>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Alex P.o.V
Cahaya pagi menerjah masuk melalui celah-celah langsir yang menutup tingkap rumahku terus ke mukaku."Eh,dah pagi ke?" kata Alex sendirian."Kenapalah aku hidup di dunia yang tunggang terbalik ni?" fikirnya lagi sambil termenung.
Dia terus bermonolog dan bercakap sendirian selama 10 minit,lalu dia pun terus berdiri setelah sedar dia bercakap sendirian.Dia terus membuka langsir dan cahaya terus masuk menerangi biliknya yang berwarna biru muda dan putih itu.
"Okey,masa untuk mandi,"fikir Alex.Dia pun mengambil tualanya yang disidai di tepi katil itu,selepas itu,dia pun terus menuju ke bilik air dengan hanya memakai boxernya bersama matanya yang separuh tertutup.Tidak lama kemudian,BAM!!!
satu bunyi bergema di apartmen yang diduduki Alex.Jiran-jiran Alex pun datang menggerumuni rumahnya.Salah satu jirannya menjerit "Alex! Bunyi apa yang bergema tadi tu?!!!! Jirannya mengetuk lagi pintunya dengan lebih kuat tetapi tiada jawapan.Apabila salah satu jirannya ingin memecahkan pintunya,Alex membuka pintu itu sambil memegang beg ais di dahinya.
"Alex!Apa dah jadi?""Kenapa dengan dahi kamu?""Bunyi apa tadi tu?" Perbagai soalan keluar dari mulut jiran-jirannya.Alex hanya memandang mereka kemudian menguntumkan senyuman kepada mereka."Sebenarnya,saya tadi.....terlanggar dinding masa nak pergi mandi"kata Alex dengan gagap."Kamu ni memang betullah Alex,selalu je takutkan pakcik.""Hehe...maaflah susahkan pakcik semua."
Mereka pun terus tergelak melihat perangai Alex.Selepas mereka bersurai,Alex terus pergi mandi dan memberus giginya.Setelah selesai mengenakan baju berwarna biru tua dengan kolar tegak sehingga ke dagunya ,dia menyarungkan gogalnya ke leher lalu keluar untuk pergi bersarapan sambil mengambil beg sandangnya.Selepas 5 minit berjalan,dia pun tiba di sebuah bar kecil bernama 'Time's Bar'.Dia masuk dan terus duduk di sebuah kerusi kosong di hadapan kaunter lalu mengambil menu dan menyelak setiap halaman menu itu,sehinggalah seorang pelayan perempuan datang dan menegurnya.
"Ada apa-apa makanan dalam kepala awak,Lexie?" "
Selamat pagi juga Layla." balas Alex kepada gadis itu.
Layla,seorang gadis yang cantik,manis dan baik hati.
Dia juga mempunyai rambut panjang yang berwarna perang."Heh...bagi yang biasa boleh,Layla?""Semestinya,tunggu kejap okey." Dengan itu,dia terus ke dapur dan memberi ordernya kepada tukang masak sementara dia pergi membuat air untuk Alex.Selepas itu,seorang OCTOPODA tua duduk di sebelahnya di kaunter.(OCTOPODA ialah seorang manusia berkepala sotong.) "Pagi yang cerahkan,Alex?""Selamat pagi Encik Seth." Jawab Alex."Betul kata encik pagi ni cerah tapi setiap hari yang cerah akan gelap."sambung Alex."Betul kata kamu,Uh...Alex,kamu takde kerjakan?" Tanya Encik Seth dengan ragu-ragu.
Alex kemudian memandangnya dan terus berkata "Belum lagi pakcik,tapi hari ni saya akan pastikan saya dapat kerja,"kata Alex tersenyum.Setelah beberapa minit berbual,Layla pun datang membawa sarapan."Nah,kopi dengan sedikit krimer,telur dan dua keping bakon."kata Layla sambil meletakkan sarapan itu di meja satu persatu.Sebelum pergi,Layla sempat mengenyitkan matanya kepada Alex.Alex meremang dan mukanya mula berona merah."Aww,muka awak comellah Alex,kan En. Seth""Ish,kamu ni Layla tengok tu muka dia dah macam tomato."
Selepas itu,mereka berdua pun tergelak."Tch,daripada saya layan kamu berdua ni,baik saya cari kerja yang sesuai dengan saya."kata Alex.Dia kemudiannya meletakkan beg sandangnya diatas meja lalu mengeluarkan surat khabar yang dibelinya tadi.Tidak lama kemudian,seekor monyet kecil melompat di hadapan Alex dan mengambil begnya lalu keluar dari dari kedai itu dan berlari dengan kelajuan maksima.
Alex menjerit dan berlari keluar dari kedai itu menyebabkan Layla terpinga-pinga."Huh??Kenapa dia tetiba lari keluar terjerit-jerit?" Tanya Layla kepada En.Seth."Dia pergi kejar AOTIDE yang curi beg dia tadi " kata En.Seth sambil menghirup kopi yang Alex tinggalkan."Eh...tapi bukankah mata manusia tak boleh melihat AOTIDE sebab diorang tu laju?"tanya Layla lagi.En.Seth terus berhenti menghirup kopi itu dan memandang ke luar kedai itu."Betul juga,macam mana dia boleh melihat AOTADA?"
SEMENTARA ITU DI JALAN RAYA
"Oi,berhentilah monyet tak guna " jerit Alex.Alex terus mengejar monyet itu sehinggalah dia merasa ada seorang lelaki berbadan besar memegang sesuatu di seberang jalan.Alex tidak memandang lelaki itu kerana terlalu fokus mengejar monyet itu.Kemudian,bank di sebelahnya meletup secara tiba-tiba.
YOU ARE READING
BloodLine BattleFront (malay ver.)
Fiksi IlmiahTiga tahun yang lalu,satu laluan di antara Bumi dan The Beyond telah terbuka di bandaraya New York.Alexander dipilih untuk menyertai Ejen Libra,salah satu super ejen yang terbaik.Apakah yang bakal berlaku pada Alex setelah dia menyertai Libra.... Na...