Seorang pelajar wanita sedang berbaris di atas pentas sekolah untuk menerima sijil penghabisan sekolah.
Bertulis 'Hannah binti Marof' di kertas sijil itu. Hannah tersenyum dengan lebar apabila melihat markahnya semuanya 'B' tapi 'D' untuk matematik. Hannah pun turun dari pentas, menuju ke arah ibu bapanya, Fatimah dan Marof.
"Alhamdulillah nak, kamu telah berjaya, mama sama bapa bersyukur. Walaupun kamu tidak memperolehi 9 'A', Ibunya, fatimah berkata.
Hannah hanya senyum kerana fikirannya arah lain. Hannah memikirkan tentang teman lelakinya Wardi. Dilihat lihatnya Wardi tetapi tidak kelihatan. Hannah risau.
"Ma, nah mahu cari kawan sekejap, nanti nah datang balik", kata Hannah terus meninggalkan ibunya.
Hannah pergi mencari Wardi di seluruh tempat sekolahnya. Tapi langsung belum bertemu dengan Wardi. Hannah pun pergi semula ke dalam dewan untuk menemui ibunya. Hannah pun duduk di kerusi dan menyaksikan persembahan menerima sijil. Setelah selesai acara, Hannah pun pergi untuk pulang.
Dalam perjalanannya ke rumah, ayahnya Marof singgah sekejap di kedai runcit untuk membeli easi kad. Hannah dan ibunya menunggu di dalam kereta.
"Eh, mama lupa nak beli Maggie, Hannah tunggu sekejap ya", ibunya berkata sambil mengeluarkan beg duitnya dari beg lalu turun dari kereta.
Hannah pun mula menyanyi lagu 'Sweet Dreams by Eurythmics' sebesar besar suaranya. Inilah sifat Hannah. Hannah memang suka menyanyi ketika Ibu bapanya turun dari kereta. Entah, sudah biasa. Dulu Hannah suka lagu rock dan dulu dia berpakaian rock dan mendedahkan auratnya. Kini dia berubah. Dia sekarang lebih selesa menutup auratnya.
Ketika menyanyi , Hannah ternampak Wardi sedang makan seorang di restoran yang terletak di sebelah kedai runcit tadi. Hannah pun turun dari kereta menuju ke restoran tersebut. Sebelum Hannah hendak masuk. Seorang perempuan datang duduk di sebelah Wardi. Perempuan itu ialah kawan baik Hannah, Rahimah namanya.
Betapa hancurnya hati Hannah. Hannah pun berlalu meninggalkan tempat tersebut dengan menahan air matanya.
Hannah sudah lama berkawan dengan Wardi. Kira kira sudah lima tahun. Hannah pun teringat tentang rantai yang Wardi pernah bagi pada hari ulang tahunnya. Di rantai itu tertulis nama 'Wardi' . Hannah pun membuka rantai itu dan membalingkannya ke belakang kereta. Ke Bunit kereta.
Hannah pun menghantar mesej kepada Wardi menggunakan telefon bimbitnya nokia.
"Our relationship ends now, hope you live forever with your new gf"
Perkara terakhir yang Hannah lakukan ialah Hannah delete nombor telefon Wardi.
YOU ARE READING
Pengabdian [ versi Hannah ]
RomanceA love story between Hannah and Wardi Characters from 「Novel Pengabdian by Hajah Norsiqh Haji Abd. Gapar」