BAB 21
"Jadi, macam tu lah aku boleh sampai Malaysia."
"Bhahahaha! Bodoh gila weh~"
"Babi gila hang, Is! Macamana la hang boleh pikiaq nak buat lagu tu!"
"Pelaq la woi! Kalau aku tak buat macam tu ada hang nak nampak aku harini?"
Mereka bertiga ketawa girang mendengar kisah daripada Iskandar. Fahamlah kini Najwa bahawa Iskandar sememangnya tidak pernah menghampakannya. Tidak salah dia meletakkan kepercayaan yang tinggi pada Iskandar. Sahabatnya itu tidak pernah mengecewakannya.
"Oh, jadi sekarang kita kena atur rancangan la nak sekat kemaraan Sheryl."
Gumam Najwa sambil mengusap lembut dagunya yang dihiasi janggut dua-tiga helai. Fikirannya mula fokus akan beberapa rancangan yang difikirnya akan berguna kelak tatkala berdepan dengan perancangan licik Sheryl.
Khabarnya, keadaan ekonomi Malaysia yang semakin gawat seperti di Greece merupakan salah satu daripada puluhan rancangan mereka untuk menempatkan beberapa buah catur lain di Malaysia.
Sukar untuk Najwa memutuskan apa-apa perkara buat masa sekarang. Tambahan pula, dia masih lagi dilanda kejutan peristiwa tadi. Otaknya seakan membeku tanpa mahu bertoleransi untuk berfikir lagi.
Rambutnya dikusutkan sambil tangan kanannya ditekapkan ke dahi. Panas. Cuaca malam-malam sebegini tidak sepatutnya membahang seperti sekarang. Akibat fenomena El Nino kah?
Heh. Najwa hanya menggelengkan kepalanya sambil melihat ke arah Chad dan Iskandar. Dua sahabat yang boleh dipercayainya. Sahabat yang mengetahui latar belakangnya. Mampukah mereka untuk membantu Najwa dalam membantutkan rancangan Sheryl?
"Najwa. Aku rasa kau kena berehat ni. Jomlah tido. Is, kau nak ikut?"
Usul Chad apabila melihat mata Najwa mulai kuyu dan layu. Seakan mahu terkatup rapat tanpa mahu terbuka lagi. Wajah Iskandar yang terlukis garisan keletihan juga dapat dikesannya. Mereka berdua mesti berehat. Sudah banyak yang mereka lakukan untuk hari ini.
"Huarghh. Boleh jugak. Aku dah ngantuk sangat-sangat ni."
Kata Najwa sambil menahan kuapnya. Iskandar sekadar mengangguk perlahan. Baru menyedari rasa lenguh dan keletihan yang menjalar pada seluruh tubuhnya.
Mereka bertiga melompat turun daripada tingkat atas tangki sebelum berjalan beriringan menuruni tangga. Langkah mereka tetap sahaja diatur kemas dan berhati-hati, bimbang menarik perhatian warden ataupun mana-mana makhluk yang mampu membahayakan mereka.
Tidak mahu terseret ke dalam mahkamah 'Jemaah Disiplin Maktab' atau lebih dikenali JDM kerana memanjat tangki. Walaupun mereka punya kabel yang mampu melindungi daripada sebarang ancaman, namun mereka harus bijak menyembunyikan jejak.
Bala jangan dicari!
...
"Cilakak! Apahal la dia nak meragam sekarang?"
Najwa mengaduh perlahan di tengah kedinginan aircond dalam dewan peperiksaan.
"Uuu, nak keluar dah ni, adeh. Siot, aku siap dak gi entah."
Najwa masih lagi cuba menahan gelodak perut yang sedang menggila hebat.
"Lagi setengah jam nak habis waktu, jatuh air muka kalau tak boleh tahan ni."
Najwa berfikir pantas sambil memegang kejap perutnya yang masih memulas. Ergh, apakah ini penangan cerita Iskandar pagi tadi? Puaka sungguh cerita dia kalau macam ni.
YOU ARE READING
IDENTITI - sebuah novel Nurul Najwa A'thirah
Mystery / ThrillerNastasia. Apabila disuruh memilih antara Daddy dan manusia, siapakah yang akan dipilih? Najwa. Anugerah yang diterimanya tidak sekalipun menyenangkan hatinya, jauh sekali dihargai. Chad Dylan, pelajar pertukaran asing yang penuh misteri dan kool. N...