Si Young mencari peluang untuk melarikan diri dengan berpakaian pengantin keluar dari majlis kahwinnya. Dia tidak sanggup lagi melihat lelaki bernama Min Gyu itu. Dia juga tidak boleh terima kenyataan bahawa dia telah berkahwin dengan seorang lelaki yang kejam!
Min Gyu perasan sesuatu yang tidak kena. Matanya meliar mencari kelibat Si Young tetapi tiada. Min Gyu melangkah keluar dari dewan hotel tersebut. Dia mengejar Si Young yang sedang berlari menuju ke pintu besar keluar hotel. Dia berlari dengan pantasnya dan mencapai gaun Si Young.
Si Young: Min Gyu, please...
Min Gyu merenung tajam ke arah Si Young. Tangannya erat memegang gaun yang dipakai Si Young. Badannya begitu rapat dengan badan Si Young. Si Young cuba untuk melepaskan diri dan disebabkan itu, gaun yang dipakainya koyak di bahagian bawah akibat ditarik oleh Min Gyu.
Si Young: Puas? Puas hati awak?!
Si Young cuba untuk menampar Min Gyu di hadapan orang ramai tetapi Min Gyu terus menepis tangannya ke bawah dan memeluknya supaya para tetamu yang hadir tidak memikirkan perkara-perkara negatif terhadap mereka.
Si Young berkata perlahan sebaik dipeluk erat oleh Min Gyu.
Si Young: Lepaskan saya!
Min Gyu: Sabar, bukan masanya. Ramai orang sedang melihat kita.Min Gyu membalas dengan nada suara yang lembut.
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Pada malam itu setelah selesainya majlis perkahwinan mereka, Si Young dan Min Gyu duduk di dalam satu bilik tidur bersama. Suasana menjadi agak janggal kerana masing-masing tidak mengeluarkan suara untuk berbual. Min Gyu sibuk mengeringkan rambutnya yang basah di hadapan cermin manakala Si Young pula kaku di atas katil.
Min Gyu: Kau nak tidur dengan pakai baju gaun itukah? Baju kau semua aku dah beli. Pilihlah di dalam almari itu.
Si Young: Apa awak peduli? Awak memang kejam Min Gyu!Min Gyu menoleh ke belakang memandang isterinya. Dia merapatkan badannya ke badan Si Young. Si Young makin ke belakang kerana dia begitu takut sekiranya dia diapa-apakan oleh Min Gyu.
Min Gyu: Memandangkan kau sudah menjadi isteri aku, aku akan cuba untuk berkelakuan tidak terlalu keras terhadap kau. Tapi, kalau kau buat sesuatu yang boleh mendatangkan kemarahan aku, aku tidak akan teragak-agak untuk seksa kau Si Young.
Si Young menelan air liurnya berkali-kali. Dia memejamkan matanya kerana takut untuk bertentang mata dengan Min Gyu.
Min Gyu: Aku akan cuba protect kau macam Jota selalu protect kau.
Min Gyu bangun. Dia terus keluar dari bilik itu kerana dia tahu Si Young malu untuk menukar pakaian di hadapannya. Hati Min Gyu senang sekali kerana dia telah dapat apa yang dia inginkan selama ini.
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Sebelum Min Gyu keluar untuk ke tempat kerjanya, Min Gyu sempat mengintai isterinya yang masih lagi tidur di atas katil di dalam biliknya. Min Gyu tersenyum dan terus menutup pintu bilik itu perlahan-perlahan kerana dia tidak mahu mengejutkan Si Young yang sedang nyenyak tidur itu.
Min Gyu: Ingat, jangan bagi Si Young keluar ke mana-mana. Aku risau dia melarikan diri pula selepas ini. Dia pun masih belum boleh terima aku dalam hidup dia.
Orang gaji itu mengangguk faham Hatinya begitu tenang sekali setelah melihat Min Gyu tersenyum dan perangainya tidak seperti biasa iaitu mudah marah, bercakap terlampau kasar dan terlalu emotional.
Orang Gaji: Tuan....
Min Gyu: Ya?
Orang Gaji: Apa yang perlu saya lakukan sekiranya puan sudah bangun nanti?
Min Gyu: Layan dia seperti seorang permaisuri. Tetapi, jangan lepaskan dia keluar. Itu saja.
Orang Gaji: Baik, Tuan.Min Gyu melemparkan senyuman buat sekali lagi sebelum dia keluar dari pintu rumah itu. Dia terus masuk ke dalam kereta dan meluncur ke pejabatnya.
YOU ARE READING
MARRIED TO THE CRUEL GUY
ФанфикJota failed to save his beloved girlfriend named Lee Si Young from Min Gyu. Min Gyu who was Fallen in Love With Si Young since they were in High School. Si Young rejected Min Gyu's love for another reason. Min Gyu's heart was broken and when he turn...