Malam 17 June.
Aku keluar dari bilik, kelihatan anak-anak Kak Dayah sedang tekun belajar di meja study yang sudah dikhaskan disatu tempat. Kak Dayah meletakkan jarinya dibibir menandakan diam kerana takut menganggu kosentrasi anak-anaknya nanti. Tiba-tiba anak bongsunya, Mia datang kearah kita orang dan bertanyakan kenapa aku tidur dibilik Kak Dayah dan dia kena tidur dibilik Along. Aku hanya tergelak kecil melihat telatah Mia ni. Kak Dayah hanya menjawab, "kakak Anis kan sakit. minggu depan Mia tidur dengan mama dengan abah sekali. Okay ?" Lepas itu, kak Dayah memandang kearah aku sambil wink wink. Setelah dia menghulurkan aku jus oren, dia terus menuju kerah anak-anaknya dan menyuruh mereka tidur. Setelah kesemua anaknya masuk ke kamar tidur, dia memandang kearah aku dan berkata "you too, my gebus." Dia menggunakan perkatan my gebus lagi, aku hanya tersenyum, setelah aku berkumur aku masuk kedalam bilik diikuti dengan kak Dayah.
Jantung aku berdegup kencang, melihat muka kak Dayah yang sangat cantik ini diatas aku. Dia yang berkulit putih, halus dan mulus, tiada sebarang cacat cela, berhidung mancung dan bermata bulat berada betul-betul diatas aku sekarang.
"Hi." kata kak Dayah. Aku hanya membuat muka pelik dan berkata 'Hi' semula. "You single ke tak ?" tanya kak Dayah, muka aku terus merah, mendengar pertanyaan kak Dayah itu.
"I've been single for about two weeks, i guess" kata aku.
"Oh, seriously ?" "Can I be your girlfriend ?"
"I don't snatch somebody else wife." kata aku sambil tersenyum.
"But I don't care." kata kak Dayah dan terus memelukku dengan erat dan cium aku didahi.
Dua bulan kemudian.
Kalau aku tak balik Ipoh, pasti aku akan pergi ke rumah kak Dayah, anak-anaknya dah rapat dengan aku dan suaminya tak syak apa-apa pun. Aku berasa bahagia melayari bahtera cinta aku dan kak Dayah sehingga selepas aku pulang dari rumah kak Dayah dua bulan lepas, aku mereject ex-girlfriend aku yang lecturer itu apabila dia meminta untuk kembali denganku. Tetapi pada waktu dan ketika itu, aku sudah ada kak Dayah unutk menjadi pelindungku dikala suka dan duka. Semasa aku mengatakan tidak, berjurai juga air mata aku menyembah bumi, memang aku sangat sayang dan cinta pada ex-girlfriend aku itu, tapi apa kan daya, yang lalu biarkan berlalu, kita harus pandang kehadapan untuk masa depan yang gemilang. Seharian aku menangis kerana perkara itu, aku terfikir sepatutnya aku menerima dia semula dan melepaskan kak Dayah, jangan diganggu rumah tangga orang, tetapi sekarang aku tahu, yang aku membuat keputusan yang betul untuk tidak menerimanya semula dan untuk tidak menolak kak Dayah. Minggu hadapan suami kak Dayah akan ke Jepun untuk urusan pejabat selama dua minggu, jadi aku ada masa yang lebih untuk bersama dan bermesra dengan kak Dayah. Sungguh susah berkasih dengan isteri orang, mempunyai beribu dugaan yang mendatang.
Hari yang ditunggu sudah tiba. Kak Dayah datang mengambil aku di rumah sewa aku dan terus pergi menjamu selera di restoran Sushi King. Sememangnya selera dia sama dengan aku. Setelah habis bersuap-suap, bergurau senda, kak Dayah terus pergi mengambil anak-anaknya dari sekolah.
"Dah nak dekat tiga minggu tau kita tak tidur sama. I miss you." kata aku dengan nada yang paling manja.
"Tapi sekarang, kita bersama." kata kak Dayah sambil tersenyum manis.
"I love you." sering aku mengucapkan kata magis itu tetapi tidak untuk kak Dayah.
"Me too." katanya lalu dia mencium aku dibibir. Lalu, bermula bibit-bibit percintaan pada malam itu.
YOU ARE READING
Jangan Menangis, Bercintalah.
Chick-Litmengisahkan tentang seorang budak perempuan yang baru putus cinta dan seorang wanita. #6 in teen fiction