cuma mahu masa faham

80 2 0
                                    


Masa terus ke depan
Seiring jarum jam berdetik
Meninggalkan saat yang lama bertemu saat
yang baru
Jarum jam berdetik lagi
Meninggalkan detik
minit yang
lama bertemu detik
minit yang baru
Dan seterusnya meninggalkan tiap jam
yang lama bertemu jam yang baru

Namun aku tetap kaku
Aku masih  lumpuh pada cerita lama
Masih ingin mencampak kebelakang tidak mahu kedepan.

Memoir-memoir dahulu
Ingin ku gapai
insan-insan
Yang aku sayang
Yang telah ku lepas senang
kini cuma tinggal bayang
Sepertinya aku terputus layang-layang
Hilang jejak dibawa angin

Aku sedar masa
Seakan sinis memandang aku
Seolah mengejek benci
Memekik ketawa
Kerna aku masih difasa yang lama
Tidak bergerak seiring dia.

Aku cuma mahu masa
Faham aku
Aku butuh lebih waktu
Ingin lupa
Ingin buang apa
Yang terlebih dahulu membuang aku
Sehingga aku cuma menjadi sisa-sisa memori
Mereka yang datang cuma
Ingin menyinggah.

Bila nanti aku sudah
Sembuh dari segala kemelut
Pasti aku akan genggam erat
Masa
Aku akan beriringan berjalan
Dengan masa
Tanpa ada fasa untuk menoleh lagi

#puisiJM

*seorang pemakai jam ditangan kiri. Buat masa sekarang jam tangan rosak dan bergantung sepenuhya jam di phone :)

tinta maya melankolikWhere stories live. Discover now