Dia amat bermakna dalam hidupku,pada awalnya aku hanya kenali dirinya hanya melalui perbualan orang ramai,media sosial dan "gossip".Aku kenal siapa dia,kerana kami hanya beza setahun sahaja.Dia sejawatan denganku,dia memakai baju yang sama warna denganku dan kami pernah berkhusus sama-sama.Tapi tidak aku mempunyai perasaan padanya masa itu.Semuanya berubah setelah ku melihat tawanya,senyumannya,tutur katanya.Semuanya bermula di sekolah.
Aku menghadiri khusus kepimpinan untuk tiga hari dua malam,pada hari yang kedua aku sedar akan kehadirannya pada malam itu.Dia menunjukkan aksi lakonannya dan tarian yang amat menarik perhatian kami,dia membuat orang tersenyum dengan jenakanya.Dari situ,terbit rasa suka dalam diriku,tapi tiada siapa yang mengetahui perasaan ku terhadap dia.Setelah tamat khusus itu,aku ke sekolah seperti biasa dan aku mendengar tentang Dia.Aku rasa amat sedih dan aku terpaksa berhenti untuk tidak menaruh perasaan lagi terhadapnya kerana dia sudah mempunyai insan yang dicintai dalam hatinya.Mengapa aku tidak hadir awal dalam hatinya?Mengapa bukan aku yang dipilihnya?Kekasih yang bertakhta di hatinya aku kenal,si gadis itu tidak kurang cantiknya,comelnya,kepintaranya dan sifatnya yang lembut itu.
Pada hari sukan,sedang aku asyik berjalan bersama rakan terlihat aku disatu sudut bawah khemah,si dia dan si gadis sedang bermesra begitu rapatnya.Pada saat itu,hanya Allah yang tahu tentang perasaan aku.Tapi apakan daya,aku hanya orang asing yang sudah pasti tidak dikenali olehnya.Aku merasa jauh berbeza untuk berkenalan dengannya.Ku lihat kebahagiaan si dia bersama pasangannya buat aku berasa cemburu.Aku sendiri tidak tahu kenapa aku cemburu terhadapnya,sedangkan kami tidak pernah berkawan bertegur dan tidak pernah kenal antara satu sama lain? Dan akhirnya,aku pasrah dan membiarkan dia bahagia bersama pasanggannya kerana aku pasti dia tidak akan pernah jadi milikku.