dulunya kita merdeka. kini merdekakah kita?

23 0 0
                                    

Tanggal tiga puluh satu

Dahulunya.

Pahlawan negara gugur satu persatu
Untuk kita merdeka
Dan bersatu
Bilahan pedang
Tombak jadi saksi
Selaras bedilan senapang jd bukti
Betalion-betalion
Negara mencurah
Bakti
Walaupun darah
Mencurah bumi

Tanggal tiga puluh satu

Kini

merdeka kita
Cuma negara
Jiwa kita masih
Dipasung
Harapan
Meneruskan hidup
Makin dijajah
Kelangsungan hidup
Seakan tenat untuk
Menyambung nyawa

Tanggal tiga puluh satu

Kini
Cuma negara kita merdeka
Semangat patriotik
Makin tinggal sedetik
Kecintaan pada tanah kita makin sedikit
Lebihnya pada
Untuk berbalah berbangkit.

Sudah-sudah lah anak muda
Yang masih lena
Berbatalkan selesa
Bangun
Bangkit berjuang
Untuk masa hadapan

Teratak negara
Terletak pada kita
Wahai generasi muda
Jika didepan nanti kita
Malap
Maka malaplah negara
Jika kita pegang panji obor menyala
Maka negara kita
Akan berjaya

#jiwamelankolik
27 ogos 2016

10.35 a.m

tinta maya melankolikWhere stories live. Discover now