Bab 3 + Bab 4

4.9K 95 60
                                    

3

"Welcome back, honey! How's your job?"

"Nothing much, Daddy. It's done as usual."

Najwa sedaya-upaya mengawal nada suaranya agar tidak terlalu menonjol di hadapan Sir Harrison. Jika dia tersilap langkah, sudah pasti dia akan dikurung sekali lagi! Tidak, perkara tersebut tidak boleh berlaku, dia mesti keluar dari kepompong besi ini dengan segera. Semakin lama dia di sini, Najwa pasti akan mengalami perkara yang lebih dahsyat.

Natalie nampaknya berupaya untuk menghidu niatnya untuk lari dari sini, nasib baiklah waktu itu Najwa berupaya mengawal kuasanya, jika tidak pasti peristiwa dahulu akan berulang. Natalie nampaknya amat berdendam terhadap Nastasia tanpa mengetahui hal sebenar di sebalik kisah tersebut. Arghh!! Serabut Najwa memikirkan semua itu sambil berhati-hati mengemaskan segala keperluannya.

Sebuah bagasi Polo berwarna merah sudah selamat diturunkan ke bahagian semak belakang rumah. Cumanya, buku merah yang diselitkan di bawah laci gagal untuk dicari di mana-mana. Apakah Nastasia yang menyembunyikannya? Mustahil, Nastasia sendiri kurang stabil. Tidak mungkin dia akan bertindak sedemikian.

"Looking for this?"

Tiba-tiba ada satu suara halus yang menyapanya di balik langsir. Figura bertubuh lansing itu tersenyum sinis apabila sepasang mata coklat itu mencerlung marah ketika memandangnya. Dia pasti Nastasia ada merancang sesuatu yang bakal menjauhkan dia dan keluarganya, namun dia tidak tahu apa yang budak itu fikirkan.

Cukuplah Mummy dan Daddy mengenepikannya dan Natte apabila budak itu muncul secara tiba-tiba bersama Daddy lapan tahun lepas. Siapa sangka, budak kecil yang menggeletar laksana tikus terperangkap itu mampu mengatasinya dalam segala latihan perisikan mahupun misi pembunuhan.

Kehadiran budak tersebut juga membawa malang kepada Natalie apabila adik kesayangannya ditembak mati tanpa ragu oleh sepasang tangan kecil itu. Di hadapan matanya, masih jelas bayangan Natte menggelupur di atas mozek. Bagaimana Natte cuba menggumam sesuatu, mata hijau galak Natte yang kian memudar warnanya. Saat Natte terkulai layu sebelum sempat mereka berdua menggapai impian mereka yang dilakar bersama dahulu. Semuanya musnah gara-gara Nastasia! Setan kecil itu harus dihapuskan!

"Guten Abend, Natalie." Selamat petang, Natalie.

Senyuman Najwa automatik terukir apabila melihat Natalie muncul di hadapannya. Dia masih tidak dapat melupakan wajah itu yang hampir-hampir menjadi santapannya dahulu. Ahh, betapa dia ingin merasa darah segar dari tubuh montok tersebut.

Bukan mudah untuk dia mengawal keterujaannya bersendirian bersama objek yang menjadi dambaannya. Bau darah Natalie sangat menggiurkan menyebabkan Najwa secara tidak sengaja menyeringai menampakkan gigi taringnya.

Natalie tergamam apabila mendengar Nastasia berbahasa Jerman, ini bukan Nastasia kerana Nastasia sudah lama tidak berbahasa itu! Sejak kematian Natte, Nastasia sedaya-upaya tidak akan bertutur dalam bahasa itu.

Apabila dia melihat barisan taring dari mulut yang menyeringai itu, dia seriau! Siapakah makhluk di hadapannya ini? Dia kecut apabila 'Nastasia' menapak ke arahnya sambil menjilat-jilat bibirnya dengan rakus. Nastasia yang sepatutnya berketinggian tidak lebih dari 5 kaki tiba-tiba membesar menjadi 6 kaki setengah. Siapakah makhluk ini?

Dalam keterujaan melihat Natalie menggigil ketakutan, Najwa melepaskan kuasa dalamannya secara tidak sengaja dan dia perlahan-lahan bertukar menjadi dirinya yang sebenar. Entah kenapa, kuasanya yang terkurung seolah-olah mula bangkit setelah bosan berada dalam lena yang panjang. Kini, hanya beberapa langkah sahaja jarak antara Najwa dan Natalie, namun langkahnya terbejat apabila sebutir peluru menembusi bahunya dari arah belakang.

IDENTITI - sebuah novel Nurul Najwa A'thirahWhere stories live. Discover now