Bab 14

14.6K 275 7
                                    

Kay...

Dia tu memang PA yang bagus. Aku rasa karakter dia tu macam PA kepada bos James Bond, Miss Moneypenny. Pandai betul dia pusing-pusingkan soalan aku. Akhirnya, persoalan ke mana, jawapan ke mana.

Apa yang salah pilih? Salah pilih pekerja ke maksud dia? Apalah yang salahnya? Menurut Kay, Tun Akhiruddin tu banyak menolong keluarga Tan Sri Tuan Mizan selepas kematian Tan Sri Tuan Mizan, ayah kepada Tuan Anas. Agaknya sebab itu kut salah pilih maksud Kay. Yalah, takutlah Tun Akhiruddin marah apabila aku dijadikan tukang cuci. Tapi, nama saja aku cucu Tun Akhiruddin, tapi bukannya dia nak mengaku pun. Tak payahlah tuan nak takut kalau dia gajikan aku sebagai tukang cuci.

Pelikkannn...

Tolong keluarga orang lain boleh pula. Keluarga sendiri? Biarkan merempat. Biarkan jadi tukang cuci. Memang hebat! Baik saja pada pandangan mata orang. Tapi, belakang? Hati perut busuk. Itu sebab Tuhan tak ambil lagi, nak bagi peluang betulkan keadaan. Tapi, tak sedar diri juga lagi tu.

Haih, apalah nak hairankan, Ayu... Nama pun orang kaya!

Macam ya aje Tun Akhiruddin yang aku kenal, sama dengan Tun Akhiruddin, ayah kepada Dato Azhar tu. Terlebih yakin aku ni.

Lampu kereta Tuan Anas terang menyuluh ke dalam biji mata aku yang sedang duduk melepak di depan rumah. Yalah, dekat pukul tujuh petang ni, aku nak sediakan makan malam untuk Tuan Anas. Tapi menurut Kay, dia ada jemputan makan malam dekat rumah Dato Azhar. Senyum sampai ke telingalah Cik Safra tu. Mesti duk menggila bentang seperah, kain alas hidangan tu.

"Encik Wan, esok ambil saya macam biasa."

"Baik, tuan."

Encik Wan, drebar yang tempoh hari MC telah kembali bekerja semula. Encik Wan tu orangnya tak adalah tua. Dalam linkungan 40-an. Aku baru berkenalan dengan dia pagi tadi.

"Bawalah balik kereta ni, Encik Wan. Awak nak balik hujan-hujan macam ni nanti demam pula."

"Terima kasih, tuan."

Tuan Anas memang prihatin. Tak jadi Encik Wan nak balik naik motor kapcainya. Terus naik semula kereta yang dibawanya tadi. Manalah orang tak sayang walaupun kekwat! Itu sebab Kay kerja lama dengan Tuan Anas! Aku? Nak sayang? Langgar pantanglahhh...

"Selamat petang, tuan. Lewat balik? Banyak kerja ke?"

"Hemmm..."

Tuan Anas memberikan beg kerjanya kepada aku. Muka tak manis langsung. Tapi memang selalu tak manis pun. Bersabar sajalah, Ayu. Kalau tiba-tiba manis, kau pula yang pelik nanti. Tak pasal buat dosa kering tuduh Tuan Anas gila pula.

"Nak dinner tak?"

"Kenapa?"

"Kay cakap tuan ada dinner kat luar. So, kalau ada dinner, tak perlulah saya sediakan susu dan biskut oat tu."

"Ada saya kata saya tak nak makan ke?"

"Manalah tahu. Itu sebab saya tanya. Kalau nak makan, saya sediakanlah."

"Perlu ke saya pergi?"

"Kalau dah janji, kenalah pergi. Cik Safra tu mesti dah beria-ia masak masakan kegemaran tuan."

Tuan Anas ketawa. "Bertuahlah saya kalau dia yang masak. Cakap pasal masak, apa yang awak dah belajar hari ini, Cik Ayu?"

"Banyak, tuan. Termasuk karipap inti daging cincang frozen lagi. Saya ada simpan dalam freezer. Kalau tuan nak, saya boleh gorengkan."

Tuan Anas masuk terus ke dapur. Aku ikut dia dari belakang.

"Selama tiga hari ini awak tak perlu masak untuk saya. Awak ambil peluang untuk belajar semua apa yang Cef Izzat ajar awak. Tapi lepas tiga hari, awak akan ada exam. Awak kena berjaya buat semua apa yang telah Cef Izzat ajar awak."

Aku menelan air liur. Semua? Semuaaa??? Banyak kut! Menu untuk satu bulan!

