•Chapter 6•

135 14 0
                                    

Si Young mencelikkan matanya. Katil yang empuk milik Min Gyu itu membuatkan dia terlalu lena tidur sehinggakan dia terlajak tidur. Jam menunjukkan pukul 9 pagi. Dia bangun dan mencari Min Gyu di merata tempat di dalam bilik tidur itu.

Si Young: Huuu... dia dah pergi kerja. Lelaki itu sangatlah menakutkan!

Si Young mandi dan terus turun ke bawah kerana dia berasa sangat bosan. Dia berpakaian dress putih yang terdapat di dalam almari yang besar itu dan mengenakan dress itu bersama dengan high heels merah ala-ala stilettos.

Orang Gaji: Puan, dah bangun?
Si Young: Ya. Hmmm, apa patut saya panggil kamu ya?
Orang Gaji: Panggil saja Maid. Saya memang ditugaskan untuk menjadi pembantu rumah ini semenjak omma saya berhenti bekerja di sini.
Si Young: Ohh. Min Gyu memang tinggal di sini berseorangan ke?
Orang gaji: Ya, Puan. Setakat ini, Tuan tidak pernah bawa balik mana-mana perempuan di rumahnya. Puan orang pertama yang dia bawa ke sini.
Si Young: Semalam, Min Gyu tidur di mana? Sekatil dengan sayakah?
Orang Gaji: Dia tidur di ruang tamu semalam. Katanya, dia agak penat dan mahu menonton televisyen. Tetapi, pagi itu, saya mendapati dia sudah pun tertidur di atas sofa.

Si Young menganggukkan kepalanya. Dia melangkah ke hadapan pintu utama untuk keluar dari rumah itu. Niat di hatinya hanya ingin berjalan-jalan sebentar. Orang gaji itu cepat-cepat menangkap lengan Si Young dari belakang.

Orang Gaji: Puan, Tuan tidak membenarkan puan keluar rumah walaupun sekejap.
Si Young: Kenapa? Saya cuma mahu bersiar-siar sahaja di luar. Please?

Si Young merayu kepada orang gaji itu tetapi orang gaji itu tetap menggelengkan kepalanya. Si Young memuncungkan mulutnya. Disebabkan itu, dia kembali masuk ke dalam bilik tidur Min Gyu semula. Dia mengurungkan diri di dalam bilik dan tidak mahu makan walau sedikitpun. Orang gaji itu mula risau akan Si Young.

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

Min Gyu keluar dari keretanya terus masuk ke dalam rumahnya. Dia memegang sejambak bunga yang dibelinya tadi untuk Si Young dan sebentuk cincin berlian yang agak mahal harganya.

Min Gyu memerhatikan sepasang kasut high heels merah milik isterinya itu terletak di tangga untuk ke tingkat atas.

Min Gyu: Maid, Si Young mana? Kenapa kasut dia ada di situ pula?
Orang Gaji: Dia di dalam bilik. Lagi tadi dia hanya berkurung di dalam bilik dan tidak mahu makan walau sedikitpun. Kasut itu, puan pakai sebentar tadi tetapi dia tertinggal di situ.

Min Gyu mengangkat kasut itu dan terus menujuk ke biliknya. Dia mendapati Si Young yang berpakaian dress putih itu sedang memegang pisau untuk memutuskan nadi di tangannya sendiri di hadapan Min Gyu.

Min Gyu: Si Young, jangan!
Si Young: Saya merayu pada awak, lepaskan saya.
Min Gyu: Aku tak akan lepaskan kau Si Young.
Si Young: Saya putuskan urat saya ni! Awak tengok sini!

Pisau yang tajam itu dicapai oleh Min Gyu dengan pantas daripada tangan isterinya. Beberapa titisan darah menitik di atas lantai dari tangan Min Gyu. Min Gyu cepat-cepat menutup tapak tangannya yang luka kira-kira 5 cm akibat terkena pada pisau tersebut.

Si Young terdiam. Min Gyu cuba menahan sakit pada tapak tangannya itu. Si Young berlari mendapatkan peti kecemasan di dalam almari tersebut. Dia mencuci luka di tangan Min Gyu dan membalut tangan Min Gyu sementara Min Gyu sekadar merenung setiap pancaindera pada wajah Si Young yang comel itu sambil tersenyum.

Si Young: Awak, saya minta maaf!
Min Gyu: Tak apa. Tapi lepas ni jangan buat lagi.
Si Young: Adakah awak akan seksa saya selepas ini?
Min Gyu: Tidak selagi awak tidak membuat perkara-perkara yang boleh mendatangkan kemarahan saya.
Si Young: Tapi, tangan awak luka. Awak mesti marahkan?
Min Gyu: It's okay. Tapi, macam mana saya nak mandi kalau tangan sebelah saya luka?

Pipi Si Young mula merah. Min Gyu tersenyum melihat gelagat isterinya yang seakan-akan mesra dengannya. Min Gyu cuba untuk mesra dan mengambil hati Si Young supaya boleh menerimanya. Tetapi, dia tidak tahu, jauh dari sudut hati Si Young tidak rela menerima Min Gyu sebagai suaminya. Setiap perkara yang dilakukan ini hanyalah lakonan semata-mata.

Si Young: Awak ada dua tangankan? Awak jangan nak mengada-ngada dengan saya ya?

Si Young membaling bantal yang empuk itu pada Min Gyu. Min Gyu tergelak perlahan.

MARRIED TO THE CRUEL GUYWhere stories live. Discover now