"Arrgghh...!!! Dah lambat lagi!"jerit seorang perempuan dari sebuah rumah yang sederhana kecil itu.Hampir satu kawasan perumahan itu terdengar jeritan perempuan itu.Kedengaran juga bunyi sesuatu yang keras jatuh ke lantai.
Kim So Ho atau dikenali sebagai So Ho,kelam-kabut melangkah keluar dari rumah.Segera dia menguak pintu kereta dan masuk ke dalam.Pagi-pagi yang indah berlaku kekecohan dari sebuah rumah itu.Dalam banyak-banyak kereta yang sedang berjalan di lebuhraya,kelihatan kereta Mini Cooper berwarna kuning yang dipandu So Ho melintas laju mendahului semua kereta.Laju seperti pelesit!
Namun itulah perkara yang biasa dilakukan oleh perempuan yang mudah menggelabah itu.Hampir setiap hari juga So Ho terlewat untuk ke kerja.Hingga dia hampir dipecat,So Ho tetap merayu untuk bekerja semula.Rezeki memihak padanya,seorang CEO besar di syarikat tempat dia bekerja itu memberi peluang padanya supaya terus bekerja di syarikat itu.Namun So Ho tidak mengenali siapa CEO besar syarikat itu kerana mereka tak pernah mengenali sesama mereka malah tidak pernah berselisih dan berjumpa.So Ho hanya dapat mengenali namanya saja walau rupa dan wajah CEO tersebut tidak pernah dilihatnya.
Di sebuah bilik CEO besar itu,Kelihatan seseorang berkot hitam dan sangat segak sedang menaip laptopnya dengan agak tekun.Tiba-tiba,telefon pintar yang diletakkan di sebelah laptopnya berdering.Lelaki tersebut menjawab panggilan itu."yoboss.."
"Yobosseyo honey"sapa seorang perempuan di talian memotong sapaan lelaki itu,Gi Hyun.Gi Hyun menjeling sedikit skrin telefonnya."Awak nak apa?"tanya Gi Hyun sedikit longlai.Agak malas dia untuk melayan wanita yang syok sendiri padanya itu."awak dah breakfast? Jom breakfast dengan saya?"pelawa perempuan tersebut,Ji Yeon."saya dah breakf.."kata-kata Gi Hyun dipotong lagi.
"Jomlah.Lagipun omma awak ada dengan saya ni."kata Ji Yeon.Gi Hyun agak terperanjat dengan kata-kata Ji Yeon itu."Bo? Kenapa awak ajak omma?"tanya Gi Hyun agak terbeliak matanya."okay.Kami tunggu di restoran berdekatan stesen minyak ini.thanks sayang,love you."kata Ji Yeon lalu mematikan panggilan begitu saja."eh? Ji Yeon? Yobosseyo? Aishh! Otthoke?"kepala Gi Hyun mula berserabut.Mahu tak mahu,terpaksa juga dia turuti kerana dia tak mahu melukakan hati ommanya.Gi Hyun tahu yang Ji Yeon itu adalah calon menantu pada ommanya,Datin Mouika.
Mini Cooper tersebut diparking menggelabah.Hampir saja bahagian depan kereta kecil comel itu melanggar kereta yang diparking di situ.Segera So Ho keluar dari kereta tapi secara tiba-tiba kepalanya terhantuk di bahagian pintu"ah! Aduh..sakitnya! Kau ni pintu!"marahnya pada pintu tk bernyawa itu.Akibat lewat,So Ho sempat menggosok kepalanya saja sebelum bangun dan menutup pintu kereta.Agak ramai juga pekerja yang melihat keletah So Ho itu.
Semua pekerja sepejabat dengannya tahu dan kenal perangai gelabah So Ho itu dan tidak mempedulikannya kerana mereka semua sudah biasa melihat telatah So Ho itu.So Ho melangkah masuk ke dalam bangunan setinggi 60 tingkat itu.So Ho laju berjalan tanpa melihat depan kerana sedang membetulkan keping-kepingan kertas yang terkeluar dari fail yang dipegangnya.
Kelihatan Gi Hyun melangkah keluar dari lif sambil menelefon seseorang tanpa fokus ke depan.Dia berjalan terus saja.Tiba-tiba tanpa mereka sedari siapa yang berada di depan mereka,So Ho dan Gi Hyun terus bertembung kasar.So Ho terjatuh ke belakang.Fail yang dipegangnya terjatuh ke lantai manakala Gi Hyun hanya ke belakang akibat pelanggaran itu.Telefon yang dipegang hampir terjatuh ke lantai.
"Aigoo..sakitnya.."kata So Ho mengerang sakit belakang.Dia mendongak ke atas dan ternampak wajah Gi Hyun."wow! Hensemnya!"bisik hati So Ho.Dalam lamunan,baru dia sedar tentang failnya."oh! Mianhe! Mianhe! Saya tak sengaja."ucap So Ho."dah buta ke? Aku nak lalu.Dah tak nampak?"marah Gi Hyun membuatkan So Ho tersentap.
Lantas So Ho bangun."saya dah minta maaf,kan?"
"Maaf saja tak boleh gantikan baju kot saya yang mahal ni."jawab Gi Hyun.
"Habis? Awak nak maaf yang macam mana?"tanya So Ho lagi.
Gi Hyun tersenyum.So Ho berasa hairan.apa yang difikirkan lelaki yang melanggarnya itu tidak pasti."kenapa tersenyum?"tanyanya agak kasar sambil tertonjet sedikit akibat ketinggiannya yang kalah dengan lelaki bongkak itu.Dengan secara tiba-tiba,Gi Hyun menolak perlahan kepala So Ho dengan jari telunjuknya."si buta!"ejeknya bermasam muka pada So Ho lalu berlalu pergi begitu saja."aish! Kyaa! Kenapa tolak kepala saya?!"pertanyaan So Ho tidak berbalas oleh lelaki sombong itu berkaca mata hitam itu."apalah! Tolong pun tak nak."keluh So Ho seorang diri.
Kelihatan Kim Taeh berjalan menuju ke meja kerjanya.Gayanya yang seperti sotong itu memang mencuit hati orang lain.Namun rakan sekerjanya telah biasa melihat fizikal Kim Taeh si sotong itu.Kim Taeh melabuhkan punggung di kerusi dan menyambung kerjanya.
Kedengaran pintu ditutup dari bilik Encik Kwangsoo,bos yang bertanggungjawab di pejabat yang barada pada tingkat 49 itu.Kim Taeh mengintai sedikit di balik dinding-dinding meja pekerja pejabat dan ternyata So Ho yang melangkah keluar dari bilik tersebut.Hati Kim Taeh tergerak untuk menegur tapi punggungnya malas untuk berpisah dengan kerusi yang selesa itu.Dia hanya melihat kawan baiknya itu sebelum kembali menyambung kembali kerjanya.