Kami melihat sekeliling. Cantik.Nyaman.Segar. Itulah tiga perkataan yang dapat kami gambarkan pemandangan di tempat itu. Ya Allah betapa indah kau cipta alam fana ini. kataku. Kami berpandangan sesama diri lalu mengukirkan senyuman lebar.
"Tak percaya lagi kita boleh sampai?" kataku. Mataku melirik kearah Humaira.Dia mencebik. Aku ketawa mengekek bukan kerana reaksi wajah dia tetapi soal keyakinannya. dia terlalu cepat berputus asa. Jadi,akulah yang cuba merealisasikan impian kami berdua.
"Aku tak sangka kau akan bawa aku kesini. Kaulah sahabat aku dunia dan akhirat Farhana." Katanya sambil memelukku. Aku tersenyum. Tiada apa yang mampu aku membutirkan kata selain dapat melihat senyuman di wajahnya.
Sudah tentu aku mahu Humaira kecapi kebahagiaan. Dia berhak menerima kebahagiaan. Kawan baikku sudah terlalu lama menempuh derita. Sudah terlalu lama bergelumang dalam kesengsaraan. Sudah terlalu lama hidup dalam kekosongan. Aku tahu. Humaira tahu. Hatinya kosong,sakit. Hatinya terluka persis lebam di seluruh tubuh badannya. Apakah dia tak layak untuk hidup dalam sinar kebahagiaan? Ya. Dia layak. Dia tak layak untuk menerima kesakitan dari keluarga angkatnya.
YOU ARE READING
Di Sebalik Pelangi
Short StoryDendam dan Persahabatan merupakan elemen penting yang diterapkan. Dendam seorang gadis terhadap kisah silamnya dan persahabatan yang terjalin. Farhana,sebagai kawan baik Humaira cuba membawanya lari dari lembah derita. Apakah yang berkaitan persahab...