Chapter 6( Last chapter)

9 0 0
                                    


"Humaira,kenapa kau buat semua ni." Aku membutirkan kata. Humaira menghampiriku. Dia mengukirkan senyuman sinis. Daguku diangkatnya mengunakan tangan kanannya. Tangan kirinya pula sedang memegang sepucuk pistol.

"Lapan tahun Farhana,lapan tahun aku menderita disebabkan dia!" tempik Humaira sambil jari telunjuknya dihalakan ke arah mayat Sara. Aku diam seribu kata. Airmataku mengalir laju.

Bagaikan sudah kehabisan airmata untuk aku keluarkan. Tiada perkataan yang mampu diucapkan. Humaira Alisa bukan kawanku yang aku kenal. Humaira seorang yang lemah lembut. Bukan seperti sekarang.

"Kau tahu Hana,aku menderita. Hidup aku kosong,aku sunyi Hana. Aku tiada sesiapa. Kau tiada sewaktu aku perlukan kau. Aku benci tengok kau gembira dengan keluarga kau. Aku benci kau Farhana. Lapan tahun aku tunggu kau untuk kau datang disisi aku. Kenapa baru sekarang?! Kenapa Hana?" tempiknya lagi.

"Aku buntu Humaira. Aku tak tahu mahu membantu kau macam mana. Aku takut dengan keluarga angkat kau. Aku minta maaf Humaira. Aku minta maaf sebab biarkan kau menderita." Balasku dalam esakkan. Satu tamparan hinggap di pipinya. Airmataku tidak henti mengalir. Terlalu sukar untuk menerima kenyataan ini.

"Kau tipu! Kau pembohong. Kau bukan kawan aku. Aku benci kau." Humaira seperti orang yang sedang kerasukan. Seluruh tubuh badannya bukan dikawal olehnya tetapi sepenuhnya dikawal oleh nafsu dendam. Dendam yang sudah lama dia pendam. Dia mengarahkan anak buahnya membuka ikatan itu lalu Humaira mengenggam lenganku. Perit sekali rasanya.

"Aku dah janji aku akan terus bahagia. Aku akan tunaikan janji aku." Humaira sudah bersedia dengan sepucuk pistol di tangannya. Aku cemas. Tanpa berfikir aku terus bergelut dengannya untuk merampas pistol itu. Satu tembakan kedengaran di ruang udara.

Aku rebah menyembah bumi. Tembakan itu tepat disasarkan di dadaku. Sakitnya Ya Allah tak tergambar. Aku mengerang kesakitan. Humaira berdiri. Dia memandangku dia penuh kebencian dan dendam.

"Setiap mendung pasti bertukar menjadi pelangi. Tetapi kau kena ingat di sebalik pelangi ada petir yang menanti." Kata Humaira lalu beredar dari situ. Aku tidak berdaya. Aku terlalu lemah untuk memanggil namanya. Aku memandang ke arah Sara yang sudah tak bernyawa. Aku sakit terlalu sakit. Akhirnya,dengan izin Allah. Aku menutup mata.

TAMAT

qq�a�$


Di Sebalik PelangiWhere stories live. Discover now