2.0

20 0 0
                                    

Pekan Greenwood, Gombak agak padat pada pagi ahad itu oleh kerana Pasar Pagi. Saja Fahmi bangun sedikit awal untuk mencari kuih seri muka kegemaran beliau disamping air coconut shake untuk sarapan. Lagipun beliau malas hendak bersarapan bersama bapanya dan lebih jelik untuk semeja dengan Syed Aqiem!

"Oii, tak nampak orang ke! Buta ke??" Teriak seorang pemuda akibat bahunya dilanggar Fahmi.

"Maaf bang maaf, saya tak perasan tadi". Pantas respon Fahmi bagi menenangkan brader yang kelihatan sangat bengis seperti singa tapi dia nangis tengok cerita korea, aku punya manja kau saja boleh rasa..Rahsia kita berdua~~

"Huh, kuat betul aku ni berangan, sampai orang jalan kat depan pun tak nampak. Bahaya betul" bisik Fahmi kepada dirinya sendiri.

Selesai membungkus kuih seri muka dan coconut shake, beliau segera bergegas ke taman sri gombak untuk bersarapan disana plus mencuci mata!

Setiap mata memandang pergerakan beliau kerana kagum akan kereta Volswagen Passat yg dipandu. Mungkin agak mewah bagi rakyat marhaen yang terkesan akibat gst. Dengan langkah yang sedikit poyo sambil membetulkan ray-ban uptown danau kota, kereta Fahmi laju meluncur ke tasik sri gombak.

DendamWhere stories live. Discover now