Penzina

343 9 0
                                    

aku penzina.
penzina yang lalai.
penzina yang hati mati.

tuhan, jika benar zina ku mula dengan melihat tapi ku diam.
butakan mata hati ku.

jika zina ku mula dengan mendengar jadi kau pekak kan ku dari mendengar nafsu dunia.

aku lalai dan lupa apa yang harus dan apa tak perlu.
ku lalai bagai penzina tegar.

kalau dulu ku donggak ke langit air mata jatuh melitis di lantai.
sekarang ku lupa akan siapa yang mencapai tika ku longlai.

tuhan, jika hari ini kau lihat aku bertuhankan ringgit untuk hidup.
kau sedarkan la akan tujuan hidup.

tuhan, ku penzina tak berdosa tapi ku kotor bagai sejuta dosa ku menangkan di dunia.

hentikan aku dari zina nafsu dunia yang mimpi semata ini.
ku takut akan dosaku yang kau nanti untuk tentukan di akhirat nanti.

jika aku lalai akan suruhanmu. maka ku memang tak layak ke syurga mu.
tapi, ku cuba untuk ubah laluan untuk juga tidak ke neraka mu.

ku penzina yang tak layak hidup didunia kerana menangkan harta dan nama semata.

ku takut akan zina dan dosa dunia yang ku lakukan tak dapat dilihat dengan mata yang terang tau-pun buta.


tuhan , kalau aku hanyut dalam zina nafsu mengejar dunia nyata.
matikan aku dalam mimpi sementara.

-nabell

#MonologAkuWhere stories live. Discover now