BAB 2:Pertemuan

184 12 3
                                    

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>Gambar Klaus>>>>>>>
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Bank yang berada di sebelah Alex meletup menyebabkan Alex tercampak ke tengah jalan yang berturap itu.Selepas dia memproses semuanya didalam kepala,dia tersedar yang dia terbaring di jalan dan semua orang di sekitarnya melarikan diri.Melihat situasi itu,dia sudah mengetahui yang ada pemberontak cuba untuk membuat kacau.

Apabila dia cuba untuk berdiri,dia terdengar bunyi tapak kaki melangkah kearahnya sehinggalah ada satu bayang berhenti di hadapannya.Dia mengangkat kepalanya untuk melihat siapakah orang yang berdiri dihadapannya.Lelaki itu pun mengangkat kakinya dan memijak muka Alex."Oi budak tak guna,tengok mana kau nak pergi,boleh tak?!!" Lelaki itu menjerit.Kesabaran Alex sudah melepasi tahap kritikal tetapi dia cuba untuk kekal tenang."Kalau nak bercakap,tolong jangan tempias." Balas Alex.

Alex terdengar beberapa orang yang berhenti berlari bercakap sesama sendiri."Budak tu akan mati""Habislah dia""Dia tak sedar ke yang itu adalah ketua 'The Snake'?" Bila terdengar ayat yang terakhir itu,dia tersenyum dan berfikir "Ini akan jadi persembahan yang hebat."

Alex boleh melihat menahan marah yang amat sangat sehinggakan mukanya bertukar merah gelap."Kenapa dengan muka kau,huh?" Kata Alex dengan senyuman sinis.Lelaki menggigil menahan marah.Kemudian,lelaki mengangkat kakinya dan cuba untuk memijak muka Alex sekali lagi dengan kekuatan maksima.Semua pemerhati di tepi jalan menutup atau mengalihkan pandangan mereka supaya mereka tidak melihat Alex dipukul.

Malangnya,fikiran mereka jauh meleset.Apabila mereka membuka mata mereka semula,mereka terpaku melihat Alex.Alex berjaya menahan serangan itu dengan tapak tangannya.Lelaki itu cuba untuk menarik kakinya semula tetapi tidak berjaya kerana Alex memegangnya dengan kukuh.Alex kemudiannya,berdiri dan menolak kaki lelaki itu,menyebabkan dia terjatuh.Melihat kesempatan ini,Alex berlari selaju mungkin untuk melarikan diri.

"Tak guna punya budak,jangan lari!!!"lelaki itu bangun dan terus mengejar Alex tetapi terlalu perlahan dan Alex semakin jauh di hadapan."Cis,laju betul dia lari." Dengan itu,dia pun kembali kepada kumpulannya.Orang awam disitu bersyukur kerana Alex tidak menjadi mangsa lelaki itu dan mula beredar.

Alex P.o.V

"Hah,hah,hah,nasib baik dia lagi lambat dari aku" kataku dalam keadaan tercungap-cungap kerana tak cukup nafas.Selepas aku sudah tenangkan fikiran,baruku tersedar sesuatu.Setelah melihat sekelilingku,aku terlihat monyet itu hanya merenung aku dengan beg di belakangnya.Aku pun berjalan dengan laju menggunakan orang awam sebagai pelindung supaya monyet itu tidak nampak aku."Hahaha,rancangan yang cukup sempurna datang daripada aku,Alexander Watch!!" Jerit ku di dalam minda.

Apabila Alex semakin dekat dengan monyet itu,monyet itu hanya berdiri membatu.Tidak lama kemudian,dia merasakan kehadiran Alex berdekatannya.Dia mula gelisah dan memandang kiri dan kanan untuk mencari Alex tetapi gagal.Dia dapat merasa Alex semakin mendekatinya.

Alex sudah semakin mendekatinya dalam jarak 5 meter,Alex berfikir "Jauh ni dah cukup" lalu dia pun memecut dengan kelajuan penuh kearah monyet itu.Monyet itu terkejut tetapi dapat mengelak dari ditangkap Alex dan lari pada kelajuan bunyi.

Dan ia pun berlaku lagi,monyet itu lari dan Alex terpaksa kejarnya.Alex langgar dan menolak semua orang keluar dari laluan dia.Alex terus mengejarnya sehingga monyet itu lari masuk ke dalam suatu bangunan.Bangunan itu berwarna hitam,tingkapnya juga diwarnakan hitam.Alex berhenti untuk melihat banguna itu kerana takut ia bangunan ternama tetapi bangunan itu tiada nama tertera.

Alex berlari masuk mengejar monyet itu dan mengikutnya hingga ke sebuah bilik.Didalam,terdapat dua orang lelaki bercakap sesama mereka.Bila mereka melihat Alex,lelaki pertama bersuara,"Hei budak,apa yang kamu buat di sini? Kamu tahu tak kalau orang yang tak diberi kuasa masuk, mereka akan dibunuh? Tanya lelaki itu.Lelaki itu lebih tinggi darinya,ada parut di di pipi kiri,pakai sut hitam dan seluar hitam.

Lelaki itu melihat ke kanan dan ternampak AOTIDE merenung mereka.Kemudian dia memandang Alex semula,"Mungkinkah kamu mengejar AOTIDE ini?" "Ya" jawab Alex.Lelaki itu pun memandang muka kawannya.Kawannya menunjukkan wajah terhibur.
Nanti,terhibur???

Monyet itu cuba merangkak kearah Alex dengan perlahan.Alex menghulurkan tangannya untuk menyentuhnya dan mengambil begnya.Tiba-tiba,Alex berhenti dan tangan yang dihulurnya ditarik semula dan dia bersedia dalam posisi bertahan.Adegan itu mengelirukan dua lelaki itu dan monyet itu.Lima saat kemudian,dinding di sebelah Alex meletup.Apabila Alex membuka matanya semula,dia terkejut melihat lelaki kedua menjadi pelindungnya dan menerima kecederaan yang teruk.

Bilik yang diduduki mereka hancur dan menampakkan langit yang gelap diatasnya.Monyet itu lari menggunakan celah bangunan terus ke jalan raya."Kau nampak ia datang,kan?" Tanya lelaki kedua dengan suara yang garau."Hey Klaus,dia ni manusia biasa, dia ta-""Ya saya nampak"Alex mencelah.Lelaki itu melihatnya dengan riak terkejut.

"Hm...mata nak bagus.Hey Steven,pergi tangkap AOTIDE tadi!" Arah Klaus kepada Steven.Steven tersedar dari lamunannya dan mula mengejar monyet itu."Siapakah nama kamu,anak muda?"

"Alexander Watch." Jawab Alex.

"Mahukah kamu berkerja dengan kami?" Tanya Klaus.

"Siapa 'kami' ni?"

"Kami ialah Libra,saya pasti kamu ada dengar berita pasal kami, kan Encik Watch?"
"Ok...saya sudi"Alex jawab sambil tersenyum.
"Bagus....mulai sekarang kod nama kamu ialah 'Pemerhati'" kata Klaus dengan bibirnya yang menggaris senyuman.

BloodLine BattleFront (malay ver.)Where stories live. Discover now