Permulaan Di Rumah Baru

366 15 0
                                    

Darren sekeluarga pindah ke rumah barunya di WesternHill. Mereka membawa semua barang-barang dari rumah lama. Saat tibanya di rumah itu, Darren menurun barang untuk dimasukkan ke dalam rumah baru itu. Pada ketika Amy ingin masuk ke dalam rumah tersebut,dia merasakan sesuatu tidak kena. Angin bertiup secara tiba tiba .Kemudian,Amy ternampak kelibat seseorang yang sedang berdiri dengan dilitupi kain putih di tingkat atas rumah barunya itu. Apabila Amy hendak melihat dengan jelas,lembaga itu sudah hilang. Amy tidak berasa takut dan menghiraukannya kerana dia fikir perkara itu hanya lah imaginasi atau bayangan sahaja dan tidak mahu mengungkit kisah silam yang menghantui dirinya. Amy masuk ke dalam rumah baru itu tanpa menghiraukan perkara tadi.

"Wah besar jugak rumah ini kan sayang? Untung kita dapat rumah yang besar macam ni. Ini pun hasil usaha you. Thank you so much honey for all of this."-Amy.

"Sama-sama. I akan buat apa sahaja untuk memberi kehidupan yang baik kepada keluarga kita."- Darren.

Mereka berpelukan dan memandang antara satu sama lain.Mereka menunjukkan reaksi muka yang bahagia.

"Banyak barang kat luar belum bawa masuk dalam" Amy berkata dengan tone suara yang manja.

Kelihatan Darren sedikit mengeluh. Amy memujuk Darren untuk membawa masuk barang tersebut. Darren kemudian melakarkan senyuman kembali dan pergi ke luar untuk membawa barang masuk.

Sedang sibuk Amy mengemas barang barang di biliknya,

"Ibu lihat ni Andy jumpa kain putih yang besar ni."-Andy.

Kemudian Andy menyelubungi badannya dengan kain putih dan cuba menakutkan ibunya. Amy hanya ketawa dan tidak menunjukkan reaksi takut langsung.

"Andy jadi hantuuuu....."-Andy.

Secara tiba-tiba kelihatan Andy hilang di bawah kain putih itu. Amy terkejut dan mula panik. Dia dengan pantas terus menyelak kain itu untuk mencari anaknya.

Kemudian kedengaran satu suara dari belakang Amy . "Ibu?" Andy menegur dengan suara kehairanan.

"Ibu cari apa?"-Andy.

Amy berasa keliru dengan apa yang terjadi tapi pasa masa yang sama berasa lega apabila melihat Andy.

"Macam mana Andy ada kat situ?Tadi kan Andy main dengan kain ni?"-Amy.

Andy kemudian menggeleng dan berkata "Mana ada Andy main dengan kain tu.Andy tadi kat dalam bilik tengah kemas barang."

"Kan Andy yang jumpa kain putih ni?"-Amy.

Andy sekali lagi menggelengkan kepalanya sebagai tanda yang dia tidak berbuat  demikian dan terus beredar dari situ. Amy hanya mampu terdiam dan hairan.Memikirkan bagaimana kejadian tadi berlaku.

APA YANG JADI TADI ?

KALAU TU BUKAN ANAK AKU , HABISTU SIAPA TADI ?

SIAPA BAWA KAIN PUTIH TU KAT SINI ?

Persoalan itu hanya bermain difikiran Amy pada waktu itu .

Kemudian,Amy merasakan sesuatu memeluknya dari belakang secara tiba tiba dan membuatkan Amy terkejut dan berpaling ke belakang.

Dan rupa rupanya , ia cuma suamimya , Darren.

"Kenapa?"-Darren dengan perasaan bingung apabila melihat reaksi muka Amy yang agak terkejut.

"Tak ada apa.Cuma....."-Amy.

Amy terdiam sejenak.

"Kenapa ni ? Ada apa apa berlaku ke ? " tanya Darren lagi

Amy hanya menggeleng kepala. Dia tidak mahu menceritakan kejadian tadi kerana tidak mahu mengungkap semula perkara yang berlaku dahulu .

Pada malam itu, Amy dan Darren bersiap-siap untuk tidur. Amy masih tidak dapat melupakan kejadian yang berlaku siang tadi.

Terdetik di fikiran Amy untuk menceritakan kejadian tadi kepada suaminya .

"Amy rasa ada sesuatu benda tak kena dengan rumah ni"terlintas Amy untuk berkata kepada Darren.

"huh?"-Darren .

Amy terdiam dan berfikir . Dalam fikirannya hanyalah

Apa yang perlu aku buat ?

Nak cerita ke tak kat Darren ni ?

Akhirnya Amy menceritakan apa berlaku siang tadi apabila Andy hilang dalam kain putih yang dijumpai dalam rumah itu. Dan kejadian itu tidak masuk akal .

"Itu cuma perasaan awak je.Tak ada apa akan berlaku"-Darren.

"Tak benda tu betul betul jadi. Andy bawak ....

Dengan pantas Darren memotong percakapan Amy " Takda benda yang jadi ! Tolong lah jangan ulang balik perkara yang berlaku dulu. I tak larat dengan semua perkara pelik ni" kata Darren dengan intonasi suara yang sedikit marah.

Amy terdiam.

"Sorry sayang , I just taknak benda tu jadi balik. You ingatkan macam mana huru hara hidup kita dulu bila you kena histeria pe semua.Semuanya disebabkan you percaya sangat kawan you , sampai you and your friend buat perjanjian hantu . After all of this , I hope you berubah dan tak percaya benda benda tahyul ni lagi. Please , I'm begging you. " Darren kembali memujuk Amy sambil mengusap kepala Amy bagi melegakan perasaan Amy yang tidak tenang.

Amy hanya tersenyum dan tidak berkata apa apa.

Kemudian mereka tidur.

Amy dengan tiba tiba terbangun dari tidurnya. Amy merasakan sesuatu perkara yang tidak enak disekelilingnya.

Alangkah seramnya apabila Amy terlihat lembaga kain putih yang menyeramkan berdiri terpaku di pintu biliknya yang hanya memerhati dia. Amy terkejut dan dengan rasa takut menyelubungi dirinya , dia terus mengejutkan Darren.

"Darren!! Ada hantu kat pintu" teriak Amy sambil menunjukkn pada arah hantu itu berdiri.

Darren dengan rasa mamai dari tidurnya melihat ke arah pintu bilik.

Tiba tiba ,tiada kelihatan lembaga putih di situ.

"Tak da pape pon?Haih.....Kita dah bincangkan pasal hal ni. Tu cuma mainan mimpi you je.Dah tak yah nak fikir sangat.You tidur je nnti esok you ok."-kata Darren dalam keadaan ngantuk .

Amy hanya mendengar dan mengikut apa yang suaminya suruh dan kembali tidur tapi masih dalam keadaan takut.

WhiteWhere stories live. Discover now