Chapter 1 : Hari Konvokesyen!

288 17 0
                                    

9:12 pagi
Mapo , Seoul

Di sebuah kediaman Taman Cheonrim.


"Krystal! kita dah lambat! " pekik Ji Yeon
"Iya! krystal tahulah kak" Jerit Krystal sambil tangannya ligat mendandan rambutnya. Walaupun rambutnya berserabai dek mahu cepat, rambutnya jelas seakan kemas sekali. Dia mengonggong sikat nya. Pengotor betul! Dia membetulkan reben pada uniform seragam kolejnya.

Harini merupakan hari yang sangat penting. Dia tidak mahu terlepas akan Majlis Konvokesyennya sendiri. Sekali lagi Krystal merata-ratakan lagi lipstik yang baru dipakai. Dan dia tersenyum melihat dirinya pada cermin sambil berkata "Kau pasti boleh Krystal! Fighting! Piciuuu~" seperti gaya askar Republik Korea yang mahu berperang.

" Yah! Krystal! Larilah sikit!" pekik Ji Yeon sampai terkeluar anak tekak kecilnya itu. Ji Yeon sudah bersiap di bawah menunggu kedatangan ratu di bawah. Bibir pinknya diketap.

Ji Yeon sudah masak dengan perangai adiknya yang suka bangun lambat. Dahlah katil dia Ji Yeon yang kemas! Dasar anak manja betul!

Krystal turun ke bawah dengan wajah yang sangat ceria! senyum sampai ke telinga kalau boleh nak terkoyak mulutnya.

" Dah siap pun! mari sarapan dulu " satu suara muncul dari dapur. " Takpelah kak Eun Ji. Kami dah lambat" ngomel Krystal lalu mengucup pipi lembut kakaknya dengan penuh mesra.

"Chuppp! "
"Chupp"

Dua orang adik perempuannya mengucupnya serentak.

"Okay! kakak sampai lambat tau dekat majlis konvesyen kamu" kata Eun Ji sambil mengesat ngesat apronnya.

"Hati Hati! jerit Eun Ji sambil memuncungkan mulutnya.Tangannya ligat melambai kepada adik adiknya.

Dari jauh Kystal melakukan gaya ' Saranghae ' kepada kakaknya. Krystal dan Ji yeon berjalan beriringan.

Eun Ji , Krystal dan Ji Yeon merupakan anak yatim piatu. Mendiang bapa nya meninggal disebabkan kemalangan jalan raya enam tahun yang lepas. Selepas tiga tahun genap pemergian bapanya mendiang ibunya meninggal kerana menghidap penyakit kanser hati.

Mereka hidup tanpa arah tujuan. Krystal dan Ji Yeon dipelihara oleh kakaknya sendiri. Eun Ji baru berusia 23 tahun, dan bekerja di kedai serbaneka demi menyara mereka adik beradiknya.

Tiba-tiba,
"Pingggggggggggg!" ketuhar Eun Ji berbunyi.
"Eh! Apa yang aku berangan ni? Hah! Kek dah hangus! Omma! Appa! Bantailah anakmu ini!" Eunji mengeluarkan sesuatu daripada ketuharnya.

"Hah! Ottoghae ottoghae?" dia mengetuk ngetuk kepalanya dengan senduk. Haishh! Cuai betullah Eun Ji ni. Dah lah kek itu untuk raikan adik beradiknya kejap lagi.

Dia menjeling ke arah jam tangannya "Ah sempat lagi ni!" Eun Ji menolak pintu kaca, tersergam kemas 'Paradise Bakery' yang tertulis di signboard itu.

Dia membetulkan cardigan nya. " Ahjumma, beri saya kek ini" sambil jarinya menuding ke peti berkaca itu.
"Ini ya?" kata pekerja itu sambil menyelukkan tangannya ke peti itu. Mata Eun Ji melilau mencari sesuatu.
"Hah! Dah jumpa! Tolong beri saya dua bungkus bunga itu sekali ya" katanya dengan nada mahu cepat.

