5.0

14 0 1
                                    

Sampai sahaja dirumah, kelihatan Syed Aqiem sudah bersedia diatas sofa ruang tamu banglo mewah itu. Seperti ada sesuatu yang tidak kena, bentak hati Fahmi.

"Kenapa ni papa? Tergesa gesa je panggil Fahmi tadi?" Perkataan itu laju meluncur dari mulut Fahmi sebaik tiba di rumah.

"Fahmi...
Sebenarnya, Happy birthday to you, happy birthday to you, happy birthday to Fahmi, happy birthday to you" seraya Tan Sri Faisal menyanyikan lagu tanpa menghiraukan pitching dan melodi lagu yang sangat simple. Agak bingit bunyi nanyian itu.

Dengan tidak semena-mena, Tan Sri Faisal mendakap erat tubuh Fahmi sambil mulutnya terkumat kamit berkata..
"Maafkan ayah, Fahmi. Ayah banyak lalai dalam menjaga dan mendidik anak anak ayah. Ayah sygkn Fahmi dan Aqiem" ayat yang ditutur penuh emosi oleh Tan Sri Faisal.

Secara tiba-tiba, tubuh dua beranak itu perasan ada satu lembaga yang agak gempal meraut tubuh mereka berdua.

"Maafkan Aqiem juga papa, abang. Aqiem gagal jadi anak dan adik yang baik. Aqiem terbawa bawa dendam kesumat aqiem sehingga hampir memecah belahkan ikatan adik beradik" serupa sinetron indon pula babak ini.

Lalu mereka bertiga menangis dalam saling berpeluk dan berikrar sambil diketuai oleh Tan Sri Faisal agar tidak lagi bermusuh.

"Up!..maka kami, anak2 Tan Sri Faisal berikrar agar tidak kembali memusuhi satu sama lain" ikrar yang dilaungkan mereka sambil mengangkat tangan tanda akujanji. Ia mirip seperti ikrar di perhimpunan isnin di setiap sekolah.

Dan begitulah berakhirnya epilog dendam dalam hikayat keturunan Tan Sri Faisal. Tiada pertumpahan darah waima tumbuk menumbuk. Yang ada hanyalah sekelumit perasaan rindu yang membuak buak.

Benarlah kata orang orang tua,
"Air yang dicincang tidak akan putus" tapi kalau air masuk hidung pasti akan menjerit.

*************tammat****************

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 23, 2015 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

DendamWhere stories live. Discover now