1.0

22 0 0
                                    

"Ha..ha..ha..ha."
Tawa Syed Aqiem tanda berpuas hati melihat kejatuhan Fahmi. Saat ini telah lama diidamkan beliau sejak kecil lagi. Syed Aqiem adalah adik tiri kepada Fahmi. Anak isteri no 1 Tan Sri Faisal, Bosmah Nancis. Bosmah Nancis sudah mengadap ilahi 5 tahun yang lalu akibat penyakit sawan babi!

Sangat terang lagi bersuluh akan dendam yang bersarang dihati Syed Aqiem terhadap Fahmi. Semenjak kecil lagi, beliau kerap menjadi 'balaci' Fahmi. Mungkin fizikal yang agak gempal seperti Afdlin Shauki dalam movie Buli membuatkan Syed Aqiem sering diherdik di sekolah. Pernah suatu masa, semasa perbarisan hari sukan, Syed Aqiem terjatuh akibat terpijak kulit pisang di kantin. Semua yang melihat tertawa terbahak bahak umpama melihat mawas tergolek! Peristiwa itu sungguh hitam bagi beliau. Dan yang lebih perit, abg nya sendiri, Fahmi yang menjadi ketua kepada geng geng mengejek beliau di sekolah..

Di sekolah dahulu, Fahmi merupakan antara pelajar kesayangan guru guru. Beliau tampan, aktif, istiqamah dan sgt mesra sehingga dipilih sebagai presiden kelab cegah jenayah..pencapaian itu amat membanggakan ibu bapa Fahmi sehingga membelikan beliau sepasang kasut Pallas Jazz. Syed Aqiem hanya mampu melihat dengan iri hati kerana beliau tidak dapat semua itu akibat tubuh badan yg gempal..

"Gemuk, gemuk,gemuk, gemuk!!!"
Arghhh masih terngiang ngiang dalam kepala Syed Aqiem ayat berhantu itu..

"Bedebah!" Bentak Syed Aqiem sambil menggigit bibir mungil beliau.

DendamWhere stories live. Discover now