Pad

266 18 4
                                    

Esah menunggu Enon yang sedang menukar pad dalam bilik tandas di belakangnya.

"Non, lama noh asal?"

Enon tak menjawab. Selepas 10 minit, Enon pun keluar. Buat muka tak bersalah.

"Non, apa kau buat lama sangat tadi? Kata tukar pad je?"

Enon tersengih. Dia tak jawab soalan Esah. Esah pandang dia lain mcm dan mengeluh.

"KAU BUAT LAGI KAN?!" Sergah Esah.
"Taklah bodoh!" Cepat2 Enon menepis.
"YE! KAU BASUH PAD KAU KAN?" gurau Esah kemudian dia ketawa.

Enon terdiam. Hmmpp bodohnya pompuan ni tak bertempat siak. Ye, memang aku basuh pad pun. Hm betulle teww.

"Enon, Enon, kan aku dah kata tak payah basuh pad kau tu" kata Esah.

"Hmm, tapi masa usrah last week, akak senior tu kata kalau tak basuh pad...."

"Kalau tak basuh pad kenapa? Ada setan datang hisap darah kat pad kau kan? Teka esah. Macamlah dia tak pernah dengar ceramah tu. Fucking cliche.

"Hm, dia cerita ada senior dia dlu ,muka pucat je all the time. Asyik letih. Rupanya dia tak basuh pad. Setan yg hisap darah kat pad dia boleh detect darah tu siapa punya, lepastu hisap direct dari dia! Tu yang dia kurang darah!" Usrah Enon dengan nada sedikit tinggi.

Terlopong Esah dengar, kemudian mengeluh kecil.

"Okay first, terer gile setan ni dpt detect darah siapa dari pad orang, second, seriuslah setan tu hisap direct dari org tu? Dari arah mana dia hisap? Mesti minah tu happy ahahaahahaha" Ketawa Esah.

"Hah? Happy sebab apa?" Duga Enon.

"Hahaha" Esah cuma ketawa kecil sambil menggeleng. Enon mmg blur hal2 dewasa ni. Takpelah lama2 dia faham gak huhuks.
"Tidur jelah, rehat. Esok basuh pad elok2 ye" perli Esah.

Enon menjeling sambil tarik selimut sampai kepala, lepastu dia ketawa terkekek kekek bawah selimut.

_________________________________________

Malam tu, Esah terjaga. Kes dia terjaga tengah2 malam ni bukanlah perkara luarbiasa. Tapi apa yg menyebabkan Esah terjaga - tu yang pelik. Sebab selalunya, dia akan terjaga bila terdengar bunyi ketukan di pintu bilik dormnya. Tapi malam ni, dia terjaga sebab bunyi lain.

Bunyi orang basuh kain.

Siapa pulak basuh kain tengah2 malam buta ni? Dan kalau betul pun org basuh kain, apahal pulak aku boleh dengar? Bilik aku dgn bilik air jauh kot! Getusnya dalam hati.

Mmg setiap bilik, ada satu sinki. Paling tidak pun, buat gosok gigi je. Takdelah sampai boleh basuh kain. Dan apa yg Esah nampak malam tu, ialah kelibat Enon dkt sinki bilik tu.
Kelibat Enon tu membelakangi Esah, dan dari gerak tubub dia mmg Enon sdg membasuh. Siot betul budak ni, basuh pad tengah2 malam buta ke sial?
"Enon! Enon!"

Enon tidak menjawab. Esah cuba mendekati Enon. Namun, belum sempat Esah mendekatinya, Enon berpaling.

"Pahal kau? Aku nak basuh tudung sekolah ni pun tak tenang"

Fuh lega sial. Haha. Esah mencebik lalu kembali ke katilnya. Niat di hati ingin menunggu Enon hingga dia selesai basuh tudungnya. Tudung sekolah? Bukan esok cuti ke? Ah lantaklah pompuan tu.

Sedang leka dia memandang siling, dia terkejut dengan bunyi yg menandakan sms masuk. (LANGGAR PERATURAN ASRAMA; JANGAN TIRU SIKAP INI)

From : Enon Kambing
Sah, aku balik bilik aku tau. Aku tak sedap hati tadi duduk bilik kau. Aku demgar bunyi org memberus. Aku dah kejut kau tapi kau tak bangun. Aku terbau darah haid tu yg aku lari.

Esah memusingkan kepalanya ke arah "Enon" yg sedang membasuh pad tadi. Dia tersenyum.

END.

horror short story Where stories live. Discover now