Mudah benar bagi mereka ungkap "lupakan saja" "bina saja hidup baru" "move on"
Kau fikir semudah kata itu aku mampu melakukan?Mereka tidak mengerti tidak mengalami tidak merasai apa yang ku rasai
Mungkin kelihatan pada luarannya aku tersenyum gembira ketawa bahagia
Hakikatnya dalaman ku hancur
Sakitnya bagai dirobek sekuat hati
Tanpa sedikit belas darinyaAku cuba, cuba sembunyikan segala rasa
Tapi aku manusia biasa, mana mampu bertahan
Paling tidak aku menangis memendam rasa dihatiAku mahu orang sekeliling ku bahagia
Gembira tertawa melihat aku hidup seperti biasa
Ya, sampai sekarang aku masih mampu bertahan hidup demi mereka yang lain
Tapi masih berapa lama aku harus bertahanMahu semahunya aku mahu menangis menjerit sekuat hati ku
Ingin aku lepaskan isi yang menikam hati
Tapi ku tak mampuKehilangannya memberi kesan mendalam pada diriku
Hati ku sudah lama mati
Mati dan pergi bersama dirinyaMaaf pada yang pernah memujuk dan meminta
Tak perlu ku ceritakan siapa mereka
Maaf aku masih tidak bisa menerima sesiapaDi hati ini hanya ada satu lelaki
Lelaki yang paling aku cintai
Tiada sedikit ruang untuk dihuni
Pergilah semua jangan diganggu hati iniAkhir ini, kerap kau muncul dalam lenaku
Apa maksudmu?
Meminta aku melupakan mu?
Buang segalanya tentang mu?
Oh tuhan, mudah nya kau memintaApa kau tahu apa rasa hati?
Sakitnya tidak mampu ku ucap
Tidak semudah itu untuk aku melupakan muBayangkan saja,
Kau hidup bertahun di dalam hati ini
Tiba-tiba saja kau dipaksa dan dihalau keluar dari sini
Tanpa sebab apa punMampukah kau berbuat demikian?
Hancur luluh hati mu bukan?
Oh aku lupa, kau tidak punya hatiSayang ku, di mana janji mu
Sayang ku, di mana hati mu
Sayang ku aku masih menunggu mu
Sayang ku aku masih memikirkan mu
Di mana janji mu?
YOU ARE READING
Dark
RandomSetiap orang pasti punya sisi gelap. Dan ini sisi gelap ku. Yang mereka lain tidak tahu. Dont get in,its dark inside.