"Berapa ya? " dia menyeluk saku. Pekerja itu membungkusnya dengan kemas sekali.
"Semuanya 5000 won ya." Pekerja itu tersenyum sambil menghulurkan kotak kek dan bungkusan bunga itu.

" Nah! Gumabseubnida" Eun Ji menghulurkan duitnya dan menunduk tanda hormat.

Eun Ji berjalan keluar sambil mengira ngira baki saku yang berada di dompetnya.

"Datang lagi!"

" Aku harap aku tak terlewat datang ke majlis konvo itu! Huh, mana teksi ni" mata Eun Ji melilau lilau.

Sebuah teksi telah berhenti di bahu jalan, lalu Eun Ji bergegas ke teksi itu. Eun Ji masuk ke dalam teksi itu dengan pantas sekali. Lagak pelesit kot!

"Ahjusshi! Hantar saya ke ShinHwa University! Tolong cepat sikit ya!" Eun Ji mengelap ngelap dahinya yang berpeluh.

" Nae!" Ahjusshi itu menyahut.

Eun Ji tertidur dalam teksi itu dek kepenatan mencari kek.

" Puan. puan. puan? "
Eun Ji tersedar. "Dah sampai? Huh!"

"Tambangnya 3000 won ya" kata pakcik teksi itu.
"Nah" Eun Ji menghulurkan sekeping not biru dan dua keping not merah.

Dia berlari lari anak ke pintu gerbang universiti itu. Banyak kereta yang memarkir di situ.

" Park Jun Gi"
"Shin Nae Young"
"Go Eun Choi"

Seseorang telah memakai jubah hitam menyeru nama nama itu ke pentas.
"Ah! Profesor Choi! Rindunya!" Eun Ji mengomel
"Wah! Makin cantik dewan aku nih" eun ji berbangga kerana masih boleh lihat kolejnya yang cantik.
Ramai ibubapa memeluk anak mereka diluar.

Tiba tiba,
"Park Ji Yeon" nama Ji Yeon diseru. Lalu kelibat Ji yeon telah naik ke atas dan mencapai watikah itu. Bangga betul Eun Ji melihat adiknya di atas pentas.

Eun Ji melambai lambai daripada bawah. Cantik betul senyuman Ji Yeon ketika mengambil anugerah tadi.

"Seterusnya, Krystal." nama krystal diseru.
Adik bongsunya masih tak lekang senyum di bibirnya.

"Ah! Kyeoptaaaaa" Air mata Eun Ji mulai jatuh dek terlampau bangga kot.

" Seterusnya. Park Jung Min"
" Lee Eun Ha"
"Cho Rim Ri"
" Han Mi Ra"

Kali ini nama Han Mi Ra menjadi tepukan yang sangat gemuruh. Popular lah katakan! Manis betul orangnya.
Tuan empunya nama naik ke pentas dengan gedik teramat sekali. Semua lelaki memandangnya dengan penuh teruja. Ada yang meleleh air liur! Badannya yang ramping dan langsing membuatkan semua gadis gadis di universiti menjadi cemburu.

"Huh! Kalau aku dapat dia. Aku cincang dia macam tteobokki Ki Man!" Eun Ji bercakap sendirian.

"Unni!!!!!" seseorang telah memeluknya daripada belakang. Cepat cepat Eun Ji mengesat airmatanya.

"Unni! Unni nampak tak. Saya dan Ji Yeon unni dekat atas pentas tadi? Gementar gila tau!" Krystal merungut.
"Yah! Tu pun nak dicerita ke?" Ji Yeon menenyeh kepala adiknya Krystal. " Yah! Ingat kepala saya ni sarang burung ke apa! Nak tenyeh tenyeh." Krystal mengomel.
Eun Ji hanya tergelak melihat gelagat adik perempuannya.

"Nah! Bunga untuk adik adik akak! " kata Eun Ji sambil menghulurkan bungkusan bunga.
"Apapun, Unni bangga sangat tau!" Eun Ji bersuara
"Pappp" pelukan yang sangat kasar diberikan oleh Eun Ji untuk adik beradiknya. Mereka bertiga berpelukan.

A Tale Of Three SisterWhere stories live. Discover now