Makcik Maura. Guard wanita di sekolah kami.
"Waktu tu malam tahun baru. Maghrib. Cikgu semua dah mula balik ke rumah masing masing selepas selesai kerja di sekolah. Rutin harian makcik, makcik akan ronda keliling sekolah. Dah biasa dah. Makcik ronda bahagian blok bangunan baru sekolah. Makcik bawa anak kecil makcik sekali. Makcik pergi ke tandas. Tiba tiba je rasa nak keluar. Kebetulan pula, ada seorang cikgu wanita ni bawak anak kecil dia. Makcik tahan dia dan bagitahu dia,
"Cikgu, ni tandas pelajar. Cikgu tak boleh masuk"
"Alah, takpalah. Saya nak guna kejap je"Makcik pun benarkan dia guna tandas pelajar tu. Makcik masuk tandas, dia pula masuk tandas bersebelahan dengan tandas makcik. Anak makcik tunggu makcik didepan cermin yang ada dalam tandas tu.. Masa tengah melepas tu, cikgu tu boleh pulak ajak berbual. Pelik makcik. Makcik layankan aje. Dah selesai buang hajat, makcik keluar. Makcik tunggu cikgu tu keluar dulu. Lama makcik tunggu tak keluar keluar juga. Tiba tiba anak makcik cakap,
"Mama, ada momok"
Terkejut makcik. Makcik tolak pintu tandas yang cikgu tu masuk tadi. Kosong. Phewwwwwww. Meremang bulu roma makcik. Pili air terbuka. Makcik apalagi, terus dukung anak makcik dan bawa dia ke pondok guard tempat makcik. Esoknya, makcik cari lah cikgu yang muka macam 'cikgu' yang makcik jumpa kat tandas tu. Takde."
-end-