"Boleh?"

"Hah?"

"Boleh ke tidak?"

"Bolehhh... Apa pula tak boleh? Yakin boleh."

Ayu Maisarah, kalau tak yakin, bukan dialah. Yakin dengan aku kan kawan baik. Kalau tak boleh buat pun, bukannya Tuan Anas nak pecat aku pun. Kalau dia nak buang aku pun, dia buang satu kosong daripada gaji aku. Biasanya, itulah ugutan dia. Nak pecat aku, memang taklah. Aku dah sain seumur hidup jadi tukang cuci dengan dia.

"Nak belajar dengan tak nak belajar ada banyak bezanya."

"Maksud tuan?"

"Yalah. Kalau ada keinginan nak belajar, mesti boleh buat. Tak kesahlah macam mana susah pun. Tapi kalau tak mahu, tak minat... suruh macam mana pun, tak akan buat. Macam Safra. Dia tak suka memasak dan tak akan turun ke dapur. Saya percaya, cerek air pun dia tak tahu apa fungsinya."

"Biasanya tuan, orang perempuan ni kalau dah kahwin, dia akan automatik pandai ke dapur." Aku meletakkan secawan susu dan dua keping biskut oat ke atas pinggan. Itu saja makan malam Tuan Anas. Mudah. Kenapalah tak makan macam ni saja hari-hari? Senang aku nak jaga.

"Kalau dah kahwin baru nak berubah, macam mana, Cik Ayu? Effort sebelum kahwin pun tak nampak. Kahwin nanti lagilah tidak..."

"Tuan tu kriteria tinggi sangat macam nak capai bintang dekat awan sedangkan tuan seperti debu-debu tanah. Kalau tuan pun sesempurna bintang..."

"Kenapa? Saya tak sempurna lagi ke di depan mata awak?"

"Mata saya?"

"Yalah. Takkan mata Pak Hamid pula?"

"Maksud saya mata Cik Safralah."

"Safra? Awak sendiri kata dia nampak harta saya saja. Apa tak sempurna lagi saya pada pandangan mata awak, Cik Ayu?"

Aku memandang Tuan Anas. Heh... Ini soalan maut ke?

"Tak naklah saya jawab."

"Saya tanya, awak kenalah jawab."

"Saya tak berani. Nanti tuan cakap saya pandai-pandai cakap."

"Cik Ayu..."

Mata redup Tuan Anas dijegilkan.

"Yalah-yalah, tuan menang."

"So, apa dia yang kurang?"

"Kurang senyum."

"Saya?"

"Yalah. Tuan kurang senyum."

"Kalau saya belanja awak satu senyuman untuk sempurnakan saya pada pandangan mata awak, awak kena juga sempurnakan diri awak pada pandangan mata saya. Awak perlu jadi seorang perempuan yang pandai serba-serbi."

Dahi aku berkerut. "Sah-sahlah... saya banyak kekurangannya. Tuan pun tahu. Sebab tu tuan suruh saya belajar. Tapi, kenapa saya perlu sempurna pada pandangan mata tuan pula? Saya cuma tukang cuci."

"Tukang cuci atau tidak, Cik Ayu... Saya tak akan saja-saja nak senyum untuk awak. Senyuman saya ada bayarannya. Saya dah bukakan awak peluang, tolong belajar untuk sempurnakan diri awak. Belajar baik-baik dengan Cef Izzat dan Encik Nizar. Tukang cuci bukan saja perlu pandai masak, tapi ada lesen kereta juga. Senang nak pergi pasar beli barang dapur dan pergi ke kedai dobi."

Aku mengangguk-angguk. Faham. Itu sebab aku belajar juga. Tak adalah nak menyusahkan Tuan Anas.

"Banyak lagi benda yang awak perlu belajar, Cik Ayu. Banyak lagi dengan masa yang sangat singkat."

Singkat?

Aku dah sain mati kut!

"Saya ada sepanjang hidup saya untuk tuanlah, tuan!"

Tuan Anas sempat belanja aku satu senyuman. Senyuman ada makna. "Ya, saya tahu."

Pelik.

Belajar sempurnakan diri di depan mata dia? Heh? Asal pelik sangat ayat Tuan Anas ni? Macam ayat nak buat jadi binilah pula.

Haih, mengarut!

Tapi senyuman Tuan Anas itu memang manis. Manis gila! Tapi belum tahap gilalah aku nak angau dengan mamat tu. Nak mampus?


Tuan Anas Mikael (Adaptasi Drama)Where stories live. Discover now