KAPTEN BI, BABI!!

650 16 0
                                    

semester 3

Sem 3 aku dah jadi intermediate satu. Masih lekat kenangan masa jadi junior satu dan junior dua (nanti aku cerita kem berterusan masa junior satu ye). Harini pemakaian pangkat untuk kadet yang dipilih oleh CI dan stap-stap semua. Mungkin atas jasa yang diberi....

cerita satu:

"Sapa dapat jawatan?

"Entah tak tahu." (sambil angkat bahu buat muka toya)

datang si xxxx

"Yang pasti jen dapat jawatan. Sarjan kot"

"Perh! doa korang akhirnya dimakbulkan. hahahahahahahahahaha"

"Macam mana dorang ni dipilih ha? konpius aku."

"Engko bukan kaki jilat. Memang tak ah nak jadi rank holder."

"Sial!"

"Hahahahahahaha."

"Engko nak tahu tak macam mana dorangni dapat jadi rank holder?"

"MACAM MANA?! CEPAT AH CERITA!!"

"lek ah, aku tahu kauni suka gosip. hehehehe (gelak gaya kerang busuk). Yang aku dengar dorangni dipilih atas dua sebab je. Sebab pertama mantap atau dorangni sebenarnya kokap."

"hah?"

"Yelah, gabungan mantap dengan kokap jadilah mankap! hahahahahahahahah!"

"SIALLAH!!"

cerita dua:

"Ah lantaklah sapa yang pegang jawatan. Asal nama aku selamat tak pegang apa-apa sudah."

"Seronokkan kau jadi prebet."

"Seronoklah gila. Pasni tentu dorang banyak kerja. Cayalah cakap aku."

cerita tiga:

"ENGKO TAHU TAK SIAPA JADI SARJAN KITA?!!!!!"

"Wei, lek ah. Apasal emo sangatni. Cuba bawa bertendang sikit. hehehe"

"Aku tendang engko dulu! engko tahu tak siapa jadi sarjan ha?! IS IT HIDAYAAAAAAH! HIDAYAH GILA KUASA TUH!! MATI, MATI HIDUP KITA SEMUA!!"

"APA!" (buat-buat terkejut)

Spesis buat-buat terkejut banyak dalam skot palapes ni. Padahal dah tahu cerita. Aku je terkontang-kanting tak tahu pucuk pangkalnya. hm. (sebab takda dalam wasap yang ada kapten dan encik salim, berhuhuhu sampai tauliah)

Macam keji pulak aku buka aib si hidayah tu kan. agagagagagaga. Hidayah kat sini yang pasti masa junior belum dapat hidayah sepenuhnya sebabtu tanduk masih segar menumbuh dikepala.

Aku klasifikasikan masa junior si hidayah ni macam duri dalam daginglah. Letih, penat semua kami fitik tapi sesedap mulut tomyam dia canang kami ni tak fitiklah, conglah. Padahal....

Masa hari pemakaian pangkat aku ada perasan sorang mamat ni. Bermisai nipis kontot dan yang penting dia hensem! "siapakah gerangan mamat hensem ni?." Badan dia kurus melidi, tinggi pun tak pendek mungkin ya. Aku dalam baris masatu. Kami dikumpulkan seawal pukul 6.15 pagi. Ambil strength dulu sebelum lakukan apa-apa aktiviti bagi memastikan kehadiran kadet. Aku dengar hanya ada sorang je pegawai ganti yang baru. Lepastu ada ura-ura mengatakan pegawai baru tu baik. Alhamdulilah kurang sikit beban seksa aku.

Lepas kira strength semua, kami digerakkan ke padang kawad yang jaraknya aku anggarkan 1.5km. Kami semua terpaksa berjalan kaki untuk ke padang kawad. Masih pagi, masih tenang suasananya dan masih mampu mengawal pengeluaran peluh. Air aku siap isi 1 litre takut tetiba dehidrat pulokk. Dan kat sini aku nak terangkan beberapa jenis kutu dalam palapes. Kutu yang aku maksudkan adalah kutu yang pemalas nak bawak air dan kedekut nak bagi air kat orang lain. Hidup dalam berpasukan ni kalau ada jenis perangai camgini mohon rejam mereka sampai mati! Aktiviti palapesni banyak berkaitan dengan fizikal dan yang gerentinya kau kena banyak minum air supaya engko tak collapse.

AKU BUDAK PALAPESWhere stories live. Discover now