Bab 1

485 8 0
                                    

"Aku terima nikah Alieyya Sofea binti Kamarul dengan mas kahwinnya 300 ringgit tunai" Dengan sekali lafaz berpindah segala tanggungjawab yang selama ini dipikul oleh ayah kepada sang suami. Siapa sangka dalam perkenalan yang singkat aku kini menjadi isteri kepada Danish Haikal.

Bertemu hanya sekali iaitu semasa sesi mencuba persalinan perkahwinan kami pada minggu lepas. Menurut ibunya, Danish baru sahaja menamatkan ijazah dalam bidang perubatan yang lalu di luar negara. Kini masih dalam praktikal di sebuah hospital kerajaan di ibu kota. Menurut beliau lagi, Danish seorang yang jarang bergaul dengan perempuan akibat suatu peristiwa silam yang menghantui dirinya sehingga kini. Oleh sebab itu, perkahwinan cliche secara paksa ini diaturkan.

"Leeya, termenung apa ? Salam lah suami kamu tu." Tegur ibu yang sejak dari tadi di sisi. Tersentak seketika sebelum aku cepat-cepat menyambut tangan milik jejaka di hadapan apabila sedar semua mata tertumpu ke arah kami berdua.

Dia seterusnya mengangkat tangan menyentuh ubun-ubunku sambil mulut terkumat-kamit seperti membaca sesuatu. 'Buang tabiat ke apa mamat ni ? Bukan selalu orang kucup dahi ke ? Ni lah jadi nya bila lama sangat tinggal dekat negara orang. Lupa budaya sendiri' bebelku di dalam hati sebelum sekali lagi di tegur oleh ibu.

"Ibu tau la suami kamu tu handsome. Tapi janganlah pandang sampai nak tembus. Malu kat orang" ujar ibu. Aku terus tertunduk menahan malu apabila sedar perbuatan ku menjadi perhatian ramai.

Selesai majlis jamuan, tetamu semakin beransur pulang. Tinggal jiran dan keluarga terdekat. Masing-masing sibuk mengemas kawasan sekitar rumah keluarga Danish. "Awak, mama panggil kat dapur. " tegur satu suara dari belakang. Aku sedikit terenjut akibat terkejut daripada sapaan itu. "Maaf, saya tak sengaja buat awak terkejut. Awak dengar tak ?" Ujarnya lagi apabila terlihat aku masih membisu. "Oh dengar. Mama panggil kat dapur kan ?" Soal ku berbasa-basi.

Bukan aku tidak dengar apa yang disampaikan cuma sedikit terkejut dengan teguran tersebut. Dia sekadar mengangguk. Kemudian, aku mula menapak ke dapur. Suasana di dapur tidak kurang meriah seperti susana di kawasan luar. Gelak ketawa senakin kuat terdengar apabila aku sudah terpacak di pintu dapur.

Mama terus menyapa sejurus terlihat aku muncul di muka pintu. "Danish panggil Leeya ya ? Mama nak cakap. Tadi ibu kamu ada tinggalkan beg pakaian di dalam bilik Danish. Eh, silap bilik kamu. Nanti minta Danish bawa kamu naik atas." Terang ibu panjang lebar. "Haa tu panjang umur dia." Kata ibu sejurus terlihat anak lelakinya itu.

"Mama kutuk apa pasal Danish depan menantu ni ?" Tanya Danish dengan selama mengambil tempat di sisiku. "Hishh. Mana ada kutuk. Mama kata dekat Leeya suruh kamu bawa dia naik atas. Pegi salin baju. Kesian mama tengok Leeya dari siang tadi pakai baju kurung ni. Bawa Leeya naik berehat. Mesti menantu mama penatkan ?" Kata kepada Danish dan kemudiannya beralih kepada aku.

"Tak la mama. Leeya okay je pakai baju kurung ni. Tak penat sangat pun." Balas ku sedikit gelisah. "Kami naik dulu mama. Selamat malam. Terima kasih." Kata Danish sambil mengucup tangan mama dan memeluk mama sebelum terus memimpin tanganku mendaki tangga. Aku yang sejak dari berdiam hanya menurut langkah Danish.

Sesampai di hadapan pintu bilik yang aku percaya milik Danish. Dia memulas tombol pintu kemudian mengarahkan aku masuk. Sedikit tergamam dengan kemewahan bilik ini. Saiz hampir dua kali ganda daripada bilik ku di rumah ibu.

"Beg awak dekat situ. Semua barang mandi dah ada dalam toilet. Awak bersihkan diri dulu. Nanti kita solat maghrib sama-sama." Kata Danish terlihat aku yang asyik dengan kemewahan biliknya. Aku mengatur langkah ke dalam tandas.

Alangkah terkejut apabila terpandang pintu tandas merupakan kaca lutsinar. "Awak, macam mana nak mandi ?" Soalku apabila ternampak kelibat Danish di birai katil.

REVENGEWhere stories live. Discover now