun tak bengang dengan kata-kata Chanyeol. "aku tahu yang kau cintakan Sarah, tapi aku rampas dia dari kau. Aku mintak maaf" kata Sehun lagi. "orang dah mati, baru kau nak mintak maaf ke?!" Chanyeol mula bengang dia memegang kolar baju Sehun. Tangannya sudah mengenggam penumbuk. Muka Sehun selamba tiada langsung riak takut. Satu penumbuk kena tepat pada pipi Sehun. Sehun jatuh lalu terbaring di simen. "nyawa di balas dengan nyawa!" kata Chanyeol, kemudian dia terus pergi. Sehun menyesal dengan sikap buayanya.

Chanyeol berjalan di koridor nafasnya turun naik bila memikirkan perbuatan Sehun terhadap Sarah. Tiba-tiba dia merasakan perutnya sakit. Lebih sakit dari sebelum ini. "arghhhhh!!!" Chanyeol mengerang kesakitan. Dia cuba bertahan seperti selalu tetapi tak boleh. Orang ramai berkerumun nak tengok apa yang terjadi. Penglihatan Chanyeol menjadi kabur. Tangannya kuat memegang perutnya. Kemudian, Chanyeol rebah. Ada pelajar yang berlari memanggil guru yang berdekatan.

.................................................................................................................................................

Apakah penyakit sebenar yang dihidapi Chanyeol? Adakah Sehun mengambil serius dengan kata-kata Daera? Siapa yang akan menjadi teman hidup Daera pada akhirnya? Kalau nak tahu tunggu last chapter okay?

Do drop your comment if you want and please favourite my fanfic. Share it to your friends or followers :p


I'm Sorry, I Love You (SeChan Malay FF)Where stories live. Discover now