Bab 8

32.8K 1.9K 58
                                    

"Cikgu kenalkan, Addrian pelajar baru dari Michael private school. Addrian bakal menggantikan Faizul, captain pasukan lelaki yang dah pindah pergi Sabah minggu lepas."

Whatttt??!! Budak kerek ni join softball ker?! Cikgu Faizal ni serius ke nak jadikan si kerek ni captain?! Hebat sangat ke?

"Kenapa dia yang tiba-tiba masuk sini terus jadi captain pula cikgu? Hebat sangat ke dia ni?" Aku sinis. Sambil berpeluk tubuh aku memandangnya yang sedang tersenyum sinis memandangku.

Ewah saling pandang memandang. Pikir sweet lah? Team softball perempuan yang lain aku tengok dah macam ulat bulu. Gatal mata aku tengok! Memang gedik! Nasib baik gedik hebat main. Kalau gedik pukul bola pun tak reti memang aku dah lama terajang.

"Jangan risau Sarah. Cikgu tahu kamu nak yang terbaik untuk pasukan dan sekolah. Addrian ni memang terkenal di sekolah lama dia. Dia captain untuk 3 jenis sukan. Bola sepak, softball, dan rugby. Dia ni juga merupakan tokoh sukan kat Michael dulu. Jadi cikgu yakin dia boleh lead pasukan softball lelaki."

Huii panjang lebar cikgu puji si kerek tu. Menyampah pulak aku tengok. Kembang setaman lah nampaknya tu. Kembang kempis jer hidung si kerek ni aku tengok. Bangga lah tu. Nanti kau!

"Kalau dah famous sangat kat Michael tu kenapa pindah sini? Buat semak jer." Kataku selamba tanpa ada riak rasa bersalah.

"Kau sibuk kenapa?! Aku kacau kau ke?"

Wow kata-katanya berbaur rasa tidak puas hati. Go Sarah! Simbah petrol bebanyak lagi dalam api kemarahan dia. Biar dia kalah dan pindah sekolah. Hahahahahaha! Aku sentiasa berharap agar dia ni pindah sekolah.

"Hello! Sejak hari pertama kau dah cari pasal key! Apa motif kau jadikan gambar aku wallpaper kau pun aku tak tahu lagi. Itu baru satu. Tangan aku ni sakit tahu tak? Macam mana aku nak pukul bola pasni? Guna hidung?!"

Hei kena terajang jugaklah mamat ni! Menyampah aku. Gara-gara dialah Firdaus marah aku. Lepas jer Firdaus bawak aku pergi pagi tadi, dia asyik ulang ayat yang sama.

"Aku kecewa Sarah, kecewa sangat."

Huh.. Aku dihimpit rasa bersalah. Aku lebih rela dihimpit sepupu aku yang tembam tu. Walaupun lepas kena himpit oleh dia aku dah nyawa-nyawa ikan. Tapi aku rasa susah hati sangat bila Firdaus marahkan aku. Huhuhuhu terjun longkang lah camni. Huhuhuhu. Tak tahulah kenapa aku ni emo sangat.

"Kau tu apa kurangnya. Campak aku dalam kolam, tarik rambut aku. Nasib baik aku tak botak kau tahu?"

Serangan balas Addrian langsung tak menakutkan aku. Cikgu Faizal dan mereka yang lain bingung memandang kami.

"Cut! Aku malas nak betekak ngan kau. Kau penyebab mood aku rosak teruk hari ni. Dah! Lari sekarang! 5 pusingan! Sekali berhenti tambah lagi satu pusingan." Lantang aku bersuara.

"Baik!" Selepas itu semua mula berlari. Kemudian aku join lari sekali.

*********************************

"Sarah, Addrian." Aku yang tengah sibuk berlari memandang ke arah cikgu Faizal yang memanggil aku.

"Ye cikgu?" Aku berhenti berlari.

"Mana Addrian?"

"Sini." Aku mencebik pandang dia. Menyampah!

"Hari ni korang nak game atau macam mana?"

"Hari ni saya nak game. Team lelaki Vs. Team perempuan. Nak jugak tengok kehebatan captain baru kita ni." Kataku dalam nada mengejek.

"Oh baguslah tu! Aku pun nak sangat tengok captain perempuan beraksi."

Aku ketawa macam pontianak pastu buat muka serius. Geram pulak!

