3

28 2 0
                                    

Sekeping surat diletakkan di atas meja kerja yang agak mewah itu.So Ho yang berdiri di depan Encik Kwangsoo mula tertanya-tanya tentang surat misteri itu.Encik Kwangsoo hanya berdiam diri.Tanpa melengahkan masa,So Ho mencapai surat misteri itu dengan penuh tanda tanya dan membuka lipatannya.

"Surat dibuang kerja?"bisik So Ho dalam nada terkejut sebaik membaca tajuk utama surat itu."ya.Ini arahan dari Encik Gi Hyun.Saya hanya menjalankan tugas saja."ujar Encik Kwangsoo.So Ho sangat terkejut dengan pemberitahuan buruk ini.Tanpa dia sedari,So Ho mengalirkan air mata.Dia tidak sangka perbuatannya yang selama ini tidak sengaja dilakukan kini membuahkan hasil yang sangat buruk.

Dia melerai tangan dari memegang surat itu lalu berjalan keluar dengan perasaan yang geram.Encik Kwangsoo hanya melihat aksi perempuan itu.So Ho menguak pintu dan melangkah keluar namun tiba-tiba,dia berlanggaran dengan Kim Taeh yang kebetulan lalu di situ sambil membawa fail.

Kim Taeh tidak sengaja menjatuhkan fail yang dipegang.Matanya ternampak So Ho mengalirkan air mata."oh? So Ho?!"panggilnya namun So Ho meneruskan langkahnya tanpa menoleh ke belakang.Lantas Kim Taeh mengejar kawan baiknya itu.

Di bilik CEO,tiba-tiba pintu dikuak kasar tanpa Gi Hyun sedari.So Ho melangkah masuk.Gi Hyun yang sedang menanda fail pekerja terkejut lalu mendongak.So Ho mencampak surat tersebut ke atas meja kerja Gi Hyun.

"Kenapa saya dibuang kerja?! Kalau setakat saya datang lewat pagi-pagi,itu saya boleh ubah.Tapi kenapa saya kena berhenti?!"suara So Ho hampir kedengaran dari luar.Kim Taeh mencuri dengar dari luar.Agak terkejut juga apabila So Ho menengking.

Encik tau kan? Saya ada banyak perkara nak selesaikan dengan duit.Bil api,bil air,duit kereta,sewa rumah,encik tak pernah terfikir ke?!"kata So Ho lagi namun Gi Hyun hanya membisu dan menyandar ke belakang."Encik Gi Hyun!"panggil So Ho hingga mengalir deras air matanya."cakaplah! Kenapa saya dibuang?!"sambungnya lagi.

Lantas Gi Hyun berdiri.Kedua tangannya menapak di atas meja.Renungan matanya sangat tajam saat menenung So Ho yang masih menunggu jawapan sambil mengalirkan air mata.

"Kau nak tahu kenapa?"kata Gi Hyun tenang.So Ho menanti.Gi Hyun berjalan dan berdiri di depan mata So Ho."sebab aku tak boleh terima perempuan yang selalu datang lewat ke kerja,tak beradab dengan bos,dan makan gaji buta setiap bulan!"kutuk Gi Hyun sesuka hatinya.

"Kau tu dahlah kurang ajar,tak beradab dengan bos,.."

Lantas So Ho menampar pipi Gi Hyun dengan sekuat hati.Pandangan mata Gi Hyun teralih jauh ke tepi saat ditampar kuat.Air mata So Ho masih mengalir deras.Dia tak sangka perempuan seperti dirinya dilakukan sebegini.Umpama tiada maruah! "walaupun aku datang lewat ke kerja,tapi aku bukan jenis pekerja yang makan  gaji buta!"katanya dalam esakan.lalu melangkah ke pintu tetapi dia menghentikan langkahnya semula.Gi Hyun kaku.Rasa sakit di pipinya masih berdenyut.

"Dan saya bukan jenis yang kurang ajar macam Encik.Saya tahu encik masih marahkan saya tentang semalam.Saya minta maaf.Saya ada maruah.Jadi,jangan pandang rendah pada saya."sambungnya.Lalu menguak kasar pintu bilik itu.

Gi Hyun sangat tersentap saat So Ho berkata begitu padanya.Kepalanya tertunduk sedikit memikirkan apa yang dia telah lakukan pada hati seorang perempuan yang mempunyai rekod yang agak baik dalam prestasi kerja.Matanya kaku dan lidahnya kelu.Tiba-tiba,Kim Taeh yang masih mencuri dengar terjatuh saat pintu dikuak kasar.Tetapi,So Ho tetap melangkah keluar dari bilik itu dengan air matanya yang berlinangan.

Kim Taeh tersengih seperti kerang busuk.Mata Gi Hyun tertumpu pada Kim Taeh yang masih terbaring di lantai biliknya kerana terjatuh."bowa?! Keluar sana!"arahnya dengan tegas.Lantas Kim Taeh bangun dan membongkok sedikit tanda minta maaf dan berlari keluar dari bilik.

So Ho mengelap air matanya yang mengalir sambil berjalan ke tempatnya semula.sebaik sampai,So Ho lekas mengemas barang-barang penting yang berada di meja dan laci kerjanya.Tak lama kemudian,Kim Taeh pun sampai dan terkejut sebaik terlihat So Ho mengemas barangnya dengan marah.

"S..So Ho,jangan macam ni.J..jangan tinggalkan aku seorang diri dekat sini."pujuk Kim Taeh dengan suara lembutnya smbil memegang lengan So Ho."aku nak macam mana lagi?!"tengking So Ho menghalang tangan Kim Taeh dari terus memegang lengannya.Semua pekerja di situ tertumpu pada mereka berdua sebaik So Ho menengking.

So Ho mengangkat barangnya yang siap diisi dalam kotak sambil melangkah keluar dari pejabat.Kim Taeh cuba menghalang namun So Ho tetap berkeras untuk meninggalkan dan takkan menjejak kaki di pejabat itu lagi.

Di dalam kereta,So Ho memandu dengan perasaan geram.Fikirannya mengulang semula kata-kata kutukan yang dilontarkan Gi Hyun sebentar tadi.Akibat mengingati perkara itu,air mata So Ho mengalir lagi.Hatinya berasa sangat sakit tatkala diperlakukan sebegitu rupa.

Mr. ArrogantWhere stories live. Discover now