Gangguan White

276 15 0
                                    

White berdiri terpaku dengan kesan darah pada kainnya sering dilihat oleh Amy.Amy mengendahkannya kerana Darren tidak suka Amy menakut nakutkan nya.Darren seorang yang susah mempercayai benda-benda paranormal ini.Jadi Amy mengambil keputusan tidak menghiraukan selagi White tidak mengganggunya dan keluarganya.

Pada satu hari, Darren terpaksa ke bandar NorthenHill bagi menguruskan masalah yang berlaku di sana untu beberapa hari.
Ketika ketiadaan Darren, Amy terpaksa menguatkan diri kerana hanya tinggal dia dan anaknya,Andy di dalam rumah ini. Hari demi hari, Amy sering diganggu oleh White. Dirinya sudah mula tidak tenteram. Kerana tidak tahan, Amy  terus mencari kain putih yang dijumpai oleh anaknya pada hari pertama Amy masuk ke dalam rumah. Amy menjumpai kain putih itu tergantung di loteng.Amy terus mengambil kain putih.

Tiba-tiba dia terkejut apabila apa yang dipegang adalah kepala yang sudah dipenggal.

Amy dengan terkejut terus mencampak kepala itu.Kemudian,Amy melihat semula kepala itu bertukar kepada kain putih dengan darah.Amy cuba mendekati kain itu.Tiba-tiba kain putih itu berdiri dengan sendiri dan mula terbang sekeliling Amy sambil mengilai ngilai.

Amy menjerit ketakutan .
Amy terus menangkap kain itu dengan berani.Kemudian,Amy turun ke laman dan membakar kain putih.Kain putih itu hangus dibakar dan menjadi abu.Amy berasa lega dan menyangka White sudah mati akibat dibakar.Amy berasa sangat berpuas hati,akhirnya white mati dan tidak dapat mengganggu keluarganya lagi.
Keesokannya,Amy bngun tidur dengn perasaan yang lega dan tidak takut.Amy menyiapkan sarapan untuk Andy. "Andy cepat turun,sarapan dah siap.Cepat skit bersiap tu nnti kamu lambat datang sekolah"-Amy. "Ya mak!"sahut Andy.Kemudian Andy turun dan terus ke meja makan untuk mengambil sekeping roti dan mengambik bekal makanan yang disediakan ibunya.

Setelah menghantar Andy ke sekolah,Amy pulang ke rumah dan membuat kerja rumah.Amy mengambil kain untuk mengelap semua perabot kerana perabotnya yang agak berhabuk.Pada ketika Amy ingin mengelap cermin,Amy terlihat kain putih sedang berdiri di belakangnya pada cermin.Amy tidak berani menoleh ke belakang. Dia hanya melihat pada cermin itu.Lembaga putih itu berdiri agak jauh.Amy terpaku sambil melihat cermin.Dalam hati Amy berkata"tak mungkin kau hidup lagi"
DENGAN TIBA-TIBA,Lembaga itu terus berlari ke arah Amy dengan kesan darah pada kainnya.
Amy masih terpaku sambil melihat lembaga itu berlari ke arahnya di cermin.Apabila Amy menoleh,lembaga itu sudah hilang.
SEMASA AMY MEMANDANG KE CERMIN SEMULA,lembaga putih itu berada betul-betul di hadapannya dan terus mencekik Amy.Amy kemudian menjerit "HAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA" dan menjatuhkan diri nya.Apabila Amy melihat semula,lembaga itu tiada.Amy berasa sangat takut tapi dia masih yakin hantu itu sudah mati dan apa yang berlaku tdi cuma imaginasinya.

Pada waktu malam,ketika Amy tidur. tiba-tiba seseorang mengetuk pintunya dengan kuat sambil menjerit ketawa.Amy takut dan terus menyelimut dirinya.Selepas ketukan itu berakhir,Amy melihat sekeliling dan dia ternampak seseorang sedang menyorok disebalik langsir.Amy dengan ketakutan terus berlari ke dalam bilik Andy. Pada ketika Amy membuka pintu bilik Andy, Amy melihat lembaga putih berada di sebelah anaknya yang sedang tidur dengan muka yang menakutkan. Amy terjatuh terkejut dan kemudian lembaga itu hilang.Amy terus mengejutkan Andy dan menyuruh Andy bersiap untuk ke rumah neneknya. "Andy cepat bangun!dan kemas pakaian kamu kerana kita nak ke rumah nenek"-Amy. Andy dengan perasaan bingung terus mengikuti arahan ibunya. Amy pula pergi ke bilik nya untuk mengambil pakaian dan kunci kereta.Ketika hendak ke biliknya,Amy melihat lembaga putih itu sedang berdiri dengan menakutkan di tingkat bawah. lembaga putih (white) itu memandang tepat ke arah Amy. Amy tergemam dan terpaku. Kemudian lembaga putih (white) bergerak perlahan ke arah Amy melalui tangga.Semakin Amy bergerak semakin laju lembaga putih bergerak ke arah dia.Apabila Amy selangkah untuk ke biliknya,lembaga putih (white) itu berlari sambil menjerit ke arah Amy.Amy terjatuh dan lembaga itu mendekati nya.Amy menjerit ketakutan "tidaaaakkkkkkkkk, jangan kacau aku!!!".
Lembaga putih hilang dengan sekelip mata.Amy bergegas ke biliknya dan mengambil kunci kereta.Kemudian mengambil tangan Andy dan meminpinnya ke kereta.Amy terus menghidupkan enjin kereta dan memandu kereta untuk ke rumah maknya.Semasa perjalanan,Amy memandu dalam keadaan ketakutan.Andy berasa hairan mengapa dia perlu ke rumah nenek. "Ibu,kenapa kita nak pergi rumah nenek?"-Andy. "kita nak lawat nenek"-kata Amy bgi tidak menakutkan Andy pasal lembaga putih itu.Amy memandu ke jalan yang agak sunyi.Pada ketika itu,Andy sedang tidur nyenyak di sebelah Amy. Tiba-tiba Amy terlihat lembaga putih itu sedang duduk di tempat duduk belakang.Amy kemudian memberhentikan kereta dan memandang ke belakang.Lembaga putih itu hilang.Dengan secara tiba-tiba lembaga putih itu jatuh menghempap bumper kereta depannya.Amy terkejut dan meneruskan perjalanan tanpa menghiraukan lembaga tdi.

WhiteWhere stories live. Discover now