"Mari buat perjanjian, kalau Team aku menang kau kena tunaikan 3 permintaan aku. Tapi kalau Team aku kalah, aku akan tunaikan 3 permintaan kau. Macam mana?"

Entah kenapa tiba-tiba aku rasa nak mencabar dia ni. Tapi, ini boleh dijadikan salah satu plan nak kenakan dia. Aku akan kerjakan dia habis-habisan lepas aku menang! Tunggulah!

"Ish tak nak aku, buat apa lawan dengan kau orang? perempuan? boleh blah lah. Jangan-jangan kejar bola pun terhegeh-hegeh."

"Hello mister, Megah bkn macam Michael okey. Kat Michael mungkin pelajar perempuannya hanya tahu bergaya dan menggedik. Maklumlah, sekolah anak orang kaya. Jangan nak samakan kitorang dengan budak sekolah lama kau. Team aku walaupun gedik, tapi tak terhegeh-hegeh kejar bola. Gedik profesional Okey!"

Ada ke kata team aku terhegeh-hegeh, ingat kitorang ni pemain simpanan team lelaki ker? Heh! Nanti aku usung piala yang team aku menang kat kebangsaan tahun lepas, baru ternganga dia ni. Tahun lepas, kitorang juara di peringkat kebangsaan tahu?!

"Atau, kau takut sebenarnya ni?" Aku mengejek lalu ketawa kuat.

"What?! Takut? Dengan kau? Heh!" Katanya angkuh.

"Takut takpe. Oklah nak warm-up. Cakap banyak pun tak guna." Aku berjalan pergi meninggalkannya.

"Tunggu! Aku tak takut! Aku terima cabaran kau! Bersedia untuk tunaikan 3 permintaan aku." Dia berjalan menuju ke arah ahli pasukan yang lain sambil ketawa. Dah gila agaknya!

*********************************

"Aku akan jadi pitcher, kita guna kedudukan strategi C. Ingatkan?" Mereka semua mengangguk.

"Baik, hari ni tak dapat nak tengok korang belatih. Cikgu Harap takkan ada masalah. Kamu boleh handle kan Sarah and Addrian?"

Kami berdua mengangguk lalu bertentang mata. Masing-masing angkuh.

"Okey bersedia! Team lelaki akan mula dulu."

Semua berlalu ke kedudukan masing-masing.

"Dengar! Semua main betul-betul! Anggap sekarang kita ada kat peringkat kebangsaan. Fokus!"

"Baik!" Semua bersemangat. Tengok
captain lah. Ahaks. Aku yer. Bukan captain yang satu lagi tu.

*********************************

BUKK!!!

Habis betaburan semua botol yang ada di atas meja tersebut. Mereka yang lain terkejut melihat gloves melayang secara tiba-tiba.

"Sarah kau kenapa?" Medina menepuk bahuku.

"Kita kalah!" Aku dah macam kucing hilang anak. Habis rosak tudung aku. Huh! Aku tak patut cabar sebelum tengok kemampuan dia! Hampir semua pukulannya Home run!

"Biasa lah tu. Ni kan training jer. Tapi sweetheart kau cool woah! Hebat gila dia main! Tergugat iman aku hahaha."

Tergugat iman? Sengal ke apa minah ni?

"Tu lah masalah dia! Aku dah ada deal something dengan dia! Huuuu mati aku Med!! Boleh tak aku pura-pura hantuk kepala kat meja ni pastu pura-pura amnesia?"

Bila otak dah mereng, idea pun ikut mereng jugak.

"Tak payah nak amnesia sangatlah. Aku ada tiga permintaan kan? Hahaha bestnyer!"

Tak guna! Suka lah tu! Huh! Janji tetap janji! Takpa, lain hari aku balas!

"Permintaan apa ni Sarah?" Medina nampak bingung. Hmm dia memang sentiasa macam ni. Asyik bingung je setiap masa. Nasib tak bengong pulak. Hahahaha

"Aku nak dating dengan kau" Dia hanya tersenyum. Senyum ikhlas atau sinis aku tak tahu.

"Apa? Aku tak berapa nak dengar lah?" Dia ajak aku dating? Termakan pasir ke tadi? Ke aku yang tersalah dengar?

"Aku nak kau dating dengan aku."

"Hah?!"

Pengawas Gila!Where stories live. Discover now