Cinta

120 2 0
                                    

Aku pergi membawa diri untuk menerima kenyataan bahawa dia tidak akan pernah menjadi milikku.Pada saat itu,jarang sekali aku memegang telefon dan aku tidak online.Tiba-tiba bangun dari lenaku,aku terima pesanan yang banyak dari dia.Ya Allah gembiranya hati ini setelah melihat dia mencariku.Di saat itu,kami amat rapat dan si dia memberitahu ku bahawa dia mengambila masa untuk mencintaiku dan dia mempunyai jawapan untuk memilihku di hatinya.
Sehingga kini,aku masih bersama dengan insan yang sama.Banyak dugaan dan ujian yang kami hadapi,aku berdoa kepada-Nya agar mengizinkan aku untuk menjadi permaisuri dihatinya untuk selamanya.Sesungguhnya,aku tidak menyangka dia yang aku tidak kenal menjadi insan yang sangat penting di dalam hatiku.
Masih aku mencintai dia sehingga akhir hayatku,agar hubungan kami dipermudahkan.Aku hanya berdoa pada yang Maha Kuasa untuk memakbulkan doaku.Dia sahaja yang ku sayangi dan ku cintai,semoga kami kekal sampai bila-bila.
Jika kita inginkan sesuatu,hendaklah kita meletakkan usaha yang tinggi dan jangan putus asa untuk mendapatkanya.Berdoalah kita pada yang Maha Esa untuk membantu kita,sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar,berdoalah kita agar Dia melindungi hati dan orang yang kita cintai.
Sesungguhnya Dia Maha Bijaksana dan Maha Adil.
Kepada-Nya kita berharap agar kita akan disatukan dengan orang yang kita cintai dan dikekalkan sampai bila-bila.Amin

CintaWhere stories live. Discover now