Di sebuah Villa Seongbuk-Dong terpencil di kaki bukit.
"Ah tuan muda dah balik! " jerit seorang pembantu rumah sambil memberi tunduk hormat.
"Dah balik dah anak kesayangan eomma ni. Hyun Bin, mari sayang appa kamu nak jumpa dalam bilik dia."
kata Puan Besar Jung Na Rae yang berada di ruang tamu."Makcik! tolong buatkan jus oren untuk Hyun Bin dan hantarkan ke bilik tuan besar." arah dia.
Hyun Bin hanya berjalan sambil lewa ke dalam bilik bapanya kerana terlalu penat.
"Puk! "
"Masuk!"
"Hah Hyun Bin, ingatkan siapa tadi. Mari sini duduk""Hyun bin, ayah nak kamu belajar semula, ambil jurusan perubatan dan bekerja sebagai doktor di hospital ayah."
Petah Tuan Ha Ming Guk. Kata katanya sungguh tersusun dan tidak tergagap langsung."Apa? Tapi abbeouji."
"Ayah percayakan kamu." Kata Tuan Ha Ming Guk sambil menepuk belakang Hyun Bin. Dia bangun dan keluar daripada biliknya.
Hyun Bin hanya tertunduk.
Jam menunjukkan pukul 1 pagi. Tetapi Hyun Bin masih tidak boleh lelap. Dia mengamati bintang bintang di koridor biliknya.
Dia berjalan menuruni tangga kerana sedang dahaga.
"Hyun Bin! "
satu suara muncul daripada arah pintu."Ah abang Hyun Woo. dah balik? " sapa Hyun Bin.
"Dah. hari ni abang penat sangat," dengus Hyun Woo. Tangannya ligat meleraikan tali leher jalur merahnya dek terlampau panas.
"Apa yang penat sangat sampai abang adik ni penat sangat? " ngomel Hyun Bin sambil mencapai gelas di dalam peti air bertingkat itu.
"Tadi ada ahjusshi hampir hampir mati disebabkan anak anak buah abang. Mereka tak reti buat kerja betul lah. "
dengus Hyun Woo."Hahahahah, biasalah itu abang." senyum Hyun Bin sambil menghulurkan abangnya segelas air kosong .
"Thank-you! "
"Abang masuk ke bilik ye." kata Hyun Woo sambil menyangkut kotnya di bahu."Okay!"
Tempat: Sebuah kediaman Taman Cheonrim
Masa: 8:30 pagi"Eonni! "
"Eonni!"
"Ah!" bunyi nguapan dari Eun Ji, sambil dikuak lentang lengannya.
Sinar matahari pada pagi itu betul betul membuatkan mata Eun Ji terbuka perlahan lahan. Ji Yeon dan Krystal hanya menyaksikan perlakuan kakak sulungnya.
Mata Eun Ji membuntang.
" Ah! Apa ni? kenapa pandang eonni macam tu? "
"Apa? "
"Ye! kakak yang orang tak tentu arah mencarut sana sini!"
Eun Ji tergamam.
"Maafkan eonni maafkan eonni" kata Eun Ji dan menunduk berkali kali kepada adik-beradiknya .
"Eonni! " Krystal seolah seolah memarahi kakaknya kerana kesian melihat kakaknya sendiri menunduk kepada mereka.
"Nah eonni makan sup ni. Biar hilang sikit pening kakak tu" Ji Yeon menghulurkan semangkuk bubur dengan muka kecewa.
"Eonni janji! " kata Eun Ji sambil mengangkat tangan.
"Eonni janji takkan buat adik adik akak ni risau kepada eonni lagi." Kata Eun Ji dengan yakin.
YOU ARE READING
A Tale Of Three Sister
FanfictionKisah seorang gadis bernama Jung Eun Ji yang sangat periang, ceria, bersemangat, cantik, peramah dalam mengharungi segala rintangan dan cabaran. Dia merupakan anak yang sulung. Selain itu, dia baru sahaja tamat sebagai graduasinya tiga tahun yang le...