Cinta

152 3 0
                                    

Setelah sekian lama aku membiarkan perkara itu berlaku,aku menikmati kegembiraan orang disekelilingku.Pada satu malam,aku sedang asyik bermain media sosial dan secara tiba-tiba aku menerima satu komen dari seseorang.Pada mulanya,aku hanya mengingatkan pasti pengikut ku yang komen,rupa-rupanya si dia yang komen di gambarku.Aku seperti bermimpi benarkah dia yang komen pada gambar ku? Hatiku berbunga bunga dan sepantas yang mungkin aku membalasnya.Dari situ,kami mula rapat dan kenal antara satu sama lain.Si dia tidak berada di Malaysia,dia berada di luar negara untuk menemani ayahnya.Kami berkenalan hanya sebulan lebih.
Pada suatu hari,dia menghilangkan dirinya untuk beberapa hari tanpa berhubung denganku.Kerisauan mula menguasai diriku,pelbagai cara untuk aku mencari dimana dia pergi adakah dia meninggalkan diriku seorang diri? Tidak tahu untuk menggunakan cara apa kerana si dia berada di luar negara. Di saat itu,tangisan ku mengalir tidak henti kerana aku merasa kehilangannya,sunyi ku tanpa dia dan hariku tidak seperti selalu.
Di saat aku cuba untuk meredhakannya,untuk lupakannya kerana aku sedar mungkin dia hanya hendak berkawan bersama ku dan tidak menganggap ku lebih dari seorang kawan.Bila aku di fasa redha,berserah kepada yang Maha Kuasa si dia hadir semula di dalam hatiku.Ya Allah,kenapa perkara ini berlaku dalam hidupku?Siapakah dia sebenarnya denganku? Dia memohon maaf atas kehilangan dia,kerana dia tidak pasti untuk menganggap aku lebih dari itu.Si dia trauma dan takut untuk bercinta lagi setelah dipermainkan oleh gadis yang ku anggap sempurna itu.Dia mengetahui aku juga tidak bersama kekasih ku lagi.Kami mula berkenalan seperti dulu,bergurau senda dan berkongsi cerita bersama.Sedang asyik berbual,dia tidak membalas chat ku.Aku menghantar banyak kali dan menunggu balasan dari dia tapi masih tidak ada.Adakah perkara itu berulang lagi?Adalah dia akan pergi dari ku lagi?

CintaWhere stories live. Discover now