Usrah

146 9 2
                                    

" Assalamualaikum. Tahniah diucapkan kerana anda terpilih untuk menyertai X-Y Group dibawah kendalian PI. Anda diminta untuk hadir pasa sesi ramah mesra usrah bersama para naqib/ah di Masjid (Pusat Islam Universiti) selepas solat Jumaat ini "

Itu lah mesej ringkas yang aku terima setelah beberapa minggu aku mendaftarkan diri kedalam PI di sini. Pada awalnya aku tidak lah terlalu bersemangat untuk mendaftarkan diri tapi disebabkan program yang aku hadir minggu lepas aku mula tertarik dengan persatuan ini. Ahli ahli mereka juga cukup komited dalam menjayakan satu satu program.
Buktinya?
Aku telah lihat di program minggu lalu. Mereka cukup serasi bekerja bersama dan program mereka juga kelihatan tersusun dengan teratur, mungkin kerana kepimpinan mereka yang agak kemas juga.

Selesai sahaja solat jumaat di masjid, aku tunggu sambil melihat beberapa orang ajk masjid mengutip tabung tabung masjid disekitar dan sebahagian yang lain menutup tirai penghadang antara ruang solat muslimin dengan ruang solat muslimat. Selesai sahaja tugas itu, aku lihat mereka berkumpul satu tempat di tempat tabung masjid di simpan, salah seorang dari mereka membuka kunci setiap tabung dan mencurahkan ke lantai sementara yang lain mengira duit tersebut. Ajk masjid disini tak ramai, adalah dalam 6 orang. Salah seorang nya cukup aku kenali, imam masjid tersebut iaitu Ustaz Talib dan bilal di sini iaitu Ustaz Hafiz. Selebihnya adalah dari pelajar disini kalau aku tak silap.
Aku seperti cam tak cam muka mereka, tapi salah seorang dari mereka seperti aku sudah pernah lihat sebelum ini tapi ingatan aku agak kabur.

Aku mengagak pastinya abang yang mengirimkan mesej untuk berjumpa selepas solat Jumaat itu pastinya salah seorang dari mereka. Kerana pada pendapat aku yang jahil ini, ahli persatuan Islam (PI) takkan terpisah dengan masjid yang menjadi pusat penyatuan ummat Islam setiap kali waktu solat.

Jadi aku terus menunggu di salah satu tiang di dalam masjid. Ketika sedang bersandar aku perasan ada satu kumpulan kecil dibelakang masjid yang kelihatan membentuk bulatan. Aku pernah terbaca di internet tulisan yang berbunyi lebih kurang

" Bulatan gembira itu adalah pemangkin tarbiah dalam diri ".

Aku mula terfikir. Mungkin ini lah yang dikatakan usrah tersebut. Mengambil sedikit masa untuk aku perhatikan dahulu apa yang dilakukan, kemudian aku menegur salah seorang dari mereka.

"Assalamualaikum. Ni usrah group PI ke? "
Kemudia seorang dari ahli kumpulan tersebut menyahut.
" Wa'alaikummussalam. Iye, kami sedang berusrah ni. Enta ni ada terima apa apa mesej tak sebelum ni? "
Aku menjawab " Ada "

Dia terus menyambut kehadiran ku kedalam bulatan tersebut. Nampak seperti mereka sudah mulakan beberapa minit majlis tersebut. Aku pun duduk di sebelah kiri saudara yang menyambut aku sebentar tadi.

" Ana kenal kan diri ana. Nama diberi Abdul Mahfuz Bin Razak. Diploma semester 4, kos Sains, dan asal Petaling Jaya Selangor. Ana adalah naqib untuk kumpulan usrah harini. Items ta'aruf harini adalah nama, kos, semester dan asal tinggal mana . Boleh kita mulakan dengan saudara sebelah kanan ana? "

Selepas beberapa orang ahli usrah perkenalkan diri dan akhirnya sampai lah giliran aku untuk memperkenalkan diri juga.

"Assalamualaikum. Nama saya Mohamad Zulfadli bin Rashid. Kos kejuruteraan semester pertama dan berasal dari Kampung Baru Kuantan Pahang "

Apa yang dapat aku simpulkan dari sesi pengenalan/ta'aruf tadi, aku dapat lihat selain daripada abg pembimbing usrah tadi, semua ahli usrah yang lain adalah dari semester pertama.
Aku bersangka baik, mungkin yang senior senior belum balik lagi rasanya.

Ketika usrah sedang berjalan, aku lihat ajk masjid yang aku usha dari jauh tadi mula datang dekat kearah kami dan menegur sapa ahli usrah ini.

Salah seorang dari mereka bertanya dalam nada gurau. " Nak join jugak usrah ni "
Abang Mahfuz juga sempat membalas gurauan tersebut. " Malulah kita dengan sheikh sheikh yang lagi berilmu ni "
Mereka membalas " Haha. Banyak lah sheikh nya. In shaa Allah. Jumpa lagi ya, Assalamualaikum. "

Mereka terus bersalam salaman dan berlalu dari masjid.

Ketika itu ingatan aku mula menyuntik kuat satu perkara yang tentang abang ajk masjid yang aku rasa seakan pernah lihat tadi. Dia lah yang pernah menegur aku dengan pakai jaket hoody pada hujung majlis didewan tempoh hari. Agak sukar untuk aku samakan kerana pakaian jubahnya harini agak jauh berbeza berbanding tempoh hari.

Selesai dari usrah tersebut, perasaan aku hampir sama dengan hari kejadian beberapa minggu lalu. Aku masih memikirkan siapa dia sebenarnya.

........Bersambung.......

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 19, 2015 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

U M M A TWhere stories live. Discover now