Chapter 4 : For The First Day.

99 13 0
                                    

Tempat: Taman Cheonrim.
Masa: 7:45 p.m.

Seperti hari-hari biasa.

" Kringggggggggg" Jam loceng Hello Kitty Krystal tidak henti henti berbunyi.

" Ah! "

"Ji yeon! Bangun! Kita ada masa lagi lima belas minit je untuk bersiap! " kali ini Krystal bangun awal daripada kakaknya. Dia menyarung selipar Hello Kitty nya yang comel dan landing masuk ke bilik air.

"Jinjaa?!" suara Ji yeon muncul di celah celah bantal.

Dia memaling ke arah jam hello kitty nya.

" Hei! Cepatlah mandi." Ji Yeon mula kelam kabut. Dengan rambutnya yang serabai. Baju tidurnya yang seksi hingga mendedahkan pusatnya ketika sedang tidur.

Krystal keluar daripada bilik air dengan menggigil, takut takut terlewat.

Kali ini Ji Yeon mandi dengan pantas. Rasanya mengambil masa hanya tiga minit kot.

Mereka mula men 'touch up' wajahnya.
Gincu merahnya dipakai dengan cukup rakus sekali, sehingga tercomot seinci daripada bibirnya.

Krystal mendandan rambutnya dan memadankan baju uniform pekerjanya pada badan.

" Cantik." Ji Yeon tersenyum senget apabila puas melihat dirinya pada cermin.

Krystal dan Ji yeon mencapai beg sandangnya yang tiada berjenama.

" Tinggal lima minit!!!!!" Krystal menjerit sambil menuruni tangga.

Haish, pecah jugak tangga yang dipijak mereka.

"Apa yang lima minit? " Eun Ji yang sedang masak sarapan terkejut melihat kedua dua adik nya memakai baju uniform yang seragam turun ke bawah.

"Eh? "

" Eh hai unni! Kami nak cepat ni, lain kali kami ceritakan pada unni yaa. Bye!" Satu kucupan mendarat di pipi merah Eun Ji.

"Chup!" Satu lagi kucupan daripada Ji Yeon.

Mereka berlari lari anak keluar rumah serta menuruni bukit pada simpang rumahnya.

"Hei! Hati hati." jerit Eun Ji daripada jauh.

" Kemana lah mereka nak pergi dengan baju seragam macam itu? " Eun Ji berbisik.

Eun Ji memasuki kembali rumahnya.

Tiba- tiba ,

Gidaehaedo joheun dagaol geoya

Joheun ilman jantteuk changyeoju geoya

Saranghanarodo chungbunhal got gateun gol.

Deneun gateun gibun deneun gol.

I wanna make you mine forever.

Lagu ringtone OST The Inheritor pada telefon pintarnya.

" Opocot! " Eun Ji terkejut beruk.

"Siapa pulak ni?" Dia menyesat nyesat jarinya pada apron dan membelek belek nombor yang tidak dikenalinya. Lalu menekan butang hijau

Jung Eun Ji : Hello? Siapa ni?

Tidak dikenali : Hello. Saya nak berjumpa dengan awak sekarang dekat Coffe Bean Cafe.

Terputus panggilan.

" Siapa pulak ni?" Eun Ji terfikir seketika.

Tanpa berfikir panjang, Eun Ji terus mencapai cardigan bulunya dan mencapai kunci kereta.

S e m e n t a r a i t u.

Tercungap- cungap Ji yeon dan Krystal yang berada di hadapan Yeoppo House Cafe. Jam tepat menunjukkan 8:05 minit.

" Oh tuhanku!" Ji Yeon takut takut hendak masuk.

" Tuhan selamatkan aku daripada nenek sihir." Krystal menyentuh kedua dua bahunya tanda meminta restu daripada tuhan jesus.

Mereka jalan beriringan masuk ke cafe.

Kelihatan ramai orang dikedai itu sekaligus membuatkan suasana menjadi sibuk.

"Bagus!"

Mereka merangkak masuk ke ruang dapur.

"Ah!" Mereka menyorok di bawah meja pelanggan. Mujur namja yang berada di atas itu tidak menendang mereka.

Kelihatan Puan Shin Hwa Ran sedang sibuk bercakap dengan talian.

" Baiklah, jom teruskan langkah!"
Krystal hanya menggangguk.

"Zhuppp!"berdesup mereka memasuki ruang dapur.
Seorang pekerja yang bernama Park Sang Rin ternampak. Mereka berpandangan sesama. Suasana menjadi sunyi.

Seketika tiga puluh saat kemudian, Seperti sedia kala kembali. Takde perasaan betullah si Sang Rin tu!

Park Sang Rin masih meneruskan kerja pembuatan corak pada air kopi latte milik pelanggannya.

"Fiuh! "
Mereka meneruskan kerjanya seolah olah tiada apa berlaku.

Krystal mengelap meja manakala Ji Yeon melakukan kerja kerja pembersihan di dapur.

" Excuse me. How i can pay this bill? " Seorang mat salleh bertanyakan kepada Krystal.
Maklumlah ramai pelancong datang ke Seoul semata mata hendak minum di cafe yang cantik ini.

" Oh, you just pay it at reception" Krystal membalas sambil menuding jari ke arah kaunter yang dijaga Yoon Ae Ri.

Jam menunjukkan pukul 10 tepat menandakan waktu rehat bagi pekerja pekerja. Cik Shin Hwa menterbalikkan kad yang tergantung di pintu itu daripada 'OPEN' kepada 'CLOSE'

"Baiklah, waktu rehat." kata Cik Shin Hwa.

Semua pekerja pekerja berkumpul di meja. Ada sahaja cerita yang hendak digosipkan.

" Semua orang, aku nak pergi makan luar ni. Sesiapa nak kirimkan apa apa ? " Kata Park Sang Rin sambil mencapai kunci keretanya pada beg berjenamanya.

" Aku nak pesan burger beef satu! Jangan lupa aku taknak sayur tau!" celah Go A Ra.

" Yelah! Hei budak baru, nak pesan apa apa tak?" tanya Park Sang Rin

" Dua kopi americano! " Ji yeon tersengih macam kerang busuk.

"Baiklah!"

" Korang tau tak pasal berita yang pemilik kedai Hans Gong meninggal?" Yoon Ae Ri mula berceloteh.

" Tau! " Kata Go A Ra.

" Aku rasa lah kan dia kena bunuh dengan kejam! " kata Yoon Ae Ra sambil membuat mimik muka.

" Mana kau tau ni?" kata Kim Hyun Bin sambil menongkat dagu.

" Korang pun tau, aku ada deria ke enam! Aku boleh curiga dengan apa je." balas Ae Ri.

" Hahaha. Mengarut lah kau ni!" Balas Ji Yeon.

" Hei, ini Yoon Ae Ri lah! Aku ni dulu bekas pasukan sorak dekat Yarang High School tau! " kata Yoon Ae Ri.

" Apa kena mengena nya? " Hyun Bin menjawab sambil tergelak kecil.

" Heii!" Yoon Ae Ri mengetap bibirnya.

Krystal dan Ji yeon hanya tergelak kecil.

" Berhenti gossip lah Ae Ri ! Makanan korang dah
sampai! " terjah Sang Rin sambil menghulurkan bungkusan.

Mereka makan bersama sama di meja yang sama.

" Waktu rehat dah habis! " pekik Cik Shin Hwa daripada pejabatnya yang berada di hujung.

" Nae!!" Serentak mereka.

.

A Tale Of Three SisterWhere stories live. Discover now