Persahabatan .

308 13 0
                                    

Aku pernah rasa ketawa ,
Kerana dia ,
Aku pernah rasa menangis ,
Kerana dia .

Segala derita dan bahagia ,
Dia yang selalu aku luahkan ,
Dia yang selalu setia mendengar ,
Tidak pernah kenal erti penat .

Segala kata sinis dan teguran ,
Selalu dia lontarkan kepada aku ,
Agar aku dapat menjadi yang lebih baik ,
Dengan kata-kata yang dia berikan .

Aku ingin dirinya kekal bersama ,
Aku tidak mahu dirinya berubah ,
Cukup derita yang aku alami ,
Kerana tiadanya dia .

Kini aku kembali rasa keseorangan ,
Kerana dia telah bertemu kawan baru ,
Mungkin yang lebih baik ,
Mungkin yang lebih sempurna .

Dia tidak mahu menegurku ,
Dia tidak mahu memandangku ,
Adakah aku jijik dimatanya ?
Mungkin aku tidak layak berkawan dengannya .

Dia membuat haluan sendiri ,
Aku terus dengan haluan yang aku ciptakan dulu .
Mungkin ini yang terbaik ,
Untuk aku yang tidak seberapa ini .

Aku harap tiada lagi putus persahabatan ,
Tapi aku tidak mengharap tiada pergaduhan ,
Kerana setiap pergaduhan ada hikmahnya ,
Dalam persahabatan perlu ada suka dan duka .

Kata Kata HATIWhere stories live. Discover now